3ST 7

203 8 3
                                    

Afiq yang masih termanggu keseorangan disitu lantas bangun menuju ke keretanya semula . Peristiwa tadi bermain dimatanya . ' Qalisya ke tadi ? ' desis hatinya . Wajah itu lah aku rindukan . Ya Dia menyesal kerana melepaskan qalisya 5 tahun lalu . Kalini dia bertekad untuk mendapatkan Qalisya semula . Afiq tersenyum sinis .

QALISYA

Masuk sahaja dirumah , aku ditegur oleh umi .

' kamu dari mana qalisya ?' tanya umi riak wajahnya risau . Barangkali melihat mataku yang membengkak .

Aku memandang umi lantas aku memeluknya ' Qalisya pergi rumah Tiara kejap tadi ada hal hehe ' balasku lalu meleraikan pelukkan umiku .

' Qalisya okay ke ? Dah makan ? Kenapa mata sembap ni ? ' tanyaan bertalu talu dari umi ku .

Aku dah agak dah umi mesti tanya ' kata aku didalam hati .

' em dah makan dah umi , okay je . Mungkin sebab qalisya penat kot tidur pun tak cukup ' balasku .

Umi mengeleng kepala ' dah pergi naik atas pergi rehatkan badan .

Yes akhirnya terlepas juga hehe umi qalisya naik dulu ye lantas aku mencium pipi umiku .

Umi menarik tangan ku ' qalisya kalau tak mampu nak cerita kat umi , qalis boleh luahkan dekat Allah Sayang ' kata umi sambil mengusap ubun ubun kepalaku .

Aku tersenyum dan naik masuk ke bilik . Aku teringat kata kata umi . Aku memikirkan semua masalah itu sehingga aku terlelap .

Ting ting ting !
Jam di atas meja sebelah katilku berbunyi nyaring pantas tanganku mengapainya dan menekan punat diatas tanda off . Aku mengosok mataku lalu melihat waktu . What ? 9:30 pagi mati aku ! Dengan pantas aku mencapai tuala semuanya mandi dan bergegas turun . Harini aku cuma sempat menyarung blouse pink plain dan seluar slack . Rambut diikat jadi satu dan secalit gincu . Pantas aku bergegas ke tempat kerja .

Sesampai disana aku terus duduk di mejaku lalu buat apa yang patut sementara menunggu Adam khuwallid yang belum menonjol batang hidungnya lagi . Tepat 10:30 muncul wajah Adam lalu aku mengekorinya masuk kebiliknya .

' Morning , okay today you ada meeting dengan kayangan group at 11:35am and you will going lunch with them together . And you will free untill 3:30 p.m . And then at 4.00 p.m you have to go to our new project Taman Sri Damansara Block Emerald . Any problem ? ' tanya ku kepada Adam yang duduk hanya mendengar apa yang aku cakap tadi .

' em okay thank you , qalisya i nak you tolong i order kan bunga boleh ? Nah ni no telefon kedai tu and please suruh dia tulis betul betul note ni i taknak ada tersilap ' pinta adam sambil menghulur sekeping kertas .

Aku mengambilnya dan menggangguk ' anything else ?' Memang rutin aku sebagai PA nya memastikan semuanya cukup untuk seharian .

Dia mengelengkan kepalanya dan senyum menyuruh aku menyambung kerja .

Aku memusingkan badanku dan berjalan keluar . Seterusnya aku membuat panggilan ke kedai bunga seperti dia menyuruh dan menyatakan isi note tu dengan teliti .

' for someone who is very special to me hopefully you will like it . Tonight is the day for you princess i hope you will be mine forever . Yes thats you TIARA'

'Tu lah ungkapan manis dari adam . Em ni mesti nak propose dah malam nanti ni . Em Qalisya kau kena kuat . Demi dia qalisya . ' aku cuba memujuk hati aku yang kian terluka . Lalu aku menyambung kerja aku yang terbengkalai sebentar tadi .

Hari kian gelap aku tidak menyedari jam sudah menginjak ke 7:40 Malam . Lantas aku menutup komputer kerjaku dan mengemas meja kerja aku . Aku memandang bilik Adam yang memang disebelah bilik aku gelap . Sejak semalam bersama Tiara aku sudah merancang untuk menjauhi Adam sampailah luka aku pulih nanti . Pantas aku mematikan lamunan dan mengambil beg tangan . Nak cari kedai nak isi perut yang lapar dari pagi tak makann lagi .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now