03 - Pondok Kecil

165 34 6
                                    

Kita telah bina sebuah pondok kecil
dengan beratapkan akal dan mimpi
berdindingkan naluri.
Kita telah membina pondok kecil
bukan untuk di diami tetapi untuk diwarisi

dalam pondok kecil itu
marilah kita isi dengan ilmu dan tahu
usah perhias dengan intan dan warna
cukup hanya pondok kecil yang utuh

namun, tak semua bakal merasakan pondok kecil itu pondok yang sama.
takkan sama, tak akan

bagi mereka yang luas mindanya
maka tinggilah rasa pondok itu
setinggi pohon kelapa
setinggi gunung yang megah berdiri

namun sebaliknya kepada si kolot
dia merasakan pondoknya sangat kecil, sesak dan sempit
nafas tak mampukan
tercekik bakal bawa pengakhiran

dinding naluri biar utuh
tegakkan betul-betul terpacak hadap langit
agar dia pilih apa yang benar
iaitu menatang akalnya
menanggung mimpinya

dan akhir sekali, isilah ruang yang ada dengan ilmu dan tahu
biar dapat menolong sesiapa saja yang mahu berkelana pada pondok kecil kamu

biar pondok kecil itu sebegitu
biar dia tak diketahui
tetapi apabila perlu diberi kepada yang mahu
sebarkan; bahagiakan

Ogos 09, 2017--

TULUSWhere stories live. Discover now