Sorry for the late update but here we go!!
"Guanlin!!" Y/N menyapa gembira rakannya yang baru sahaja habis bermain bola keranjang di gelanggang sekolah. Dia mengambil tuala lalu mengelap peluh kawannya itu.
"Thanks jagi.." Guanlin tersenyum dengan layanan Y/N terhadapnya. Dia mengusap kepala Y/N sambil tersenyum manis. "Jagi..jagi..berapa kali aku kata aku tak suka kau panggil aku jagi?" Y/N memuncungkan mulutnya.
"Amboi mulut..aku gigit nanti baru tahu.." Guanlin mencubit bibir Y/N. Y/N menepis tangan Guanlin. "Oh ye! Kau ada nampak Daehwi tak?" Y/N melilau ke sana sini mencari kelibat Daehwi. "Daehwi? Dia tak datang ke latihan hari ni sebab dia tak sihat badan.." Terang Guanlin yang mukanya dah menunjukkan riak cemburu. Y/N pula hanya terdiam sepertinya sedang memikirkan sesuatu.
"Y/N! Nanti kita pergi makan ice cream ye? Aku belanja!" Ujar Guanlin untuk mendapatkan perhatian Y/N. Tapi Y/N malah tidak menghiraukan ajakan Guanlin. "Bye Guanlin! Aku balik dulu! Nak jenguk Daehwi!" Y/N berlari laju ke arah pagar sambil melambai-lambai ke arah Guanlin.
Guanlin
Daehwi! Daehwi! Daehwi! Dah takde nama lain ke selain nama Daehwi?! Aku menghempaskan botol air ke lantai. Rambut disikat dengan tangan ke belakang dengan kasar. Argh!!
Y/N!! Aku sukakan kau! Kenapa kau buta sangat hah?!
"Bro! Kau okay ke?" Minhyun datang ke arahku. "Dahlah hyung! Saya nak balik dulu!" Aku mengambil beg lalu berlalu dari situ.
"La dia tinggalkan aku macam tu je? Ee seram pula kat sini.. Jaehwan!!!"
Y/N
Aku menekan loceng rumah. Harap-harap ada orang kat dalam. Mujurlah ada, seseorang membuka pintu. "Omo! Y/N!" Eommanya Daehwi menyapa aku.
"Ahjumma anyeonghaeseyo! "Sapaku pula dengan riang. "Daehwi ada di rumah tak ahjumma?"
"Oo ada,masuklah.."
..
Aku mengetuk pintu bilik Daehwi. Kedengaran dia membenarkan aku untuk masuk ke dalam biliknya.
Aku membuka pintu dengan perlahan.. Aku tersenyum tatkala melihat orang yang dah lama aku cinta sedang duduk menghadap tingkap. Aku berjalan terhendap-hendap ke arahnya. Selepas itu,aku menutup matanya dari belakang.
Hatiku pula berdegup laju apabila Daehwi menyentuh dan memegang tangan aku.
Daehwi
Aku sedang memerhatikan pemandangan sungai Han dari tingkap kat bilik aku. Tiba-tiba pula ada orang mengetuk pintu so aku suruhlah dia masuk.
Satu tangan menutup mataku dari belakang. Wangian ini mengingatkan aku kepada seseorang. Aku memegang tangannya. Aku mengenggamnya erat.
"Y/N?" Aku memanggil namanya lalu menoleh ke belakang. Memang benar! Dia ialah Y/N! Wajahnya tersenyum malu.
"Hi Daehwi.." Sapanya. "Hi Y/N.. Duduklah.." Aku memperlawanya untuk duduk di sebelahku. Dia kelihatan teragak-agak tetapi aku tersenyum untuk meyakinkan dia. Akhirnya dia duduk. Aku dah lama tunggu saat ni. Mungkin inilah masanya aku beritahu Y/N perkara yang sebenar.
Aku mengambil tangannya perlahan-lahan. "Y/N... I love you.." Biarlah lapuk style aku confess tapi yang penting aku dah luahkan perasaan aku pada dia. Y/N kelihatan terkejut. Aku memusingkan badanku ke arahnya.
"You love me?" Dia bertanya. Pipinya mula berona pink. "Yes.. You?"
"Actually, i love you too.." Aku sepertinya tak percaya yang dia pun sukakan aku. Inilah saat paling bahagia dalam hidup aku. Aku memeluknya erat. Setelah itu,bibirnya dikucup olehku lembut.
YOU ARE READING
Wanna One Imagines
Fiksi PenggemarMay ruined your innocent mind (͡° ͜ʖ ͡°) ©shaesthetic 2017 Highest rank: #21 (6/10/17)