Di rumah Chloe...
"We need to find as many information as we can about this group of terrorists and what is their vision. Only that we could possibly know where are they taking our friend to." jelas Chloe kepada rakan-rakannya.
"W,wait.. Why are you calling these people terrorists? We don't know exactly what they're trying to do with the muslims they caught. If they kill, then they're terrorists. " Soal Liam musykil.
"Breaking into people's houses and buildings, burning stuff, smashing Chloe's head, creating the chaos across the road, capturing muslims so harshly, aren't all of these actions considered as act of terrorism?" Stella mempersoalkan semula kepada Liam.
"Well it sounds more like a crime or riot to me! As long as they don't kill, then they're not really considered as terrorists, right?" jawab Liam tidak yakin.
"You're unbelieavable, Liam." Luah Stella kecewa. Chloe hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Yang lain hanya mendiamkan diri.
Ketika Liam cuba untuk menjawab lagi, Chloe terus mencelah.
"Focus, guys! This isn't the time to consider what action is terrorism and what is not. We're talking about saving our friend right now. She's in danger!" Chloe mula bersikap lebih tegas.
"Wait, why don't we ask Mrs. Sheliton if she saw where were they taking Aina to?" tanya Bridget.
Chloe baru teringat akan orang tua tersebut.
Mereka pun terus bergerak ke bawah. Sebelum itu, Chloe mengambil selendang hijau tua Syahida yang dipakainya pagi itu dari dalam bakulnya dan ingin meletakkannya ke dalam beg sandangnya namun Danielle terlebih dahulu mencapai beg tangan Syahida dan menawarkannya untuk letak barangan di dalam beg Syahida.
Chloe hanya tersenyum dan berterima kasih kerana merasakan idea itu sangat bagus, kerana mengikut psikologi, kita akan berasa lebih semangat untuk melakukan sesuatu misi jika melihat atau membawa sesuatu yang mendorong kita ke arah misi utama tersebut, seperti beg Syahida.
Sepanjang perjalanan dari kaki lima sehinggalah ke tingkat bawah, keadaan persekitaran sangatlah teruk, dengan ada sesetengah pintu yang terkopak seperti pintu rumah Chloe dan Syahida, tong sampah terbalik dan karpet yang sudah tidak terurus.
Beberapa penghuni rumah lain kelihatan sedang mengemas kawasan persekitaran rumah sewa mereka.
Tidak ada seorang pun wanita berhijab kelihatan walaupun difahami bahawa ada penyewa rumah Mrs. Sheliton yang beragama Islam. Barangkali mereka di kolej atau nasib mereka sama seperti Syahida.
Setibanya mereka di tingkat bawah, Chloe amat terkejut melihat pintu kaca kedai Mrs. Sheliton yang sudah pecah habis, meninggalkan hanya bingkainya sahaja. Enam sekawan itu terus bertemu Jenny.
"Is Mrs. Sheliton alright?" soal Chloe kepada Jenny. Jenny hanya menggelengkan kepala. Dia pun membawa mereka berjumpa dengan Mrs. Sheliton di belakang. Chloe lalu memeluk orang tua tersebut seerat-eratnya.
"Please don't make me die twice" ujar Mrs. Sheliton yang kelihatan rimas dengan pelukan erat Chloe itu.
Jenny memberitahu mereka yang Mrs. Sheliton sedang dalam keadaan trauma dengan kejadian yang baru menimpanya itu.
Danielle melihat ada sedikit luka di bahagian dahi Jenny dan bertanyakan kepadanya apa yang terjadi.
Jenny memberitahu lagi bahawa setelah pintu kaca kedai mereka ditetak dan dihancurkan oleh kumpulan pengganas tersebut, dia cuba untuk menghalang cubaan dua lelaki yang ingin menaiki tingkat atas namun ditolak kuat oleh salah seorang daripada mereka sehingga dia terjatuh.
YOU ARE READING
The Obstacles
AcciónTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...