3St8

170 6 0
                                    

Fikiranku makin lama makin melayang . Airmata yang tak ku sedar sudah mengalir deras kini sudah beransur kering . Akhirnya aku sudah tertidur dalam tangisan di kondoku .

Manakala Adam masih di sebuah restoran dia sedang menunggu gadisnya . Akhirnya malam ini dia akan meluahkan semua isi hati hatinya .

10 minit berlalu dan akhirnya Tiara memunculkan dirinya juga , tiara memakai Gaun merah dan sedikit manik manik di bahagian leher . Rambutnya diikat satu . Adam sudah terpaku . Lalu Tiara yang perasan akan keadaan itu berterusan terus berdehem kecil .

' Erk Tiara come have a sit ' Adam cuba menghilangkan gugupnya dengan pantas berdiri dan menarik kerusi untuk Tiara lalu kembali ketempatnya semula .

' hehe thank you Adam you such a gentleman ' puji Tiara dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya .

Mereka pun mula menikmati makanan mereka sambil melayan perasaan mereka yang kian mekar dihati masing masing .

Seusai sahaja makan malam , Adam menyuakan sepotong kek red velvet untuk Tiara sebagai pencuci mulut . Tiara terus menikmatinya dan dengan beraninya Adam Khuwallid mengenggam kemas tangan kanan Tiara .

'Tiara Erlina Binti Zakuan tonight i going to make something special for you . Tiara , will you marry me ? And will you be mine forever ? Stick with me Going through ups and down together with me ? Being my partner for the rest of my life . Will you Tiara ? ' Adam mula melutut dihadapan Tiara sambil menyua sebutir cincin emas yang telah dibeli bersama Qalisya .

Tiara memandang muka adam , wajah adam begitu berharap sekali . Tiara yang masih terkedu hanya memandang sahaja . Didalam kepalanya muncul wajah Qalisya , senyuman Qalisya , tiba tiba muncul Wajah Tangisan Qalisya . Tiba tiba muncul suara Qalisya ' Jangan lukai Adam seperti mana kau dan dia lukai aku ' . Maafkan Aku Qalisya aku amat menyanyangi Adam . Desis hati Tiara .

Adam yang masih menunggu jawapan dari Tiara berdehem kecil ' Tiara ? Will you ? ' tanya Adam lembut .

Dengan pantas dan tanpa teragak agak Tiara mengangguk kepalanya 'yes Adam i will ' Ditubir matanya kelihatan manik manik kecil airmata kegembiraan .

Adam yang mendengar jawapan itu lantas tersenyum bahagia . Dia menyarung cincin emas itu di jari manis kanan Tiara . ' Thank you sayang im promise i will love you forever and always love you no matter what happen' Adam khuwallid mengelap airmata yang mengalir di mata Tiara .

Terserlah sekali kebahagiaan kedua kedua pasangan itu . Seusai segalanya Adam menghantar Tiara pulang kerumah ' Sayang nanti next week i jumpa parent you okay ? ' Tiara hanya tersenyum mengangguk dan keluar dari kereta Adam . Adam menurunkan cermin keretanya ' sayang thank you ! Goodnight i love you ! ' Kata Adam kepada Tiara .

' Goodnight too , drive carefully okay ? Make sure dah sampai text ! I love you too ! ' Tiara mula melangkah masuk kedalam rumahnya .

Ya hari tersangat bahagia buatnya . Dia masuk kedalam biliknya tiba tiba dia terpandang potret qalisya bersamanya semasa zaman sekolah di rak kecil sebelah katilnya .

'Qalisya aku minta maaf . Aku minta maaf kalau aku melukakan hati kau lebih mendalam . Tapi aku juga tak sanggup untuk kecewa . Aku lebih sanggup lukakan hati kau daripada lukakan hati aku qalisya . Aku minta maaf aku betul betul sayangkan Adam dan aku akan menjaga dia lebih dari kau qalisya . ' Tiara meluahkan isi hatinya terhadap potret Qalisya .

Adam mengambil telefon bimbitnya , dia cuba menelefon qalisya tapi tidak dijawab .Adam mengerling jam di telefonnya 12:05 am ' mungkin dah tidur kot ' kata hati Adam .

Keesokkan harinya ,
Seperti biasa aku mencapai tuala lalu bersiap untuk ketempat kerja . Hari ni aku menyarung baju kurung berwarna biru plain tetapi ditaburi sedikit manik manik . Rambutku , ku lepaskan sahaja . Aku melihat wajahku yang kian cengkung . Aku sakit ke ? Em mataku kian membengkak . Sejak dua tiga hari ni selera aku makin berkurangan . Mungkin semua kerana masalah melanda diri aku kot . Malas mahu memikirnya , pantas aku teringat ' Alamak ! Aku lupa nak bagitahu umi aku balik kondo hm ' aku menepuk dahi aku berkali . Pantas aku mengambil telefonku .

' banyaknya missed call , 13 missecall dari umi 7 missed call dari Adam 23 messages from 2 conversation ' em aku pantas menekan nombor umi .

' hello qalisya ? Qalisya kat mana tu ? Kenapa tak balik ? Umi risau dari semalam !' Sudah umi sudah mula membebel .

' ye umi , maafkan qalisya umi . Sya ada dekat kondo bangsar ni , semalam qalisya tak larat nak drive so tidur sini je ' berharap umi tidak lagi merisaukan keadaan aku .

' Ya Allah Anak aku ni haih , yela qalisya lain kali jangan buat umi risau okay ? Nanti malam nanti qalisya balik tau ! '

' ye umi nanti qalisya balik ni qalisya nak pergi kerja okaylah umi byebye umi ' aku menamatkan panggilan .

Tiba tiba masuk panggilan lain terpampang nama ' Adam khuwallid💕'  Aku berkira kira untuk menjawab lalu aku menekan icon hijau .

' hello ' Jawabku lembut .
' Qalisya kau kat mana tu ? Aku nak ambil kau ni ' Tanya Adam
' em aku kat bangsar kat kondo aku , takpe lah aku boleh pergi sendiri ' aku cuba mengelak .
' eh tak ada kau kena juga pergi dengan aku okay ? ' Tutt tutt adam sudah menamatkan panggilannya .

Aku merengus geram haishhhhh !
' Adam makin aku nak lupakan kau makin kau datang dekat dengan aku ! Sampai bila adam ? Kau nak seksa hati perasaan aku ? Qalisya jangan nangis ! Kau dah lama dah berendam dengan airmata ! ' aku memberi semangat kepada diriku . Tiba tiba aku merasa pinggang aku begitu sakit seperti mencucuk cucuk . Ni mesti kes aku tak makan lagi ni .

Hampir 20 minit , adam sudah sampai dibawah . Pinggangku masih terasa sakit . Namun aku tetap gagah pergi ke kereta Adam . Masuk sahaja didalam kereta , aku melelapkan mata .

' Qalis kau okay tak ? Pucat ni kenapa ? ' adam merenung wajahku dalam dalam .

' okay cuma sakit pinggang ni hm , mungkin aku lapar kot sampai perut sakit bawa kepinggang ' Balas aku lalu senyum kearahnya .

Adam mengusap rambutku
' kalau macamtu kita pergi breakfast okay ? ' cadang Adam .

Aku yang masih dalam kesakitan hanya mendiamkan diri sahaja malas nak melawan . Sesampai di gerai Adam turun membelikan makanan untuk aku . Sebab ni lah aku jatuh sayang dekat dia . Tak perlu disuruh dia sudah dapat baca apa yang kau perlukan . Dia seorang caring . Itu yang membuat aku jatuh . Seusai sahaja selesai kami menerus perjalanan ke tempat kerja . Aku hanya melelapkan mata . Adam cuma memberi ruang kepada aku , dia faham keadaan aku dan hanya mendiamkan diri sahaja .

Enough for tonight esok sis sambung eh ? Ngantuk ni ! Bye goodnight 🎈

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now