Pengenalan...
Park Jihoon ialah "Bad Boy" di Kirin Highschool. Membuli orang sana sini sudah menjadi rutin sehariannya. Sampaikan cikgu juga ada yang menjadi mangsanya.
Selain daripada membuli,dia juga merokok dan ponteng kelas. Jihoon nakal dan berhati batu.
Park Jihyo pula seorang pelajar yang baru pindah ke sekolah tersebut. Dia seorang yang baik hati,sopan,cantik dan pandai. Pendek kata,Jihyo seorang yang sempurna di mata semua orang.
Namun tidak bagi Jihoon. Jihyo akhirnya menjadi salah seorang daripada mangsa bulinya.
▪▪▪
Setelah menghabiskan seputung rokok,Jihoon menghela nafas panjang lalu membaling sisa rokok itu entah ke mana. Dia memandang sekumpulan pelajar yang berjalan dengan cepat apabila perasan akan kehadirannya di sana. Ada juga yang tak berani hendak melihat mukanya sampaikan ada yang terlanggar tiang akibat berjalan memandang ke bawah.
Jihoon hanya menghiraukan itu semua. Dia bersandar di tiang gate. Dalam hatinya dia mencarut tak nak pergi ke sekolah. "Malas betul aku nak masuk.. Ergh!" Jihoon "roll eyes" kemudian terpaksa digagahkan juga langkah masuk ke dalam perkarangan sekolah.
"Hyung!" Jihoon memandang ke belakang. Kelihatan Lai Guanlin sedang berlari mengejarnya. "Huh huh cepat betul hyung berjalan. Linlin dari seberang jalan sana dah panggil hyung aduhhai.." Kata Guanlin sambil termengah-mengah.
"Aku dengar kau panggil aku tapi aku malas nak tunggu kau.." jawab Jihoon tanpa memperdulikan perasaan Guanlin. Mulalah Guanlin menunjukkan muka sedihnya.
"Jangan tunjuk muka macam tu,kang aku telanjangkan kau kat sini.." kata Jihoon yang annoying. "Uish! Jangan hyung... Mianhae.." Guanlin insaf.
Setelah itu,mereka berdua berjalan beriringan ke kelas. Sesampainya di sana,kelas yang bising pada mula bertukar hening.
"Jom pergi cafe,malas nak duduk kat kelas ni.." Ajak Jihoon. "Yeay!! Hyung nak belanja ke? Wuu!!" Guanlin membuntuti langkah Jihoon dari belakang.
▪▪▪
"Park Jihyo,sila ikut saya ke kelas baru kamu." Arah C.Kwangsoo kepada Jihyo. "Nae saem!" Jihyo menurut dan mengikut langkah C.Kwangsoo dari belakang.
Sepanjang jalan Jihyo memerhatikan kawasan sekolah. Suasananya sangat tenang dan kondusif. Sesuai untu belajar.
"Ok,kita dah sampai. Mari masuk!" Jihyo hanya mengangguk. Dia masuk ke kelas dan dia dapat merasakan yang semua mata pelajar tertumpu ke arahnya. Jihyo mempamerkan senyumnya.
"Ok kelas,ni kawan baru kamu.. Dia baru pindah dari US. Sila kenalkan diri kamu jap.."
"Annyeonghaeseyo chingudeul, nama saya Park Jihyo imnida.." Kata Jihyo. Semua pelajar menyapanya dengan "Hi Jihyo!". Getaran yang dirasai oleh Jihyo dapat diredakan seketika kerana semua kawan baharunya tampak friendly.
"So,kamu duduk kat... Hm.." Mata C. Kwangsoo melilau ke sana sini untuk mencari tempat duduk kosong. Seketika kemudian.. "Oh damn.." C. Kwangsoo agak teragak-agak untuk menyuruh Jihyo di tempat tersebut.
"Waeyo saem?" Jihyo tidak faham. "Erm,saya harap awak tahan lah ye.. Awak duduk kat situ.." Cikgu tersebut menunjukkan tempat duduk di meja baris kedua dari belakang. Disebelahnya ada beg,namun empunya tiada di situ.Jihyo pun pergi ke tempat duduknya.
![](https://img.wattpad.com/cover/120175432-288-k216228.jpg)
YOU ARE READING
Wanna One Imagines
Fiksi PenggemarMay ruined your innocent mind (͡° ͜ʖ ͡°) ©shaesthetic 2017 Highest rank: #21 (6/10/17)