3ST 5

204 6 5
                                    

Pejam celik pejam celik sudah sebulan qalisya berkerja sebagai PA Adam khuwallid . Qalisya telah menerima cadangan adam memandangkan dia perlu menunggu 6 bulan untuk menunggu posting . Daripada itu qalisya makin rapat dengan Adam memandangkan mereka sebumbung ditempat kerja . Disebabkan hari itu perasaan qalisya semakin hari semakin menebal . Terlupa sudah tentang Tiara . Sedang asyik membuat kerja Qalisya mengerling jam di dinding berwarna coklat di biliknya pejabatnya itu sudah menunjukkan 2 petang . Perut qalisya mula berbunyi bunyi . Qalisya mencapai beg tangannya lalu bergerak mencari tempat makan yang dia selalu kunjungi .

Sesampai di restoran itu dia telah bertembung bersama Tiara . Lalu qalisya mula memusingkan badannya untuk pergi jauh dari situ pantas tangan Tiara menarik tangan qalisya .

Qalisya membiarkan sahaja tangan tiara .

' sya ? Kau kenapa ni ? Kenapa hampir sebulan kau mengelak dari aku ? Aku rasa kita dah tak rapat mcm dulu dah . ' kata Tiara yang semakin merasakan persahabatan mereka tidak seperti dulu .

Qalisya hanya membatukan diri nya .

Tiara semakin pelik akan sikap Qalisya yang tidak lagi seperti dulu yang hyper yang ceria bila bersamanya .

' sya bagitahu aku , apa salah aku . Jujur dengan aku ' rayu Tiara

Qalisya memusing badannya menghadap Tiara .

' Tiara kau tak perlulah pura pura baik merayu bagai kat depan aku ni . Aku tak akan dh termakan kata kata penghianat macam kau ni ! ' hambur amarah Qalisya lalu merentap tangannya dari pegangan Tiara .

Tiara terkejut akan perubahan drastik qalisya . Selama 10 tahun mereka berkawan Qalisya tidak pernah menghamburkan perkataan seperti itu .

' Weh , aku ingat kau kawan aku tiara . Tapi kau pengkhianat . Dalam diam kau cuba nak pikat hati Adam kan ? Sedangkan kau tahu aku suka kan adam . Sedangkan kau tahu since aku putus dengan Afiq , Adam lah penguat aku . Dan kau kena sedar ,kalau tak ada muncul nya aku dalam hidup kau , tak ada lah adam dalam hidup kau . Tapi apa kau buat ? Kau khianat aku TIARA !! " Naik satu oktaf suara Qalisya . Kemarahannya tidak lagi dapat dibendung jelas sekali pipinya kemerah merahan menahan rasa marah yang kian membakar jiwanya . Lalu qalisya mengorak langkah meninggalkan Tiara yang masih terkedu .

Tiara yang perasan qalisya semakin jauh dari pandangannya mula mengejar qalisya . Tiara menarik tangan qalisya dengan pantas qalisya merentap tangannya lalu menampar muka Tiara .

Pangg !!

Tiara terkedu dan memengang mukanya yang dilempang oleh qalisya .

Qalisya terkedu akan sikapnya yang tidak dapat dikawalnya .

Qalisya memandang tiara lalu dengan suara tersekat sekat ' Mu mul Mula dari harini kau bukan kawan aku ! Kau .. kau .. kau PENGKHIANAT TIARA !! Aku benci kau !! ' Jerit Qalisya lalu pergi meninggalkan tiara bersedirian disitu .

Sesampai didalam kereta Qalisya menangis sepuas puasnya . ' ya Allah apa aku dah buat ni ? Aku menampar sahabat aku sendiri ? Tiara maafkan aku , tapi kau yang memaksa aku tiara . Hati aku terluka sangat . Aku boleh terima kalau orang lain tapi kau ? Kau kawan aku sendiri Tiara . Kau mengkhianat kawan kau sendiri ' Rintih hati kecil qalisya .

Kereta Swift Qalisya meluncur laju ke pejabatnya . Sampai sahaja di office qalisya terus masuk kebiliknya dan menyambung kembali pekerjaannya .

Tiba tiba muncul Adam didalam biliknya ,

' sya tinggalkan kerja kau teman aku shopping kejap ' pinta adam khuwallid .

Qalisya memandang pelik ke arah adam .

' jum lah sya teman kejap nak beli something untuk someone ' adam seakan faham pandang qalisya itu .

Qalisya yang masih kusut itu hanya mengangguk kepalanya kerana malas mahu melayan buat masa ini . Lalu dia mencapai beg tangannya lalu mengorak langkah bersama Adam untuk membeli barang untuk ' someone ' katanya .

Sampai sahaja di satu mall , adam menarik qalisya ke dalam kedai cincin emas . Qalisya yang malas mahu bertanya hanya mengikut sahaja kehendak Adam itu . Tiba tiba adam menarik tangan qalisya nak mengacu sebutir cincin emas bertakhta berlian di jari manis qalisya .

' aik dia nak melamar aku ke ? Dia tk pernah pun confess perasaan dia kat aku ? Takkan kat sini dia nak confess ' detik hati qalisya

Lalu adam khuwallid membelek belek cincin itu sambil tersenyum . Lalu membuka kembali cincin itu . Dan memberikan kepada amoi cina yang berkerja disitu sebaga tanda setuju untuk membelinya .
' yeay ! Settle cun , ngam ngam je jari kau ek ' kata riang adam .

Qalisya yang pelik akan keadaan itu hanya mendiamkan diri sahaja .

' maknanya Adam sukakan aku ke ? Tapi kenapa dia tak cakap apa apa pun kat aku pasal ni . ' qalisya masih mencari jawapan untuk tanda tanya dalam otaknya itu .

Seusai membayar cincin itu , Mereka melangkah pergi ke parking kereta dan meluncur pergi meninggalkan tempat itu . Dalam perjalanan pulang adam mula membuka mulut tentang hal tadi .

' sya okay tak cincin tu ? ' tanya Adam sambil tersenyum .

Qalisya yang sedang asyik memandang luar tingkap mula memandang adam lalu menjawab ' em okay je lawaa ' balas qalisya .

Bertambah tersenyum lah Adam .

' Kalau kau jadi penerima cincin tu kau suka tak ? ' tanya adam lagi

Hati qalisya mula berdebar debar dan berbunga bunga . Untuk aku ke cincin tu ? Desis hati qalisya .

' em sukalah , gila tk suka . Semua perempuan suka lah barang perhiasan tapi cincin tu mcm cincin tunang je . ' saja Qalisya mahu serkap jarang .

Adam tersenyum nipis ' kau ni sya macam tahu tahu ah ! Em sya aku dah ready dah ' kata adam lalu memandang wajah Qalisya .

Qalisya yang merasakan waktu bahagianya seakan dekat dengannya mula memperbetulkan kedudukkannya didalam kereta .

' ready apa adam ? ' tanya qalisya

Adam dengan teruja menjawab persoalan diminda qalisya .

' aku dah ready dah nak confess kat Tiara yang aku nak melamar dia ' kata teruja Adam yang masih focus ke jalanraya .

Bang bang bang !

Terasa berpuluh das peluru masuk kedalam hatinya . Sertamerta hati qalisya yang masih terluka tentang insiden bersama Tiara itu bertambah robek dan terluka  ditambahkan lagi dengan pengakuaan Jujur Adam . DIHADAPANNYA SENDIRI ! Hati Qalisya kembali berdarah . Ya untuk kali kedua hatinya terluka yang amat mendalam.

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now