Cerita bermula di bangku sekolah menengah
aku dihurung dengan pelbagai masalah
sekejap tiada hati untuk terus berdiri
sekejap penuh emosi mahu ganti seri
masalah berlimpah
diri penuh karenah
rasa seperti mahu undur diri
namun takdir datangkan pari-pari jambudia gadis yang baik dan penuh tenaga
usaha mahu lihatku mahu senyum semula
jadi tukang ceritaraya dan aku tadah telinga
dia manis dan penuh percaya
yang kita akan baik selamamya.
Dia gadis istimewa untuk aku lelaki yang perlu.Lalu kawannya mahu ceria bersama-sama
dia si pari-pari merah
penuh kata-kata yang membina
bantuku untuk terus setia
pada loka yang penuh duga
dia gadis yang jarang kini jumpa
kelihatan tiada apa, namun suka memberi
dialah apa yang manusia tidak sangka
dialah gadis istimewa untuk aku lelaki yang perlu.Inilah kisah persahabatan kita bertiga
yang saling mahu terbang tinggi
dan lihat cerita kita berpenghujung ceria.September 18, 2018--
19:58-
YOU ARE READING
TULUS
PoetrySetiap apa yang diimbas oleh mata tak pernah cerita situasi yang sebenar. Kadangkala, kita perlu cari jalannya untuk hadam dan kalam pada orang lain. Kadangkala hati yang betul TULUS untuk tahu ada apa disebalik kita, Mudah tertanya apa itu dan meng...