3ST20

224 8 0
                                    

Adam mengerling jamnya yang sudah menunjuk pukul 3:05 pagi . Adam mengeluh kecil . Peristiwa tadi berlayar dikotak fikirannya . Saat dia mencium bibir nipis Qalisya . Adam tersenyum . " Gila " hatinya terdetik . Senyuman Adam Khuwallid termati apabila dia teringat akan darah mengalir dari hidung Qalisya . Adam bangun lalu menapak ke kamar Qalisya yang terletak disebelah kamarnya . Adam memulas tombol pintu Qalisya perlahan . Adam tersenyum apabila pintu itu tidak lagi berkunci . Adam menguak pintu lalu menekan suis lampu didinding . Adam melihat tubuh Qalisya diatas katil . Perlahan lahan dia menapak kearah Qalisya . Adam melabuhkan punggungnya dibirai katil . Adam memerhati wajah Qalisya yang sedang dibuai mimpi . Jelas pucat wajah Qalisya . Perasaan simpati mula bertandang dihatinya . " sya , aku minta maaf . Aku minta maaf kalau aku sakitkan kau . Aku tak tahu kenapa , aku jadi macam tu sya . Aku janji aku tak akan buat lagi . " kata Adam perlahan lahan seolah olah dia sedang berbual dengan Isterinya . Tangan kasarnya mula mengusap lembut rambut ikal Qalisya lalu turun ke pipi Qalisya . Wajah Adam berkerut saat tangannya menyentuh pipi Qalisya . " Panas " Adam terus mengejut Qalisya . " Sya kau demam ni . Jum aku bawa kau pergi klinik ? " Ajak Adam dengan suara yang risau . Qalisya yang seakan sedar hanya menggeleng kepalanya . Adam mengeluh " sya jumlah panas ni ! " pujuk Adam lagi . Qalisya hanya menggeleng kepalanya lagi . Adam mula keluar dari bilik Qalisya .

Selepas beberapa minit Adam kembali bersama sebekas air paip dan 3 helai kain kecil . Perlahan lahan Adam mencelup tuala itu didalam air lalu memerahnya dan meletakkan didahi Qalisya . Qalisya merengek kecil apabila tidurnya diganggu dek kerana sejuk . Adam hanya membiarkan sahaja . Lalu Adam meneruskan letak tuala seterusnya dileher Qalisya . Dan tuala terakhir diletakkan didada Qalisya . Berderau darah Adam Khuwallid saat tangannya menyeluk kedalam baju Qalisya . " em tak luak pun Adam , dia isteri kau " kata Hati Adam . " baru sekarang kau nak ngaku isteri selama ni kau tak pernah anggap dia ada pun adam " otaknya mula mencucuk jarum . Lamunan Adam terhenti apabila dirasakan ada sesuatu dipehanya . Adam menunduk kebawah . Adam tersenyum nipis melihat kepala Qalisya yang sudah ada atas pehanya . " Aku minta maaf Sya . Kalau aku buat kau sakit . Aku akan jaga kau okay " Adam mendekatkan bibirnya didahi Qalisya lalu mencium tulus dahi Qalisya . Ntah kenapa perasaannya terhadap Qalisya dirasakan lain dari dulu . Adam cuba membetulkan kedudukannya . Dia cuba mengesot kebelakang sedikit lalu menyandar badannya di katil . Kepala Qalisya perlahan lahan dibetulkan dan diletakkan diatas pehanya . Tangannya masih mengusap rambut Qalisya . Lama kelamaan Adam mula tertidur .



Adam mula tersedar apabila dia merasakan kakinya mula kebas . Matanya masih mengantuk . Lehernya mula rasa sengal . Adam melihat jam di dinding sudah menunjukkan 4:30 pagi . Dia melihat Qalisya yang masih lena dibuai mimpi . Perlahan lahan adam mengangkat kepala Qalisya lalu meletakkan di atas bantal empuk . Selepas memastikan Qalisya selesa dalam posisi tidurnya Adam perlahan lahan membaringkan badannya disebelah Qalisya . Tangan perlahan lahan merangkul pinggang isterinya . Matanya mula terkatup kembali . Akhirnya mereka berlayar bersama mimpi indah .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now