Daniel- In Love with that Playboy

1.5K 127 7
                                        

Here is it for you dear rrifuki
Fourth request ✔

Han Hye In

Aku mengemas buku-buku rujukan setelah habis sesi mengulang kaji yang memang dicipta oleh aku sendiri. Selepas itu aku keluar dari perpustakaan sekolah.

Jam sudahpun menunjukkan pukul 5 petang. Wow lama jugak aku ulangkaji. Aku start dari pukul 1 hinggalah pukul 5.

Biasalah nerd macam aku ni,memang pentingkan pelajaran je. Kat sekolah pun hanya seorang dua je yang sudi kawan dengan aku. Tu pun cuma nak ambil kesempatan je untuk tolong diaorang buat kerja kursus.

"Hye In! Kamu dah nak pulang ke?" Aku terkejut sedikit apabila disapa oleh Pak cik guard. "Ha'ah! Anyeong samchon!!" Balasku lagi. Dia kemudiannya melambaikan tangan ke arahku. Dalam kalangan pak cik-pak cik guard,mak cik-mak cik kantin dan ambu² cleaner kat sekolah,aku agak popular heheh..

Sedang aku berjalan di sisi jalan raya, aku terdengar bunyi hon yang kuat. Aku segera menoleh ke arah jalan raya. Ada seseorang sedang terpaku disana.

Aku tak tahu kenapa tapi dengan segera aku pergi ke arahnya dan kemudiannya badan kami berdua terlantar di bahu jalan.

Aku melepaskan nafas panjang.. Nasib aku dan orang tu tadi tak kena langgar kalau tak... Mati tak berkahwin lah aku ni..

"Awak okay ke?! Kenapa awak tercegat kat jalan raya tu tadi?! Awak nak bunuh diri ke?! Kenapa nak bunuh diri?! Awak tak sayang diri sendiri ke?! Wae?!!! Ack!"

Mulut aku tertutup secara automatik apabila orang itu tadi memelukku.

"Hm..pandai pun diam.. Saya yang nak kena langgar tapi awak yang terlebih trauma..." Katanya sambil tertawa kecil.

Aku melepaskan badanku darinya. Cermin mataku dibetulkan sedikit posisinya. "Awak okay ke?" Tanyaku.

"Yeah... Thanks to you.." Dia bangun lalu membantuku juga. "Takde papelah tu.. Lain kali hati-hati.." Dia tersenyum mendengar nasihat aku itu.

"What's your name? Saya Kang Daniel.." Aku terkejut mendengar nama itu. Aku memerhatikan wajahnya betul-betul. Omg tu bukan ke kingka a.k.a playboy no 1 sekolah aku?!!!!

"Awak kenapa ni? Tengok saya lain macam je..." Daniel mengerutkan dahinya apabila aku buat muka terkejut.

"Selamat tinggal!" Aku segera berlari dari situ. Nayalah aku kalau dia tahu nama aku dan aku sama sekolah dengan dia. Eiiiii tak nak aku!!

Kang Daniel

Aik! Kenapa pulak perempuan tu lari? Muka aku ni tak cukup hensem ke untuk dihadap?

"Jeogiyo!!! Your name?!!" Panggilan aku tidak dihiraukan. Amboi amboi amboi amboi amboi amboi.. Eh asal aku nyanyi lagu altimet pulak ni?

Tak pernah² lagi perempuan lari dari aku..

Masalahnya sekarang,macam mana aku nak balas jasa dia? Dia dah selamatkan aku so aku berhutang besar dengan dia. Hmmm...

Ketika aku nak berlalu dari situ,aku terpijak sesuatu. Hm? Apa ni? Name tag?

"Han Hye In"

Han Hye In? Jap logo sekolah ni macam sama je dengan logo sekolah aku. Wait!! Memang sama lah!

Ooo so perempuan tadi nama dia Han Hye In dan dia sama sekolah dengan aku..

Okay!!Esok aku cari dia! Hye In ssi I will find you because I have to pay what you did for me *wink*

Keesokkan paginya...

"Euiwoong!!!" Kawan aku yang baru sampai di sekolah terkejut apabila aku memanggilnya. "Yo! Asal bro?!

"Kau kenal budak nama ni?" Aku menunjukkan tag nama itu kepada Euiwoong. Dia dah mula berkerut seribu.

"Asal pulak kau nak tahu.." Tanya si Euiwoong. "Kau jangan banyak songeh boleh tak? Nanti aku bagi kau RM100 kalau kau tahu.."

"Okay cun! Ada seorang budak perempuan sama nama dengan tu.." Aku mengeluh nafas lega.

Aku mengambil note rm100 lalu menyerahkannya kepada Euiwoong. Bukan kemain gembira lagi budak tu terima duit. Memang mata duitan betul!

Han Hye In

Aku datang awal ke sekolah pagi itu. Memang dah rutin aku pun datang awal. Nampaknya aku lah orang first masuk kelas.

Aku mengambil novel lalu membacanya. Suasana kelas sunyi sepi maklumlah aku aje yg kat situ.

5 minit kemudian,datang salah seorang dari teman sekelas aku. "Selamat pagi Hye In!" Sapanya. Aku terkejut sebab selama ni tak pernah² pun dia sapa aku.

"Selamat pagi Euiwoong..." Balasku. Selepas meletakkan beg dia pergi ke arah aku. "Hye In,ada orang nak jumpa kau.."

"Jumpa aku? Siapa?" Tanyaku sambil mengerutkan dahi. "Kau beruntung tau sebab dia nak jumpa kau.. Sampaikan dia sanggup merayu kat aku untuk minta kau jumpa dia.." Tambah Euiwoong.

Siapa pula yang nak jumpa aku ni?

"Dia tunggu kau kat rooftop. Pergilah sekarang sebelum mula waktu belajar.."

"Okay.."

Aku segera pergi ke arah rooftop sekolah. Aku memeluk tubuhku sendiri apabila angin pagi yang sejuk menerpa ke arahku. Kaki aku pun mula mengeletar. Dahlah skirt sekolah ni pendek.

"Hye In.." Seseorang menyapaku dari belakang. Aku menoleh. What?

"Kang Daniel?"

Daniel tersenyum ke arahku. "Macam mana awak tahu yang...."

"Saya kan kingka.. Saya mempunyai ramai spy tau.." Katanya. Aku mengangguk sahaja. Terasa awkward pulak.

Angin mula menerpa lagi. Aku menjerit kecil kerana kesejukkan. Maklumlah sekarang ni musim sejuk kat Korea.

Daniel terkejut mendengar aku menjerit. Dia segera pergi ke arahku dan....

Daniel memelukku.

"Okay tak?" Bisiknya. Gila tak okay?! Mestilah okay cik abang oii... Aku mengangguk mengiyakan je.

"Awak ni suka peluk orang eih?" Tanyaku. Daniel merehatkan kepalanya di bahuku. "Saya peluk orang yang saya suka je.." Jawabnya.

"Oo..hmm apa?!" Aku agak terkejut dengan jawapannya. "Saya cakap saya peluk orang yang suka je.."

"Jadi..awak.."

Dia meleraikan pelukkan dan memandang aku tepat. "I owe you something.. So tak salahkan saya bagi free hug kat awak hahahah fyi banyak perempuan tau yang nak pelukkan saya terutamanya yang satu lagi tu.."

"Apa dia?"

"Yang ni.."

Daniel menarik badanku ke arahnya. Aku terkejut beruk. Saat demi saat muka kami berdua semakin dekat hinggalah...

Bibir kami berdua bersatu. Selepas itu....

"You've kissed me.." Aku memegang lips aku sendiri. Pipiku membahang hangat. "Yes,I kissed you darling.. Nak lagi tak?"

Nak! Eh gatal kau Hye In!

Aku menutup mukaku dengan kedua belah tangan. Aku tak sanggup lihat renungan Daniel. Tidakkkkk

"Hye In.. Kalau saya ajak awak keluar hari ahad ni nak tak?"

Gilalah! Kang Daniel nak ajak aku keluar!! "Pergi mana?"

"Kita sign kita punya surat kahwin.." Alahai Daniel. Boleh pulak dia buat pickup line. "Hahah takdelah kita pergi amusement park.."

"Jinjja! Okay!"

Daniel kelihatan gembira apabila aku bersetuju untuk keluar dengannya.

Aku tahu Daniel tu playboy tapi nampaknya aku sendiri in love with that playboy ❤

Wanna One ImaginesCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang