Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Little Baejin ✨
"Hyejin!!!!!!" Seorang kanak-kanak perempuan yang asyik bermain di buaian berhenti seketika apabila ada seseorang menutup matanya dari belakang. Hyejin memegang tangan orang itu.
"Baejin?" Tekanya. Maka orang itu pun memeluknya. "Waaa betul!" Kata kanak-kanak lelaki itu pula. "Dah hampir ke 100 kali awak buat macam ni mana taknya.." Hyejin turun dari buaian. Baejin pula yang naik.
"Okay.. Kau tolak aku dari belakang!" Arah Baejin. "Tolaklah sendiri ish.." Hyejin berlari dari situ. Baejin pula mengejarnya dari belakang.
Sampailah mereka di satu pokok yang besar,Hyejin berhenti. Dia memandang Baejin yang sesak nafas akibat berlari dengan laju. "Lajulah kau lari Hyejin.. Masa sukan sekolah tak pula kau laju.. Dapat no 1 dari belakang adalah... " kata Baejin termengah-mengah.
"Bae Jinyoung.." Panggil Hyejin. Baejin memandangnya. " Kau janji dengan aku boleh tak?"
"Janji apa?" Tanyanya sambil tangannya menarik Hyejin agar duduk di bawah pokok itu. "Yang kau akan selalu ingat aku walaupun aku takda kat sisi kau.."
"Mestilah aku sentiasa ingat kat kau.. Kau kan kawan baik aku.. Kau cakap cam ni.. Kau nak pergi mana-mana ke?" Tanya Jinyoung lagi. Hyejin mengeluh seketika. Dipegangnya tangan Jinyoung.
"Baejin..aku..aku akan pindah ke Amerika.." Jinyoung terkejut apabila mendengar hal itu. Air matanya mengalir. Dia terus memeluk Hyejin. "Alaaa Hyejin.. Kau janganlah tinggalkan aku.. Nanti aku takde kawan .. " esaknya. Hyejin pula ikut menangis selepas itu.
"Aku pun taknak tinggalkan kau.. Tapi aku terpaksa ikut.." Terang Hyejin. "Hyejin-ah!!!!!!!" Esakkan Jinyoung makin kuat.
Maka dua orang kanak-kanak itu berpelukkan di bawah pokok itu sambil menangis.
...
"Baejin.. Janganlah merajuk.. Jom ikut eomma pergi rumah Hyejin. Diaorang dah nak bertolak ke airport.." Eomma Jinyoung sedang memujuk anaknya yang sedang berpeluk tubuh sambil memuncungkan mulut berdiri di depan pintu.
"Hati Baejin sakit eomma!" Katanya. Eommanya tertawa. Cute pula anaknya itu. "Sakit? Sakit lagi kalau takde hati .." Kata eommanya dengan harapan agar rajuk anaknya hilang.
"Tak lawaklah eomma.. Eomma!! Jangan suruh Hyejin pergi boleh tak?!! Baejin taknak kehilangan dia!!" Baejin akhirnya mengalirkan air mata lagi.
"Aigooo...Kenapa nangis ni?" Baejin digendong oleh ibunya. "Nak Hyejin!!" Jawabnya dalam tangisan.
"Jomlah jumpa Hyejin sekarang.." Eommanya menggendong Baejin yang masih menangis kereta.
Sampai sahaja di hadapan rumah Hyejin, Baejin terus berlari ke arah Hyejin yang sudah berada di hadapan gate. Menunggu masa hendak bertolak.