Cuma mahu pesan pada teling sendiri yang mulut sendiri masih boleh memberitahu bahawa mata ini sakit.
Cuma mahu rasakan tubuh sendiri yang akal sendiri masih boleh berfungsi bersama jiwa sendiri yang asyik menyelam lalu mendaki.
Cuma mahu pesan pada diri sendiri yang aku boleh menjadi tabah seperti mana yang aku pernah jadi dulu dan seperti mana aku harapkan yang lain.
Cuma mahu ingatkan yang jatuh dan menahan impak dengan masa yang panjang tak akan buatkan durasi ceritamu menjadi cepat. Hanya semakin lama.
Cuma mahu beritahu, yang aku perlukan masa untuk ingat, kenang dan syukuri apa yang cuma aku mahu dan Tuhan esa tahu.
September 18, 2018--
22:05-
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...