Sungwoon- Next Door Flower Boy

2.1K 186 53
                                        

He said that he want to be sexy but bruh you act cute it also give me a goddamn ovary explode!! Staphhh boii

Y/N

Aku baru balik dari sekolah. Datang je aku kat lorong rumah,aku dapat lihat ada sebuah lori berhenti di sebelah rumah aku. Semakin dekat aku datang,rupanya ada orang berpindah ke situ. Ada jiran barulah nampaknya.

Harap² lah ahjumma sebelah rumah tu ada anak namja yang handsome. Boleh aku usha. Gatal kau eih?

Aku lalu begitu sahaja. Sekilas aku pandang,ada seorang lelaki sedang mengangkut kotak yang dipenuhi oleh buku. Boleh tahan handsome jugak dia tu.Cuma ehem he's kinda short omg don't bash! Tapi takpe,senanglah nak kiss. Tak macam dengan ex aku yang dulu,Park Chanyeol,tinggi macam belon yang bergerak-gerak cam orang gila kat stesen minyak.

Hampir 3 minit aku perhatikan dia sehinggalah bunyi makcik tua entah dari mana menegur aku. Rupa-rupanya,eomma yang menegur aku.

"Y/N!! Masuklah! Kenapa tercegat lagi kat situ?" Teriak eomma aku. Aduhh eomma ni,takyah lah nak teriak.. Malulah.. Namja tu tadi memandang aku yang berdiri di depan gate. Dia tersenyum. Alahai comelnya!!!!

Aku bergegas masuk sebelum eomma aku sendiri piat telinga aku pastu heret masuk ke dalam rumah. "Eomma... Jiran baru ke?"

"Eh taklah,jiran lama.." Pandai pula eomma aku buat lawak sekarang. Aku buat muka speechless kat eomma. Eomma memandang ku dengan tajam. "Buat lagi muka macam tu, eomma taruh belacan dalam mulut kamu!" Euww.

"Dahlah! Y/N pergi mandi dulu.." Aku pun segera naik ke bilik aku untuk membersihkan diri. Aku tertanya-tanya siapa namja itu tadi? Kalau dia sama umur dengan aku so bolehlah aku jumpa dia dekat sekolah esok. Tapi esok cuti seminggu dah bermula... So?

Jom mandi heheh

Sungwoon

"Eomma,ni Sungwoon letak kat sini eih? Sungwoon nak mandi dulu. Badan dah melekit ni.." Kataku kepada eomma sambil buat muka yang comel sikit. Biasalah aku kan anak tunggal.

"Pergilah mandi.. Anak eomma pasti penat kan? Pergilah.." Eomma mengizinkan aku.

Selepas membuka baju tshirst yang dah basah disebabkan peluh,aku try² tengok aku punya badan kat cermin. Wow... Aku tengok refleksi diri pun dah terjatuh cinta. Sexy kau Sungwoon. *wink*

Dalam pada itu,aku teringat kat yeoja tadi. Comelnya dia bila dia berlari ke arah eommanya. Macam pingu aku tengok. Agaknya siapa nama dia eih? Dah lah tu Sungwoon! Jom mandi!

Y/N

"Y/N,lepas ni ikut eomma pergi ke rumah sebelah.." Tiba-tiba eomma menampar punggung aku. Sedap-sedap aku meniarap di sofa pastu eomma kacau pulak. Tak adil!

"Kenapa pulak?" Tanya aku acuh tak acuh. "Kita bawa mereka dinner kat sini,pasti mereka penat susun barang.. Pasti takda masa nak masak.." Ujar eomma pula.

Sel-sel otak aku mula berhubung. Sebenarnya aku tak suka ajak orang datang makan kat rumah aku sebab aku yang kena basuh pinggan. Tapi takpe,demi namja tu tadi, Aku sanggup..

"Melayang pergi mana pulak tu?" Tanya eomma kepada ku. " heheh takda.. Jomlah kita pergi sekarang!" Aku terus menarik tangan eomma lalu mengheretnya ke rumah sebelah.

Datang je kami berdua kat depan gate, ada seorang wanita separuh umur sedang menyapu halaman rumah. Ooo tu lah bakal eomma mertua aku.. Aik?!

"Hai,saya Puan Kang. Ni pula anak saya Kang Y/N.." Aku tunduk hormat kepadanya. Dia tersenyum manis. Cantiknya dia walaupun dah berumur. Patutlah anak dia hensem.

"Saya pula Puan Ha,kamu berdua pasti jiran baharu saya kan?" Tanyanya. Baru je aku nak sebut " eh taklah,jiran lama.." Tapi niat aku terbantut pulak. Jaga mulut tu Y/N...

"Ha'ah,saya dan family nak ajak Puan Ha dengan family dinner kat rumah saya malam ni.. Pasti Puan Ha penat kan nak masak.." Kata eomma.

"Susah-susah je.. Takpe ke?" Tanya eomma mertua aku lagi. Eih? "Mana ada susahnya,jemputlah datang ke rumah pukul 7 nanti. Kita dinner sama-sama disamping untuk mengeratkan silaturahim..." Kata eomma. Selepas beberapa kali sesi pujuk-memujuk,akhirnya Puan Ha setuju.

Aku gembira bukan main lagi.. Yes!!! Dapatlah kenal kenal bakal suami aku nanti. Merapu kau. Sila pupus y/n.. Mohonlah.

Sungwoon

Aku melihat eomma tersenyum sorang² selepas balik dari luar rumah. Aik eomma? Jangan curang dengan appa sudah. "Eomma,kenapa pula eomma tersenyum-senyum?"

"Takde apa-apa.. Nanti kita pergi rumah sebelah ye? Kita dinner kat sana. Dia orang dah jemput dah tadi.." Ujar eomma. Jiran sebelah? Hmm maksudnya rumah yeoja tadi lah? Oh yesss!!! Aku dah mula tersengih sendirian.

"Kamu pulak yang tersengih sekarang ni? Kenapa?" Tanya eomma balik. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Lantas aku berlari ke arah bilik aku.

Ouh yess! Kena handsome² malam ni.. Kena wangi. Tapi payahlah tuang minyak wangi sebotol..

..

Appa aku menekan loceng rumah mereka. Kelihatan seorang yeoja membuka pintu. Omg! Tu yeoja tadi kan?! Omo! Keep calm and be Cool Sungwoonie..

Again. Dia berlari macam pingu ke arah kami. "Anyeong ahjumma and samchon! Sila masuk.."jemputnya dengan riang. "Gomawo Y/N yah.." Ooo nama dia Y/N ? Aku tersenyum. Seketika pandangan mata kami berdua bertaut. Dia tersenyum ke arah aku. Tampak blushing di situ.

"Oh! Ni anak ahjumma,nama dia Sungwoon.. Sungwoon-ah.. Kamu borak dengan Y/N ye? Eomma dengan appa masuk ke dalam dulu.." Kata eomma. Wth? Aku kena borak dengan dia? This is awkward. Eomma dengan appa aku masuk ke dalam rumah manakala aku dengan Y/N tinggal di luar.

"Annyeong Sungwoon-ssi.." Sapanya.. Patutnya namja yang cakap dulu.. Omg malunya. "Annyeong Y/N-ssi.."kataku malu-malu..

"Takpayahlah malu..Can we be friend?" Tanyanya dengan puppy eyes. Aww neomu kyeopta.. "Of course!" Aku mengusap rambut aku ke belakang sambil tersenyum.

Seminit kemudian hanya terdengar hembusan nafas sesama sendiri. Aku curi-curi pandang dia. Tak sangka pula dia pun perhatikan aku. Aku ketawa dia pun ikut ketawa.

Aku mendekatkan diri kepadanya. Y/N agak terkejut. "Sungwoon-ah? Waeyo?"

"Y/N yah..."

"Hm?"

"Saya...."

Y/N

"Saya..."

Kenapa dengan Sungwoon ni? Dia asyik mendekatkan mukanya ke arah muka aku. Berhentilah oi aku cair ni..
Bau badannya pula sangat mengancam. Bibirnya pula sangar seksi. Kalau aku kiss kau,kau jangan menyesal pula..

"Sungwoon-ssi....."

"Baegopayo... "

Aku ketuk kepala baru tahu. Kalau lapar janganlah beritahu dengan style romantik. Aku buat muka speechless aku.

"Aww cutenya pingu ni.." Sungwoon mencubit bibirku yang muncung.. Agak sakit tapi dia hilangkan rasa kesakitan dengan menggunakan bibirnya.

"Ehem! Budak-budak sila masuk ke dalam.." Oppa aku,Kang Daniel menjadi pelakon undangan yang tidak diundang. Oppa kacau daun betullah!!

The end 😂 takde idea dah 😩





Wanna One ImaginesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang