Prolog

619 19 4
                                    

" aku terpaksa tinggalkan kau qalisya , aku takboleh lalui lagi . Aku tak tahan dah dengan kawan kawan sekelas aku dah yang asyik cakap tentang kau . Aku tak minta untuk kau balut satu badan kau aku cuma minta kau pakai tudung je qalisya " kata Afiq Rafya teman lelaki kepada qalisya .

Qalisya cuma menunduk wajahnya menahan airmatanya yang menunggu masa untuk mengalir . Lalu qalisya memandang wajah afiq " kalau memang dari dulu awak tak tahan kenapa perlu awak beriya minta saya jadi milik awak ? Sedangkan awak tahu saya memang macam ni . Ye saya tahu saya jahil , tapi saya cuba untuk memakai tudung . Tetapi bukan paksaan tolong biarkan saya memakai dengan niat saya sendiri .

Afiq merengus dengan geram " sukahati kau lah perempuan aku dah malas dah cakap dgn kau . So lepasni jangan cari aku dah antara kau dan aku dah tak ada apa apa " Kata ego afiq .

" awak berikan saya peluang " airmata qalisya mula mengalir .
" dahlah qalisya kau faham tak aku malu ada girlfriend macam kau lawa tapi tak reti dengar apa aku cakap ! Sekarang kau boleh pergi berambus " herdik afiq .

Qalisya terpana apabila mendengar kata kata afiq lalu dia menarik nafas sedalam dalamnya . " malu ? Oh malu ? Sampai hati awak cakap mcm ni kat saya . Maafkan saya sebab selamani saya buat awak malu . Baiklah saya akan pergi dari hidup awak selamanya afiq . Semoga awak dapat wanita yang awak idamkan . Dan saya harap awak takkan buat benda yang sama dekat dia mcm mana awak buat kat saya . " kata qalisya . Lalu mengorak langkah pergi meninggalkan afiq dibelakang nya .

Afiq cuma memandang qalisya pergi . Lalu meramas mukanya " arghhhhhhhhh !! Ye afiq sebab ego kau , kau dah hilang dia . Lantak dia lah aku dah malas nak ambil tahu pasal dia . " afiq tetap berkeras hati

Qalisya terus berjalan ketempat dia selalu pergi untuk menenangkan diri nya iaitu tasik yang tidak jauh dari rumahnya . Hujan mula membasahi bumi . Qalisya menangis teresak esak . " salah ke aku meminta masa lebih sedikit aku perlukan masa . Kenapa kau harus kecewakan aku . Aku benci kan kau afiq ! Aku benci kau ! " jerit Qalisya lantang dalam hujan . Qalisya terduduk ditepi tasik tiba tiba datang seseorang membawa payung dan memayungkan nya .
Qalisya terkejut dia mendongak ke atas . Wajah jejaka itu ditatap dalam dalam . Lalu dia kembali menangis . Dan akhirnya dunia nya menjadi gelap .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now