Di suatu tempat terpencil...
"Hey, wake up terrorists!"
Jeritan kuat seorang lelaki bersuara garau mengejutkan Syahida dari pengsannya. Sedikit demi sedikit dia membuka matanya dan sedikit demi sedikitlah pandangannya yang kabur itu mula jelas.
Syahida mengkaji persekitarannya.
Seperti bukan di atas darat. Kawasan itu luas namun kelihatan padat kerana terdapat ramai wanita-wanita berhijab seperti Syahida terbaring dan duduk di situ.
Kesemua yang berada di situ bukan sahaja terdiri daripada wanita Arab , namun ada juga yang berkulit putih, hitam dan sawo matang menandakan kepalbagaian kaum di situ. Mereka semua kelihatan keletihan dan tidak bermaya, seperti mangsa-mangsa banjir yang terselamat seperti yang selalu dipaparkan dalam berita.
Di atas kepala Syahida kelihatan juga langit biru yang luas menyeliputi seluruh kawasan. Sesekali ada burung-burung berterbangan di atasnya.
Sekilas langsung baru dia menyedari yang dirinya dan wanita-wanita itu sedang terdampar di atas kapal layar yang agak luas, di tengah-tengah laut yang sunyi, tanpa teman, tanpa kelihatan satu pun pulau mahupun darat. Apatah lagi rumah api.
Lelaki yang menggertak itu tadi masih meneruskan jeritannya mengejutkan orang-orang yang berada di situ. Di belakangnya kelihatan seorang lagi lelaki berbadan kurus sedang memegang baldi menggunakan tangan sebelah kanannya sambil menyimbah air dari gayung ke arah orang-orang di sekeliling Syahida menggunakan tangan sebelah kirinya.
Syahida mula terpinga-pinga dan masih tidak tahu menahu apa yang sedang berlaku. Dia menyentuh kepalanya. Terasa sakit.
Perkara terakhir dia ingat sebelum pengsan adalah ketika dia dibawa turun setelah mukanya diterkup dengan kain oleh pengganas yang menyerangnya dan Chloe.
Tiba-tiba dia teringat akan Chloe. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku pada Chloe namun apa yang paling bermain dalam pemikirannya adalah apa yang sedang terjadi sekarang ini.
Dia menoleh ke sebelah kanannya. Seorang wanita Arab sedang memeluk tubuhnya sambil mulutnya terkumat-kamit berzikir. Matanya terbeliak sahaja seperti orang yang hilang akal. Gerun juga Syahida melihat wajahnya namun dia tahu wanita yang umurnya kelihatan seperti 30-an itu sedang takut.
Semua wanita di situ termasuk dirinya memang sedang dalam ketakutan.
Dia menoleh pula ke sebelah kirinya. Seorang gadis, remaja barangkali, baru sahaja tersedar dari pengsan atau tidurnya. Reaksinya sama sahaja seperti Syahida. Keliru dan rasa ingin tahu. Gadis itu memandang Syahida pula.
Dengan wajah yang keliru dan ketakutan, dia bertanya kepada Syahida.
"Where am I?"
"I don't know." jawab Syahida ringkas yang turut keliru.
"Where did you come from then?" soal gadis itu lagi.
Tidak sempat Syahida menjawab soalan itu, tiba-tiba segayung air menyinggah ke atas kepala kedua-dua gadis muda itu.
"Allah!" teriak Syahida. Begitu juga dengan gadis itu. Cumanya dia tidak menyebut perkataan Allah, sebaliknya hanya menjerit terkejut sahaja.
Lelaki kurus yang membawa baldi tadi hanya tertawa sahaja. Dia jugalah yang bertanggungjawab menyimbah air ke arah Syahida dan gadis itu.
"We're awake already, right? What else do you want?!" tegas Syahida mempersoalkan mengapa dia disimbah air.
Orang lain di situ terkejut dengan langkah berani yang diambil Syahida dan menunggu sahaja reaksi dua lelaki tersebut dengan penuh debaran di dada.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...