Esoknya, Chloe bangun lebih awal dari biasa walaupun tiada kelas pada hari itu. Tanpa mandi, dia terus merempuh bilik Syahida tanpa mengetuk pintu.
Mujurlah pada ketika itu Syahida baru sahaja selesai mengerjakan solat sunat. Namun begitu, Syahida masih terperanjat dengan Chloe yang muncul secara tiba-tiba.
Chloe juga terperanjat kerana melihat sekujur tubuh berpakaian putih di hadapan matanya iaitu Syahida yang memakai telekung. Setelah itu, kedua-dua sahabat itu hanya ketawa sahaja.
"You wake up early! Got assignment to finish?" ujar Syahida memulakan perbualan.
Chloe menggeleng. "I'm here to make sure if you're okay. I know I should've done this last night but you know I was too tired."
"Oh, that's okay. I'm completely fine." Syahida mencapai Quran kecil miliknya yang berada di atas meja belajarnya sebelum menyelak mukasurat yang telah dibaikinya malam tadi. " Look at this." Dia menunjukkan mukasurat itu kepada Chloe.
"Wow!" ungkap Chloe teruja. Dia hampir hilang kata-kata. "You really do care so much about your thing, right?" ujar Chloe mengangkat kening kanannya.
"What? No! Okay maybe a bit but this book, this noble book, I really care about it so much. It's like my GPS."
"GPS? You're kidding, right?" soal Chloe ketawa.
"No I'm not. GPS. It helps me shows the right path. A path to heaven." balas Syahida tenang.
Chloe tercengang dan sekali lagi terpegun dengan kata-kata mendalam Syahida itu.
"Can you read for me the translation of that ripped page? Just one or two sentences will do." pinta Chloe secara tiba-tiba.
"Err, ya sure." Lalu Syahida pun membaca maksud dua potongan ayat surah Yunus yang ke- 85 dan 86.
"So they said, "Upon Allah do we rely. Our Lord, make us not [objects of] trial for the wrongdoing people. And save us by Your mercy from the disbelieving people." ("Lalu mereka berkata, 'Kepada Allah lah kami bertawakkal! Ya Tuhan Kami; janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi kaum yang zalim. Dan selamatkanlah kami dengan rahmat Engkau dari (tipu daya) orang-orang yang kafir') "
Buat kali keduanya, di tempat yang sama, orang-orang yang sama, maksud ayat yang dibaca Syahida begitu kena dengan apa yang dia dan Chloe lalui. Yang kedua ini betul-betul kena dengan situasinya pada malam tadi. Ini suatu petanda dari-Nya.
"Alhamdulillah, jumpa doa ni!" monolog Syahida gembira sambil mencium Quran kecilnya itu.
"It's so weird. Why does every sentence that you read is very much related with the situations we had been through?" soal Chloe yang juga memahami maksud sebenar ayat yang dibaca Syahida sebentar tadi.
Kali ini, dia tidak boleh meragui Syahida kerana dia yang menyuruh Syahida membaca mukasurat yang dikoyakkan itu dan bukan mukasurat lain.
"Well I think all of these are the signs." Balas Syahida teruja.
"Signs of what?" soal Chloe lagi yang masih tidak memahami.
"Signs that God actualy still care for us. He may be just want to test our patience the moment we're getting into trouble. Because He wants us to express to Him our problems. Because He is the one who created us. He is the one who give us all of the sustenances." Hujah Syahida ringkas.
Chloe terdiam lagi. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil Syahida. Tidak lama, raut wajahnya bertukar sayu.
Syahida tidak tahu mengapa Chloe bersedih namun dia cuma duduk di sisi Chloe, menunggu penerangannya.
YOU ARE READING
The Obstacles
AçãoTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...