3ST 12

185 6 7
                                    

Sudah tiga hari Qalisya tidak keluar bilik . Makanan yang dibawa oleh Mak seha langsung tidak disentuh olehnya . Datin Aisyah juga tidak datang menjenguk ke kamar Aisyah . Sejak malam itu langsung Qalisya tidak bertemu dengan Uminya .

3 Hari jugalah Qalisya hanya hidup dengan berlinangan Airmata . Hatinya begitu sedih dengan semua yang telah berlaku . Semuanya bagai terlalu pantas untuk dia . Dan kerana malam itulah Datin Aisyah langsung tidak mahu bercakap dengan dia . Ya Datin Qalisya masih dihantui perasaan marah terhadap Qalisya manakala Qalisya pula masih kecewa dengan uminya kerana tidak mempercayainya .

Qalisya menarik selimut sampai keatas menutupi kepalanya . Tiba tiba terdengar ketukan pintu dari luar . Qalisya hanya membatukan dirinya sahaja . Malas untuk mengambil tahu . Pastinya Mak Seha menghantar makanan . ' Desis hati aku .

Tiba tiba ketukan yang tadi telah berhenti dan aku mendengar pintu telah dikuak .

' Mak seha , takpayah lah hantar makanan lagi . Sya tak lapar . Leave me alone Mak seha ' kata aku yang masih menutup muka dengan selimut .

Diam .

Tiada balasan dari mak seha .

Tiba tiba aku merasakan katil aku seperti ada seseorang duduk disisi aku .

' Mak seha , takpayah pujuk sya . Sya tetap taknak makan . Sya nak tidur ' Kata Aku dengan suara dingin .

Tiba tiba aku merasakan orang itu mengusap rambut dari Atas kain selimut itu .

' Em baru je beberapa tahun abang pergi Jerman , terus lupakan abang . Sampai taknak pandang abang langsung ' kata orang itu nadanya seperti merajuk .

Pantas aku menarik selimut aku lalu aku terduduk secara automatik . Sungguh terkejut aku bahawa dihadapan aku bukan Mak Seha tetapi Abang Aku Danial Hateem .

' ABANG !! Bila abang balik ! Qalisya rindu abang ' Pantas aku memeluknya . Sungguh aku rindu kepada abang aku  . Ya Allah terubat rindu .

Danial hateem membalas pelukkan aku lalu dia mengucup dahi aku . Kami berdua memang tersangat rapat . Yela kami cuma dua beradik sahaja .

' Alahai , tadi taknak tengok muka abang tiba tiba peluk abang pula ' Danial sudah melepaskan pelukkan , dan dia memandang ke arah tingkap . Bibirnya dimuncungkan , acah acah merajuk .

' Abang , sorrylah abang . Sya tak tahu ni abang . ' Balas aku yang masih terkejut akan kehadiran Danial .

' Eleleyh tahulah nak kahwin dah sampai abang pun tak nak pandang dah ' Danial menyilangkan tangannya lalu mencebik .

Mendengar perkataan Kahwin itu tiba tiba membuat hati aku menjadi hiba kembali . Airmata mula mengalir dipipi . Pantas Danial seka airmata aku .

Aku menyembamkan muka aku didada danial , sungguh aku memerlukan seseorang .

' Abang ! Sya tak bersalah abang '  kata aku dengan teresak esak .

' Abang tahu sayang , abang kenal adik abang takkan buat macamtu kan ? ' Kata Danial lembut sambil mengusap ubun ubun ku .

' Sya taknak kahwin abang . Adam tu dah jadi tu .. tunang orang . Mes.. mesti  Tiara marahkan adik ' kata aku yang masih teresak esak .

Danial mengangkat wajahku untuk memandang mukanya .

' Adik , tak elok tau cakap macamtu . Jodoh ni kan takdir . Tiara takboleh nak halang adik . Dia kena terima kenyataan bahawa adik akan berkahwin dengan Adam . Setiap benda yang berlaku mesti ada hikmah adik . Dah jangan nangis . Jum turun makan . Adik dah makan ke belum ni ? Pujuk Danial dengan lembut .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now