Y/N
"Y/n! Y/n!" Apasal pulak dengan kawan aku ni? "Kau kenapa ni Baejin?"Jinyoung kelihatan excited. Ada gosiplah tu. "Kau tahu tak? Ada budak baru masuk sekolah kita!! And guess what? Muka dia ya ampun! Hensem wei!! Aku yang lelaki ni pun tergugat iman bila tengok!!" Jinyoung mengipas-ngipas dirinya dengan menggunakan buku. Nafasnya turun naik.
"Mengucap nak.." Aku menjeling ke arahnya. Hensem sangat ke? "Eh! Ajal aku belum sampai lagi lah!" Jinyoung memuncungkan mulutnya. "Ahh panasnya!! Siapalah yang banyak sangat dosa ni? Kau kan? Bertaubat sebelum terlambat ye? Nafsu lelaki ialah perempuan bukan sama sejenis.."kataku kepadanya. Hidungnya kembang.
"Aku tak cakap pun yang aku suka dia..kau ni!"
"Kau kata iman kau tergugat.. Asal je kau tak rogol dia masa dalam tandas-" kata-kata ku terhenti apabila Jinyoung memasukkan pemadam ke dalam mulutku. Euw!
"Malas aku nak cakap dengan kau! Anyeong!" Jinyoung terus berlalu ke luar kelas. Aku mengekek ketawakan dia dari belakang. Eleh! Bahan sikit dah sentap.. Alahai Baejin..
Aku terfikir juga macam mana rupa budak baru tu. Tapi aku ni jenis tak suka ambil tahu hal orang lain so aku biarkan je lah..
....
Aku dan Jinyoung bersama-sama pergi ke kantin sekolah. Dia beria-ria sangat nak suruh aku tengok muka budak baru tu. Aku pun ikut jelah dah dia heret tangan aku.
"Hah! Tu dia!"
"Dia? Apa dia?" Pertanyaan aku itu merima satu jentikan di kepala dari Jinyoung. Sakit tau! "Budak baru tu la..ish kau ni!" Dia memusingkan kepalaku agar dapat menangkap kelibat budak baru itu. Oo itu......... Aku mengangguk-anggukkan kepala aku.
"Perut buncit tu kau kata hensem? Mata kau terbalik ke?" Budak yang ditunjukkan oleh Jinyoung tadi rupanya king kong berperut buncit yang sedang melantak dua pinggan mee.
"Tu! Aik! Mana dia? Alaa dia dah balik kelas laa.." Muka Jinyoung sedih. "Kau lah?!"Jinyoung salahkan aku pulak? "Apa pulak aku? Dah! Jom beli makanan.. Aku lapar ni.." Aku mengheret Jinyoung ke arah kantin. Sayup-sayup Jinyoung mencarut dari belakang. Sabar je lah wahai tangan daripada menampar mulut puaka Jinyoung itu.
Selesai membeli makanan,aku dan Jinyoung macam biasa usik-mengusik dengan satu sama lain. Dia mengambil sebahagian daripada burger aku. Bae Jinyoung memang sengaja en? Aku menampar kepalanya. "Yah!" Hoho anak Bae dah marah tu. Aku lari dari dia sebelum kepala aku jadi punching bag Jinyoung.
Sedar tak sedar,aku terlanggar seseorang sehinggalah badan aku tersungkur ke atas lantai. Orang itu bergegas ke arah ku. "gwaenchanha?" Aku mendonggak ke arah empunya suara. Dari saat itu aku yakin yang prince charming dari siri Cinderella wujud.
Wow.... Kacaknya.. Ni manusia ke angel? Aku dah mati ke sebab terjatuh? "Erm..I'm okay.." Dia membantuku untuk bangun. "Lain kali hati-hati.." Dia tersenyum lalu berlalu dari situ.
"Mangkuk! Kau okay?" Jinyoung berlari ke arahku. Aku tidak mempedulikan pertanyaan Jinyoung. Aku hanya tersenyum melihat kelibat orang itu tadi sedikit demi sedikit hilang dari pandangan aku.Oh mungkin inikah cinta pada pandangan yang pertama? Kerna apa yang ku rasa ini tak biasa.. Jika benar ini cinta,mulai dari mana? Pakk!!!
Aduh! Muka aku yang comel ini ditampar oleh Jinyoung. Aku tampar kepala dia lagi. "Suka-suka je kau tampar muka aku eih?" Aku menggosok-gosok pipiku yang kemerah-merahan. Jinyoung hanya tersengih. "Jatuh cinta ke??" Jinyoung menunjukkan senyumannya yang creepy.
...
"Cikgu,bolehkah saya pergi ke tandas?" Mr Yoo Jaesuk merenung ke arahku. Takyahlah tenung.. Dahlah muka macam ikan masin.. "Tak pernah-pernah cikgu tengok kamu pergi tandas waktu belajar.." Katanya sambil mencari pas di dalam pencel casenya. Aku hanya mampu tersengih. Selepas mendapatkan pas aku segera keluar dari kelas. "Hati-hati tau y/n! Kot-kot suster ngensot tengah lepak kat tandas!!" Kedengar suara Jinyoung menjerit. Argh tak kira! Aku bukannya nak ke tandas, aku sebenarnya nak tengok muka Jaehwan yang berada di kelas sebelah. Oh ya! Nama namja yang aku langgar kelmarin ialah Kim Jaehwan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Wanna One Imagines
Fiksi PenggemarMay ruined your innocent mind (͡° ͜ʖ ͡°) ©shaesthetic 2017 Highest rank: #21 (6/10/17)
