Blok-blok kayu disusun teramat tinggi
anak kecil itu, mahu menjejaki pelangi
dia binakan jambatan ke dunia imaginasi
untuk menempatkan si melankoli yang menulispatung-patung aksi disusun rapi
mengawal pintu masuk, larang dan awasi
jangan beri si batu api pijak di sini
Νanti masakan, dia pergi sambil baling obor dan laridomino tinggi sudah agam berdiri
menghadangi dunia realiti
tiada siapa mahukan; panjatkan
siapa berani gagahkanlah diripatung haiwan kini menunggu mangsa,
mereka menyelinap dan membaham si tak guna
jangan sampai ditangkap singa
lagikan dikau dibaham buayainilah loka fantasi saya
yang dibina permai untuk sahaya
dilarang engkau untuk mengubah skala
takut termati dan dibakar ngeriinilah loka fantasi saya
usah ragu akan keseimbangannya
jika tak suka, aku tak boleh buat apa
sila keluar sebelum dihumbanini loka aku yang punya
banyak bunyi
silalah pergiDisember 17, 2017--
12:01-
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...