Chloe tersedar dari pengsannya hanya untuk mendapati dirinya sudah terbaring di atas katil biliknya dan rakan-rakan baiknya iaitu Liam, Danielle, Stella, Bridget dan Jeremy sudah berada di hadapannya.
Liam sedang menelefon seseorang dengan wajah yang sirius manakala Jeremy bersama-sama Danielle dan Stella sedang berbincang tentang sesuatu sebelum Bridget menghentikan apa yang mereka sedang lakukan dengan memanggil mereka sebaik sahaja Chloe membuka kelopak matanya.
Mereka pun bergegas ke arah Chloe dan terus bertanyakan khabarnya.
Chloe cuba untuk bangun tapi kepalanya masih terasa sakit kesan pukulan di kepalanya itu. Kepalanya juga sudah dibalut.
Stella menyuruhnya berbaring sahaja. Bridget mengatakan yang mereka enggan membawanya ke hospital kerana banyak jalan sudah ditutup dan kebetulan Danielle juga sedang belajar jurusan kedoktoran maka dia tahu serba sedikit tentang cara merawat Chloe.
“What happened to you? All of these mess, the door, and all that..” tanya Bridget risau.
“Wait,” ujar Chloe tidak mempedulikan soalan Bridget .
Mereka hanya bertanyakan kenapa.
“Aina..” sambung Chloe.
Mereka semua pun terperanjat dan bertanyakan kepadanya apa yang terjadi kepada Syahida.
Chloe pun menceritakan kepada mereka segala yang telah terjadi. Kelopak matanya ketika bercerita jelas berair dan Stella hanya menggosok-gosok belakang badan Chloe. a
Bridget juga tidak dapat menahan air matanya sebelum mengesatnya menggunakan belakang tangan kanannya. Danielle dan yang lain hanya fokus mendengar.
Usai bercerita, Chloe mengajak rakan-rakan baiknya itu untuk menjalankan misi mencari dan menyelamatkan Syahida.
Alangkah terkejutnya mereka semua mendengar cadangan yang hampir tidak masuk akal Chloe itu.
Jeremy berang dan menyuruh Chloe supaya sedar yang pengganas-pengganas itu adalah jauh lebih ramai dan kuat dari sekumpulan pelajar universiti yang lemah seperti mereka.
Stella dan Danielle bersetuju dengan Jeremy manakala Bridget dan Liam hanya berdiam. Barangkali sedang berfikir.
“Okay.” Chloe bersuara. “If no one wants to, I will do it by myself.”
“Are you crazy? It’s dangerous outside!” tegur Jeremy sangat berang.
“Ya, Chloe. It is too dangerous.” sokong Bridget.
“ I don’t care what would happen or what you guys think, if none of you actually think Aina is your friend, you can just sit here, I won’t mind, no heartfeeling. She is my friend.” ujar Chloe berkeras dan nekad untuk menjalankan misi mencari dan menyelamatkan Syahida walaupun seorang diri.
Mereka saling berpandangan sambil digulami perasaan bersalah. Kemudian, Stella bersuara.
“It is too dangerous outside. You know we love you, right Chloe?”
Tidak sempat Chloe menjawab soalannya, Stella terus menyambung, “That’s why I think we should do it together.”
Terbeliak mata yang lain mendengar pendapat Stella itu. “I will never let you do something honor alone.” sambungnya.
Senyuman terukir sedikit pada wajah Chloe.
“You gotta be kidding on me. Honor?! What the hell are you both thinking about, huh?! Dude, Liam. These girls are hella funny. Don’t you think so? Honor?! Is this a war movie or something?!” Jeremy seperti sudah hilang akal.
YOU ARE READING
The Obstacles
ActionTinggal di bumi UK, dapat housemate orang USA? Percanggahan sosial, bertukar perangan mental? Jika Islam itu indah, kenapa perjalannya tak indah? Pada rupa dia gah, tapi perangai tak semenggah! Mental sudah sedia rapi tapi fizikal yang diuji. L...