07 - Mimpi

114 21 8
                                    

Terompet memekik kegembiraan
mahu persila turun kaki si bahagia
nyanyian burung mudah di telinga
mahu iring lemah gemalai aturnya
awan redup mula memutih
mahu payungi langkah si dia.

"Abang, bangun. Sudah subuh"

Mimpi.
Benar kata orang tua
mimpi itu lagi menyerlah , lagi gemilang
dari realiti.

Dan hari ini aku bangkit
sama seperti semalam
manusia penuh warna luntur.
Dan berharap
akulah si dia dalam realiti.

Namun semua itu hanya fatamorgana
sama saja seperti bunian
sama saja seperti kesaktian.
Semua itu hanya fatamorgana.

Namun semua logamaya ini buatkan kita celaru
mahukan jadi raja
mahukan jadi berkuasa.

Namun, sekiranya aku, kau, kita, raja
siapa rakyatnya
sekiranya aku, kau, kita, tuan
siapa suruhannya.

Kan aku sudah kata
fatamorgana lebih gemilang, cemerlang,
dari realiti

itukan mimpi
kau boleh rasa segalanya
kau boleh

dan satu saat nanti
kau akan rasa sakit bila asyik bermimpi indah.
Merasakan diri ini kerdil dan lemah.
Sakit.
Perit.

Ogos19, 2017--

TULUSWhere stories live. Discover now