Bab 3 : Tumpang

29 2 0
                                    

Ketika malam sudah pun lewat, Khalifah membawa Syahida ke sebuah rumah yang agak besar. Rumah orang kaya barangkali. Sebelum memasuki perkarangan rumah orang kaya tersebut, Khalif melepasi pintu gerbang masuk dengan hanya menunjukkan muka dan memberitahu namanya sahaja kepada pengawal keselamatan yang menjaga pintu hadapan pagar. Setelah itu, Khalif menapakkan kenderaan dipandunya tersebut di hadapan pintu rumah orang kaya itu. Ternganga mulut Syahida melihat kemegahan bangunan yang seakan-akan menyerupai rumah putih di Washington DC itu. Cuma warnanya sahaja agak pudar berbanding rumah putih.

 “Masyaa Allah Khalif! Rumah siapa ni?Besarnya..Cantiknya pun cantik!” Puji Syahida yang masih di dalam mini cooper biru yang dipandu Khalifah tersebut.

“Hah!Kalau kau nak tahu, bapa kawan baik aku yang tinggal kat rumah ni adalah salah satu golongan VIP tau! Kau jangan main-main dengan orang macam ni...” Balas Khalifah dengan bangganya.

“Amboi..Gaya kau bercakap macam rumah ni ayah kau je yang punya. Kau kawan dengan budak kaya ke? Gila lah kau, Khalif!” Ujar Syahida lagi.

“Heh, tengok oranglah sis. Jom turun. Malam ni, kita tumpang tidur dekat rumah kawan aku ni.”

Terbeliak mata Syahida.

“Kau tak payahlah risau sangat, Syahida. Satu malam je lah. Lagipun, rumah ni tak ada orang lain lagi selain dia seorang je. Mak & ayah dia pergi outsation. Dia anak tunggal. Biasalah anak orang kaya memang selalu lonely. Most importantly, tak ada lelaki dalam rumah ni. So, nothing to worry about,okay?”

Syahida hanya mengangguk. Lega sedikit hatinya setelah mengetahui yang tiada lelaki di rumah tersebut. Setelah mereka berdua keluar dari kereta, seorang wanita berkulit sawo matang yang usianya dalam lingkungan 30-an keluar dari pintu rumah besar itu sebelum menyapa Khalifah dengan nada yag sangat ceria.

 “Hello, sweetheart! Good to see you again!”

  Khalifah hanya senyum sinis dan melambai tangan. Kemudian, dia memperkenalkan Syahida kepada wanita itu.

“Nancy, this is my cousin, Anna.”

“Oh, hye Anna! I’m Nancy..Nice to meet you!” balas Nancy dengan gembiranya sambil menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Syahida.

Setelah bersalaman, Syahida yang menyangka Nancy adalah kawan Khalifah pun senyum dan membalas sapaan Nancy.

“It’s Aina. Not Anna. My full name is Aina Syahida. " Syahida membetulkan cara sebut namanya.

"But it’s okay. So you’re Khalif’s friend!” Khalif yang sedang mengambilkan beg-beg Syahida pun tersentak seketika. Nancy pun ketawa kecil sebelum bersuara lagi.

“Oh, no no no!I’m just...”

“Her maid!” Khalifah memotong ayat Nancy yang sedang cuba membetulkan salah faham Syahida terhadap dirinya. Nancy hanya tersenyum dan mengangguk.

“Dia ni orang gaji kawan akulah! Tak nampak ke pakaian dia? Anak VIP takkan pakai pakaian macam ni! Kau ni pun..Tak agak-agak!” Sambung Khalifah dengan nada yang sedikit tinggi.

Kemudian,Nancy menawarkan diri untuk membawa beg-beg Syahida namun Syahida cuba menolak.

“It’s okay. It’s my duty. I will carry them one by one. Don’t worry about that.” Balas Nancy tersenyum. Syahida pun membalas senyuman orang gaji berusia 30-an yang berdialek Mexico itu sebelum mengucapkan terima kasih.

Khalifah yang dari tadi memandang sekeliling seakan-akan mencari seseorang pun mula bertanya kepada Nancy, “Erm..Where’s Vanessa? She told me that she will be waiting for us in front. ”

The ObstaclesWhere stories live. Discover now