Kehadapan Ahmad,
Jejaka berkaca mata,
Yang sentiasa tertanya-tanya.Jadilah seperti mana yang engkau pernah dulu,
Bijak dan berisi kata dan minda,
Mudah percaya dan sentiasa tanya langkah dunia,
Yang mudah ceria dan enggan serabutkan rasa.Untuk siapa engkau memanggil guruh,
Menyambar hati-hati sang luruh,
Untuk siapa engkau gegar lautan,
Dan membiar tsunami menangisi pantai,
Untuk siapa engkau bergelombang angin,
Lalu mematah tengkuk-tengkuk pokok?Duhai Ahmad, aku mencintaimu,
Sepenuh hati, tapi dirimu yang pernah dulu.Usahlah merasakan dirimu terbeban,
Dengan segala nokhtah segan,
Yang asyik membuatkan dirimu enggan,
Merasakan cinta dari aku,
Iaitu dirimu,
Dirimu yang pernah dahulu.Oktober 13, 2018,
15:36.
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...