Seongwoo-Your Answer

1.5K 109 89
                                        

Here it is for you dear wanieawin96
Second request✔

"Woii minah cermin mata besar! Kau dah siapkan ke kerja rumah aku? Bagi sini cepat!" Gertak Seongwoo kepada Kwon Minsoo di depan gate sekolah pada waktu pagi itu.

Minsoo mengeluarkan buku dari begnya dan tangannya terketar-ketar ketika menyuakan buku itu kepada Seongwoo. "Ish cepatlah! Lembap!" Seongwoo merampas buku itu lalu berlalu dari situ tanpa mengucapkan terima kasih. Minsoo mengeluh panjang. "Takpelah.. Aku dah biasa.." Katanya lalu pergi ke kelas.

Dalam perjalanan ke kelas,ramai yang memerhatikannya. Minsoo berjalan perlahan sambil tunduk ke bawah. Dia terdengar ada orang mengatanya.

"Tsk! Memang padanlah dia tu jadi hamba Seongwoo. Tengoklah,dari hujung rambut hingga hujung kaki dia.. Macam hantu raya pun ada hahahah!!"

Minsoo mengenggam tangannya. Dia cepat-cepat berlalu dari situ.Airmata nya ditahan daripada jatuh. Kedengaran sekumpulan pelajar itu tadi ketawa mengekek.

..

"Sekarang ni cikgu akan bahagikan korang kepada kumpulan. Dua orang dalam satu kumpulan.."

Suara cikgu itu tidak menganggu tumpuan Minsoo untuk membuat latihan mathnya sehinggalah nama dia disebut dan dia dipasangkan dengan ..

"Kwon Minsoo dan Ong Seongwoo. Korang boleh bergerak sekarang ke meja partner masing-masing.."

Minsoo terkejut beruk. "Matilah aku dibuli oleh Seongwoo nanti..Oh no!!" Bentak Minsoo dalam hatinya. Seongwoo datang ke arah meja Minsoo. Mereka duduk berhadapan muka masing-masing.

"Hoho tak payah buat kerja lah aku nampaknya hahah!" Kata Seongwoo dengan nada yang perlahan. Takut pula kantoi dengan cikgu.

"Cikgu nak korang bincang pasal soalan math yang akan cikgu bagi nanti. Bantu partner masing-masing okay? Nanti cikgu akan panggil sorang² untuk tulis cara penyelesaian di whiteboard. Faham?"

"Faham cikgu!!!"

Cikgu itu tadi pun menulis beberapa soalan mathematics. Minsoo melihat Seongwoo sudah mula menggaru kepalanya yang tidak gatal. Minsoo tersenyum sedikit melihat telatah Seongwoo. Dia kemudiannya menyalin soalan itu tadi dalam buku latihannya.

"Weh! Kau tahu tak buat tu?" Tanya Seongwoo dengan kasar. Well seperti biasa. Minsoo yang tengah menyalin terkejut. "Err biar aku cuba dulu.."

"Cepatlah! Kang cikgu badak tu panggil aku pulak.." Kata Seongwoo sambil menjeling ke arah cikgu yang berperut besar itu. "Hmm ye.."

Minsoo cuba membuat soalan math itu satu persatu. Akhirnya dia berjaya menyelesaikan semua soalan. Seongwoo pulak meneruskan misinya untuk menyalin. "Bijak jugak kau eih? Dah memang sikap budak nerd macam tu kan? Hahaahah" sempat pula Seongwoo mengutuk Minsoo ketika menyalin. Minsoo hanya diam walaupun dalam hatinya dia berasa sedih.

"Ok dah! Nah!" Seongwoo melemparkan buku latihan Minsoo ke arahnya. Seongwoo tidak memperdulikan buku Minsoo itu terjatuh ke lantai,malah dia tersenyum bangga apabila cikgu memujinya kerana jalan kerja mathnya betul semua. Minsoo hanya mengeluh.

...

Seongwoo dan rakan-rakannya sedang makan di kantin sebelum aktiviti kokurikulum pada petang itu. Daniel yang bosan mula mencadangkan sesuatu. "Boring ah! Jom main nak?"

"Main apa?" Tanya si Jisung. "Truth or Dare!!" Kata Daniel. "Boleh gak!!" Semua rakan-rakan yang lain setuju. Seongwoo pun ingin menyertai.

"Okay! Biar aku yang spin botol dulu!" Sungwoon sukarela untuk memusingkan botol. Pusing pusing pusing pusing pusing sehinggalah terkena pada...

Wanna One ImaginesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang