Corong telinga kerap tangkap akan keluh orang
sang sasa keluh kurang tenaga
sang rupawan keluh kurang seri
sang hartawan keluh kurang kebebasan.
Dan berderailah keluhan dari minda merekabakal padat guni akal ini
dengan sedikit lagi keluhan
bakal teburai
bakal telerai
maka keluhan aku pula ke udara«※»
Sesungguhnya keluhan itu kebiasaan
namun jangan dibiasakan.
Cuba pergi jauh sebatu dan usaha apa mahu
barangkali ia bukan mudah dan bukan susah
cuma aku tahu usaha itu trampolin kejayaansebaik saja kau rasa akan terbang dirimu
maka capailah apa hasrat dan gayut kuat-kuat
ingat, kalau lenguh dan mahu lepas
maka nantinya jatuh itu dirasai
maka kau keluh baru bermulasia-sia usaha?
tidak dan TIDAK
dengan apa yang terlerai itu
ambillah rasa dan susunnya kemas serta rapi
jadikan ia bahan menimba ilmu
pelapik ilmu baru
belajar dari keburukan; bukannya membuatkan dirikau burukOgos 08, 2017--
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...