Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Doktor cakap apa tadi?" Aku cuba mendapatkan kepastian. "Saya cakap isteri encik mengandung 3 bulan.."
Eunri.. Eunri mengandung? Aku akan jadi appa? Hahahahahhaha akhirnya!!!!!!!!
Kedebukkkk!!!
Aku terjatuh dari kerusi.
Author Pov
"Encik!!! Eh encik!! Asal pulak boleh sampai terpengsan ni aduii..." Doktor itu mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Omo yeobo! Kenapa suami saya pengsan ni doktor!?" Tanya Eunri yang baru selesai membuat ujian air kencing. Jangan anggap Eunri ni makan dadah pulak.. Ujian tu untuk mengesahkan kandungan je.
"Lepas saya cakap yang puan mengandung.. Dia terus pengsan.." Jelas wanita separuh umur itu.
"Ooo dia terlalu gembira lah tu.." Eunri menampar-nampar lembut pipi suaminya itu. Jihoon membuka matanya perlahan-lahan. Dia terus memegang perut Eunri.
"Yeobo..betul ke yeobo mengandung?" Tanya si Jihoon. "Betullah! Takkan lah tak betul.." Kata Eunri.
"Omo!!" Jihoon terus memeluk Eunri dengan erat. Pipi isterinya dikucup berkali-kali. Belum sempat bibir Jihoon melekat pada mulut Eunri,Eunri menolak muka Jihoon. "Yang ni tak boleh!"
"Alaa..."
"Ehem! Saya minta diri dulu..." Doktor yang mendiamkan diri dari tadi meminta diri. Tak sanggup pula dia nak melihat drama pasangan muda itu. "Aku tahulah aku ni janda.." Bentaknya dalam hati.
...
Eunri sedang menonton televisyen pada waktu petang itu sementara menanti kepulangan Jihoon dari tempat kerja.
Seketika kemudian,kereta Jihoon mula memasuki perkarangan rumah mereka. Jihoon masuk lalu ingin memeluk Eunri tapi badannya ditolak.
"Eeee!! Busuklah bau badan oppa!" Kata Eunri sambil menutup hidungnya. Jihoon terkesima. Dia cuba mencium bau ketiaknya sendiri. "Wangi lah.." Jawab Jihoon dengan muka innocentnya.
"Busuk! Pergi mandi!" Marah Eunri. Jihoon terkejut kerana tak pernah² lagi Eunri memarahinya pasal bau badan. "Yer yer.. Oppa mandi.."Jihoon terus lari pecut ke bilik mandi.
Malamitu...
Jihoon sudahpun berdengkur bak bunyi kapal kayu bakau. Badan isterinya dipeluk rapat. Eunri pulak tidak boleh tidur dek kerana bunyi dengkuran Jihoon.
Pakkk!!
Kepala Jihoon dipukulnya. Jihoon terkejut lalu terjatuh dari katil. "Aduh!!!" Bontotnya digosok.
"Kenapa ni yeobo?" Tanya Jihoon. "Oppa ni tidur macam budak-budaklah.. Dahlah berdengkur! Air liur meleleh lagi tu! Ish!" Bantal dan selimut dibaling ke arah Jihoon. "Oppa tidur kat ruang tamu!" Arah Eunri.
"Tapi..dulu yeobo kata oppa cute bila tidur macam tu.." Kata Jihoon dengan nada sesedih yang mungkin. "Tu dulu.. Dah pergi sana!"
Jihoon akur lalu mengheret bantal dan selimutnya ke ruang tamu.
Seketika kemudian...
"Oppa!!!!!"
Jihoon yang baru sahaja berselimut terkejut. Terjatuh pula dia dari sofa kali ini. Tanpa mengjiraukan bontotnya yang sakit,dia terus berlari ke arah bilik tidur.
"Ya yeobo? Kenapa?!" Tanya Jihoon dengan cemas. Eunri membuat muka comelnya. "Oppa... Eunri nak makan.."
"Makan? Sayang.. Sekarang ni pukul 3 pagi tau..." Jihoon mengeluh lalu meraup wajahnya. "Tak kira! Nak makan jugak!"
Eunri sudah mula hendak menangis. Jihoon akhirnya mengalah dan memeluk isterinya. "Ye lah..ye lah.. Eunri nak makan apa? Nanti oppa masakan.."
"Hmmm Eunri nak makan sate kambing!" Kata Eunri dengan excitednya. Senyumannya makin lebar ke telinga. Mulut Jihoon pula melopong. "Sate kambing?!" Eunri mengangguk laju.
"Mana oppa nak cari kambing malam-malam ni?" Jihoon pula yang nak menangis sekarang ni. "Ala.. Oppa beli lah.."
"Yeobo..pukul 3 sekarang ni semua orang dah tidur lah sayang.. Kambing-kambing pun tidur.. Esok oppa beli ye?"
"Nak sekarang jugak!"
"Daripada yeobo makan sate kambing.. Meh makan oppa malam ni.." Kata-kata Jihoon menerima satu sepakan di kaki oleh Eunri.
"Habis tu?"
"Nak sate kambing.."
"Esok okay? Oppa janji! Esok oppa beli 100 batang sate..." Pujuk si Jihoon. Eunri pula mengalah. "Ye lah!" Eunri menutupi keseluruhan badannya menggunakan selimut.
Baru sahaja Jihoon hendak berbaring di sisi Eunri,badannya disepak ke bawah katil. "Oppa tidur kat ruang tamu ye?!"
"Ye ye .. Haih apalah nasib aku dapat bini macam tu..." Keluh Jihoon.
"Saya dengar tu!!" Sampuk Eunri dari bilik tidur.
...
"Nah!" Dua besen besar sate kambing telah tersedia di atas meja. Eunri membulatkan matanya. "Banyaknya! Siapa nak makan ni oppa?"
"Kita bertiga lah.." Kata Jihoon lalu merangkul bahu isterinya. "Kita bertiga?" Eunri memandang Jihoon pelik.
"Kejap nanti bakal isteri oppa no 2 nak sampai.. Ack arhghh!!!!!" Eunri memulas telinga Jihoon sekuat hati.
"Cakap lagi macam tu..Eunri tak nak cakap dengan oppa selama sebulan!"
"Alaa.. Oppa main-main je lah.. Kita bertiga maksudnya Oppa,Yeobo pastu Jihoon junior.." Jihoon memegang perut Eunri. Eunri pula tersengih selepas mendengar penjelasan Jihoon.
"Sweetnya Park Jihoon ni.."
"Of course! Because I want to be your perfect husband and a great daddy for our child.."
"Thank you Jihoon.."
"Anything for my queen."
Bibir Eunri dikucupnya seketika.
"You're my perfect husband. I love you Park Jihoon-sshi"