Seongwoo- My Husband

2.6K 237 23
                                        

Finally Mr Ong ' s imagineWant to know how it feel to be Mrs Ong? Let's get started!! Fyi,Seongwoo is my ultimate bias😻💕 and then Jaehwan keep trying to pull Seongwoo from the top of my heart , this is so sad😢

Seongwoo

Hari ni aku cuti,bolehlah aku tidur puas-puas muahahaha!! Aku mengeliat sambil berguling-guling diatas katil. Aduh! Nikmatnya dunia! Nasib baik tak terjatuh dari katil.

Aik? Wife aku mana? Setahu aku,dia pun cuti hari ni. Nak tak nak aku terpaksa juga bangun dari katil. Manalah tahu,bini aku kena culik. Maklumlah,bini aku tu cantik.

"Y/N!! Yeobo! Darling!! Honey!! Baby!! Mrs Ong!!" Dari tadi aku jerit-jerit tapi takda orang yang jawab. Mana dia ni? Aku pergi ke arah dapur. Takda orang tapi yang aku dapat ialah sekeping post it note terlekat di pintu peti sejuk.

Good morning hubby.. Y/n akan pergi shopping dengan kawan-kawan y/n hari ni. Tengah hari nanti baru balik. Jaga rumah tau! Yang penting jaga Taehyung! Dia masih tidur kat atas. Love you hubby! Muah

Laaa.. Ingatkan nak spend day dengan wife tapi boleh pula dia pergi shopping. Aku pula jadi babysitter? Hm i love you too Y/N.. Aku mencium note itu tadi.

Aku pergi ke bilik Taehyung. Taehyung ialah pengerat cinta aku dengan Y/N. Dia baru sahaja berumur 2tahun."Taetae.... Wake up boy!" Aku mengongcang-goncang badan anak aku itu.

Tapi yang aku dapat ialah bantal hinggap kat muka aku. "Appa ni bisinglah shhshh.." Dia meletakkan jarinya di mulut dengan muka half sleepnya. Aww neomu kyeowo!!

"Bangunlah.. Eomma pergi shopping hari ni.. So tinggal kita berdua je kat rumah. Kita buat breakfast jom!" Ajak ku.

"Nak susu..." Taehyung mempamerkan puppy eyesnya. Aku mana reti nak bancuh susu. Bancuh susu sama ngan bancuh kopi ke? Nak tak nak aku terpaksa juga turun ke dapur untuk membancuh susu untuk Taehyung disebabkan dia dah mula merengek.

Selepas aku selesai membancuh susu, ingatkan nak naik ke bilik Taehyung tapi rupa-rupanya Taehyung dah berbaring di atas sofa di ruang tamu. "Aigoo anak appa ni.. Nah!" Aku menyuakan botol susu kepadanya. Dia mengambilnya dengan gembira. Tapi beberapa saat dia meminumnya, mukanya berubah menjadi kelat.

"Ni susu ke air mineral?" Tanyanya. "Ni susulah! Tak nampak ke air dia warna putih?" Aku mengambil botol susu itu dari Taehyung dan meminumnya. "Erk! Sorry,appa dah buat salah.." Patutlah.. Aku letak satu sudu je serbuk susu ke dalam botol susu tadi. Appa jenis apa lah kau ni Seongwoo?

"Appa buat lagi okay?" Ingatkan Taehyung nak tapi dia hanya menggelengkan kepalanya. "Tak payahlah appa... Appa.. Taetae nak makan.." Pintanya pula kali ni.

"Taetae nak makan apa?"

"Pizza.." Amboi,tapi takpelah,order jelah. Baru je aku nak ambil handphone untuk dial.." Appa! Tak nak yang order,nak yang appa buat! Macam eomma punya hehehe.." Banyak songeh pula anak aku sorang ni. Aku mana reti?!

"Tapi appa tak pandai..." Aku tunjukkan muka cute aku. " Tapi eomma pandai.." Taetae buat muka cute dia pula. "Tu eomma bukan appa.." Kataku pula. "Appa tak buat, nanti Taehyung nangis!" Dia merajuk pulak.

"Ye ye ye...appa buat!" Akhirnya aku mengalah. "Jomlah ikut appa buat sekali.." Aku mengendong Taehyung ke dapur. Dia ketawa kegembiraan sambil bertepuk tangan. Haishh, tu lah aku tak sampai hati tak tunaikan permintaan dia. Aku mencium pipinya sebelum meletakkan dia di atas lantai.

Macam mana ni? Hah! Call Y/N lah.

Y/N

Setelah masuk ke dalam kereta,tiba-tiba handphone aku berdering. My hubby. Butang jawab ditekan.

"Yes hubby? Terasa rindu pula dengan Ong ni. "Yeobo,cam mana nak buat pizza?" Seongwoo buat suara yang hampir menangis. Apa kebendanya soalan dia tanya kat aku? "Laaa,kalau tak tahu buat,hubby order jelah.."

"Tapi taetae tak nak makan yang diorder,dia nak appa dia ni buat.." Jawabnya. "Oppa ngan Taetae,tunggulah kejap. Nanti Y/N buat. Lagipun Y/N dah nak pulang ni.." Kataku. Terbayang wajah Seongwoo menarik nafas lega.

"That's why I love you! Cepat tau! Tapi lampu merah jangan pecut. Drive safely! Muah!" Kedengaran bunyi kucupan Seongwoo di hujung talian. " I love you too.." Aku tersenyum.

Selepas 30 minit memandu,akhirnya aku sampai juga di rumah. Sebaik sahaja aku buka je pintu rumah, kelihatan Seongwoo yang tidak memakai baju hanya berseluar pendek dengan rambutnya yang agak kusut sedikit sedang mengendong Taehyung yang sedang menangis.

Aku segera mengambil Taehyung darinya. "Kenapa dengan Taehyung?" Tanyaku. "Dia lapar.." Seongwoo menjawab dengan muka yang tidak bersalah. "Laa.. Buatkanlah taetae susu.."

"Dah tapi dia tak nak minum.. Rasa macam air mineral katanya.." Seongwoo mengadu. Aku ketawa. "Lawak eih?"

Aku mencium pipi Seongwoo sebelum menyerahkan Taehyung kepadanya. "Bawa Taetae pergi ke bilik dia,nanti y/n buat pizza tu.." Arahku kepada Seongwoo. Seongwoo membalas ciumanku di bibir. Nasib baiklah Taehyung dah terlena disebabkan dah penat menangis.

Aku pergi ke arah dapur. Kelihatan semua bahan untuk membuat pizza sudah tersedia di atas meja. Aku memulakan kerja ku untuk membuat dough.

"Y/N....." Terasa pelukan seseorang dari belakang. Seongwoo meletakkan kepalanya di bahuku. "Oppa.. Taehyung dah tidur?" Tanyaku.

Dia hanya menjawab hmm. Dah tidurlah tu maksud dia.. Seongwoo masih lagi memeluk ku dari belakang. "Oppa... Y/N nak bergeraklah.." Aku memusingkan badanku untuk berhadapan dengannya. Dia memandangku dengan pandangannya yang redup.

"Oppa kenapa tak pakai baju? Saja nak tunjuk abs yang tak seberapa tu kan?" Rindu pula nak sakat si Ong ni.
"Eleh,cakap jelah Y/N dah terpikat.." Seongwoo buat wink. Blushing pula aku jadinya. Dahlah aku masih lagi di dalam pelukannya. Seongwoo melingkari tangannya di pinggang aku manakala aku meletakkan tanganku di lehernya.

Dia menghadiahkan satu kucupan di bibirku. "Y/N.. Taetae cakap dia nak ada adik. Kalau boleh nak adik perempuan.."

Aku mencubit hidung Seongwoo. "Nakal eih? Dah dah pergi sana!" Aku menolak badannya lembut untuk melepaskan diri. Seongwoo memuncungkan mulutnya.

Tapi Seongwoo memeluk badanku kembali. "Happy 3rd anniversary my wife. I love you.." Dia mencium bibirku.

3rd anniversary? Ohmygod! "Omo! Oppa mianhe!!! Y/n terlupa!" Aku mengetuk kepalaku sendiri. "It's okay.. " Dia menggosok-gosok kepalaku.

"Mianhe,btw I love you too"

"So...." Seongwoo menunjukkan creepy smilenya.

"So what?"

"Can i get it?"

"Oppa cakap lagi pasal benda tu, y/n ketuk kepala oppa dengan lesung ni.." Aku menunjukkan lesung batu di tanganku. Seongwoo pula mengalah. Akhirnya,kami berdua hanya menghabiskan 3rd anniversary dengan membuat pizza untuk Taehyung.

Dan aku pula ada surprise nak beritahu,sebenarnya aku dah mengandung anak kedua kami 2 bulan dah. Dan aku cuma tunggu masa yang sesuai nak beritahu Seongwoo.

Lepas aku beritahu dia pasal tu,tak pasal-pasal pula dia pengsan. Terlalu excited lah tu sebab bakal dapat anak baru.

Seongwoo

Korang tak tahu betapa peritnya nak jaga anak!!!!

The end😂









Wanna One ImaginesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang