Duhai naga agam yang menaung takhtaku
usah dikau rajuk dan mahu maafku
sesungguhnya dikau yang tulus salah
mengapa dengan benci membakari rakyatku?api dan nafas mautmu membunuh mereka
malah ramai yang hilang harta benda
mengapa dikau, melakukan kutuk keji ini?duhai naga agam yang dulunya kecil
adakah sudah dikau lupa yang kau dulu pernah berjanji?
yang sesungguhnya dikau mahu jaga kerajaanku?
yang kau mahu perhambat keluar si hantu berkaki yang rosakkan daulatku
yang dikau akui; akulah teman sejatimuadakah sudah luput janji yang termeterai tika dahulu
adakah sudah lapuk istana kayu yang dibina dengan persahabatan?
adakah sudah lekang pustaka baru yang dibina dengan sefahaman?
adakah kau sudah ragu dengan jernihnya bayangku?
ataupun,
dikau bukanlah naga yang dahulu?ohhh, wahai naga agamku
usahlah rajuk dan mahu pujukku
sesungguhnya aku masih setia padamu
usahlah cari raja baru
usalah cari takhta baru
usahlah cari negeri baru
usalah wahai naga agamkuDisember 11, 2017,
1640 Hours.
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...