Ketahuilah yang kau itu sungguh beruntung
pantas celik setiap kali bernafas di awal pagi
yang kau jarang sedari
bahawasanya, kau itu masih hidup di dunia ini
masih ada cerita yang mahu disunting dan disaksikan
masih ada pertemuan yang mahu diakhirkan
masih ada perpisahan yang mahu dimulakan
dan masih menunggu masa untuk berakhirhiduplah dengan apa sekali carapun yang paling kau selesakan
biarlah ada yang kotoran terpecik ke pakaian mu
biarlah ada peluh deras mula memenuhi mukamu
biarlah apa-apa yang bakal buat kamu lebih kuat; lakukan itu
dan pastikan akhirnya, pasti kau cuci segala yang tidak membantu
pastikan yang baru itu akan sentiasa bantumu bersatu dengan kejayaanketahuilah yang engkau itu sungguh beruntung
dan aku juga perlu ketahui
yang bahawa aku juga dipersembahkan dengan pelbagai bentuk ganjaran
ketahuilah kita perlu bersyukur atas turunnya keuntungan iniSeptember 19, 2018--
07:22-
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...