3ST11

174 7 1
                                    

Ya Allah dugaan apa lagi ni ! Jerit hati Qalisya !

Airmata aku sudah mulai mengalir . Aku mengambil telefon untuk menelefon umi . Haraplah umi percayakan aku .

Aku menelefon umi tidak sampai beberapa saat umi sudah menjawab panggilan aku .

' Hello Assalamualaikum umi ' aku cuba mengawal suara aku .

' Waalaikumussalam , sya tak balik ke ? ' tanya umi

' em sya akan balik bila dah selesai ' jawab aku dengan airmata yang masih mengalir .

' selesai apa ? Kamu kenapa ni ? Suara macam menangis je . '

' em umi datanglah ke pejabat agama bangsar . Nanti sya cerita semuanya ' pinta aku lembut .

' Ya Allah kamu buat apa dekat sana Qalisya ?! ' Umi meninggi suaranya sedikit . Barangkali terkejut .

' umi datang je lah nanti qalisya ceritakan semuanya ' aku mula menamatkan panggilan .

Selepas membuat panggilan aku dan Adam hanya menunggu butir bicara dari pegawai pegawai disitu .

' Encik Adam dan Cik Qalisya , ada satu jalan penyelesaian sahaja . Iaitu kalian berdua harus bernikah ' kata pengawai tu .

' Apa ? Nikah ? ' aku dan Adam jawab dengan serentak .

Pengawai tu sudah mula memandang kami .

' inilah masyarakat sekarang buat pandai masa nak tanggung tak nak pula , nak juga pilih jalan maksiat ' kata pengawai itu perlahan sambil menulis sesuatu di buku catatan itu .

' Encik takboleh cakap macam itu , saya dan dia tak ada buat apa apa ! Dia cuma tumpang rumah saya sebab kereta dia rosak . Dan encik tengok dia tak memakai baju sebab dia sedang menyerika baju dia yang basah sementara menunggu kawan dia ! Kami tak buat apa apa encik ! Tolonglah percaya ' aku sudah tersedu sedan . Apa aku nak cakap dengan umi walid abang semua ni .

Adam disebelah aku hanya mendiamkan diri .

' apa aku nak cakap dengan Tiara ni . Kenapa semua ni jadi macam ni Argh serabut !! ' jerit Adam didalam hatinya .

Aku memandang Adam yang masih termenung .

' Adam ! Cakaplah kat mereka yang kita tak buat apa apa !! ' aku sudah mula merayu .

Adam memandang aku dengan mata sayu .

' encik betul encik kami tak ada apa apa lagipun saya dah ada tunang encik . Qalisya ni kawan baik saya . ' adam cuba menerangkan dengan cara yang lebih lembut dari qalisya .

' Maafkan kami encik Adam , kami kalau boleh nak settle hal encik ni secara baik dan kalau boleh tak heboh kan encik pun tahu status encik Adam Sebagai CEO kan ? Saya harap encik adam beri kerjasama ' kata lelaki itu dengan tegas .

' tapi encik percayalah kami tak buat apa apa sentuh pun tidak kami berdua hanya kawan baik '  terang adam lagi .

Sebelum pengawai itu menjawab muncul Datin Qamar Qalisya .

' Qalisya ! Qalisya kenapa ni ? ' Datin Aisyah berlari anak menuju ke arah qalisya . Risau sungguh hatinya melihat keadaan puterinya dengan mata merah dan bengkak .

' umi ! Umi ! Umiiiiii ! Tolong qalisya umi ' Qalisya terus menangis dan menangis .

' Kenapa ni Adam ?! Qalisya kenapa ni ? ' Tanya Datin Aisyah kepada Adam .

Adam hanya menunduk .

' macam ni Datin , mereka ditangkap khalwat . Dan kami terpaksa menikahkan mereka berdua datin ' ujar pengawai itu

' Astagfirullahalazim QALISYA !! Apa semua ni qalisya ?! Qalisya buat apa ni ' suara Datin Aisyah sudah memenuhi ruang pejabat itu . Datin aisyah memegang kedua bahu Qalisya lalu mengoncangkannya .

' Umi ! Ni semua salah fahammmm Umi ! Umi percayakan Qalisya kan ?! Umi tolong ! ' Tangisan qalisya semakin kuat .

' Dah umi tak sangka Qalisya akan membalas jasa umi macam ni . Umi tak sangka qalisya akan menconteng arang dimuka walid dan umi ! Umi kecewa dengan kamu Qalisya ! KECEWA ! ' jerit Datin Aisyah . Airmata seorang ibu mulai berjurai jurai . Baginya , dia sungguh berasa kecewa , anak yang ditantang bagai minyak yang penuh akhirnya menconteng arang di mukanya .

Adam yang semakin serabut dengan suasana itu cuba menenangkan Datin Aisyah .

' umi , qalisya tak bersalah umi . Adam yang bersalah . Salah adam sebab tak terfikir untuk duduk luar je masa tu ' Adam cuba menenangkan keadaan .

' Dah umi taknak dengar apa apa lagi . Apapun terjadi kamu berdua harus bernikah juga ! Penikahan kamu akan berlangsung sabtu ini lagi 4 hari dari sekarang ! Keputusan umi muktamad ! ' Suara Datin aisyah mula kendur . Dia mengelap airmatanya .

Qalisya dan adam terkedu .

Mereka hanya mampu mendiamkan diri sahaja .

Selesai sahaja disitu mereka berjalan untuk pulang .

Didalam kereta hanya sunyi sepi masing masing mendiamkan diri .

Datin Aisyah menghantar Adam pulang kerumahnya . Lalu barulah dia pulang kerumahnya .

Sampai sahaja dirumah datin Aisyah terus masuk kedalam kamarnya . Qalisya yang masih tertekan dengan keadaan hanya mampu menangis . Dia menapak masuk kedalam biliknya . Lalu tertidur disebabkan letih menangis dari tadi .

Sorrylah hambar sebab sis dah ngantuk Ni esok sis sambung lAgi eh ? Sorry Kalau ada typo malas nak check balik . And sorry lambat update sebab sis study tadi esk exam . Trial ! Last paper ! Wish me luck 🌈

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now