Lekas-lekas datang ke mari
pantaskan kaki, bertandang ke hati
jangan sembunyi dicelah peti
masuk sahaja, rapatkan dirilihat hati si dia merah menawan
penuh ukiran yang memanah mata
alangkah indah hatinya dia
sungguh berkilau, sungguh berkilaulekas-lekas datang ke mari
pantaskan kaki bertandang ke hati
jangan sembunyi dicelah hati
masuk sahaja, rapatkan dirijangan beri si lain lihatnya
perambat saja siapa yang mara
usah binakan pintu hati kedua
barangkali si dua bakal mencela, bakal menghinalekas-lekas katup pintu hati
jangan sampai intan dicuri.
Lekas-lekas katup pintu hati
seusai yang diharapkan
turut larilekas-lekas, tukar arah hati.
Jangan percaya akannya lagi.
Lekas-lekas, tukar arah hati
jangan percaya akannya lagi.Ogos 09, 2017--
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...