Syahida sudah mencelikkan matanya seawal jam lima pagi sementara lampu bilik Chloe masih tertutup menandakan yang dia belum bangun.
Sebelum mandi, Syahida ke bilik air untuk mengambil wudhu' sebelum menunaikan solat tahajud dan solat hajat. Seterusnya, dia mengeluarkan Al-Quran yang dibawanya dari Malaysia dan membacanya.
Memang amalan-amalan ibadah itulah yang menjadi rutin harian Syahida sejak kecil lagi. Dia tidak mahu mengecewakan ayahnya sepertimana dia kecewa dengan Khalifah. Oleh itu, dia beridtizam untuk terus istiqamah dalam ibadah-ibadahnya dengan harapan Allah akan sentiasa memberinya perlindungan dan rahmat ketika belajar di negara orang ini. Lebih-lebih lagi untuk menghadapi manusia-manusia yang akan sering cuba untuk melalaikannya dari ajaran Islam sebenar.
Setelah menunaikan solat Subuh, Syahida terus bersiap untuk mengharungi hari pertamanya di salah sebuah universiti terbaik kota itu. Oleh kerana hari itu adalah hari pertamanya di rumah sewa, dia tidak sempat untuk membeli apa-apa makanan untuk dimasak dan hanya mengisi perutnya dengan membancuh secawan kopi yang serbuknya dibawa dari Malaysia.
Ketika sedang duduk minum di meja makan, Chloe yang hanya berkemban dengan tuala selamba keluar dari bilik tidurnya dengan muka yang agak sembam. Syahida yang terdiam dari tadi hanya menyaksikan sahaja gelagat 'minah salleh' itu mengeliat sambil tersenyum sebelum Chloe terkejut apabila ternampak kewujudan Syahida yang sedang memerhatikannya. Syahida pun tertawa melihat reaksi menggelikan hati Chloe itu.
"I totally forgot that I already have a housemate! Oh my God that was so embarassing." ujar Chloe dengan pipi merah dek malu.
"It's okay! I will get used to it," balas Syahida yang sememangnya tidak hairan. Chloe hanya tertawa kerana masih malu.
"Well, what do we have here?" ujar Chloe menukar topik sambil menuju ke arah Syahida.
"Aren't you supposed to take shower? It's getting late." soal Syahida kepada Chloe.
"Are you kidding me? Look at the time. It's still seven! If you go to college at the time like this, you wouldn't find a single soul. Trust me." Jawab Chloe sambil mengambil sebiji epal hijau dari peti ais sebelum mula menggigitnya.
"I trust you. " balas Syahida selamba sambil menghirup kopi. Chloe terdiam seketika sebelum tertawa semula.
"What's wrong? " soal Syahida yang tidak tahu sebab Chloe ketawa.
" I said 'trust me' then you said 'I trust you'. I mean, 'trust me' is just a parable ." jawab Chloe.
Syahida kelihatan masih bingung.
"I mean, that words..Are just..You know what, Asian? Whatever. I'm going to take a bath now," sambung Chloe bengang sebelum membuang epal yang tidak habis dimakan itu ke dalam tong sampah lalu ke bilik air untuk mandi.
"Membazir," monolog Syahida sambil melihat epal di dalam tong sampah itu dengan perasaan kecewa.
"Sorry?" soal Chloe yang terdengar Syahida berkata sesuatu.
"Hah? Er...No, nothing!" balas Syahida gagap.
"If you want something to eat, don't hesitate to take any food or drink here. They are all yours as well. Okay, Asian?" ujar Chloe mengenyit mata kirinya ke arah Syahida sebelum menutup pintu bilik air.
"Macam tagline pula. Asal nak tutup pintu aje, sebut perkataan Asian." Monolog Syahida sendirian lagi.
Beberapa minit kemudian, Syahida mengambil beg sandangnya dan bersiap sedia untuk ke kolej. Sebelum itu, dia sempat mengetuk pintu bilik Chloe untuk memberitahunya yang dia hendak keluar dahulu. Chloe hanya menyahut dan mengatakan "okay" sahaja dari dalam biliknya.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...