3ST 14

191 8 7
                                    

Akhirnya hari yang ditunggukan telah tiba . Qalisya mengerling jam dinding di biliknya menunjukkan 9:30 pagi . Dia berjalan menuju ke meja soleknya . Dia melihat wajahnya yang sudah dimekap oleh mak andam sebentar tadi . Sebentar lagi dia akan bergelar isteri kepada Adam khuwallid . Ada sedikit perasaan bahagia yang tumbuh dihatinya kerna dia akan menjadi isteri kepada orang yang dia cintai . Tapi dia tahu , perkahwinan dia ini tidak akan seperti orang lain . Sedang asyik dia dilamun dengan fantasinya sendiri tiba tiba ada tangan menyentuh bahunya . Qalisya memusing kepalanya untuk melihat gerangan yang menyentuhnya .

Dia melihat Aira adik kepada Adam khuwallid yang sedang tersenyum kearahnya . ' Kak sya dah ready ? Semua dah ada kat luar ' kata Aira sambil merenung ke arah wajah Qalisya . Qalisya hanya mengangguk sahaja . ' Kak sya lawalah akhirnya kak sya jadi kakak ipar aira . Hehe ' Jelas suara teruja Aira . Qalisya dan Aira memang rapat .

Lalu mereka berdua menapak keluar . Qalisya memandang sekeliling rumahnya yang sudah riuh rendah dipenuhi dengan saudara maranya . Majlis perkahwinannya hanya buat kecil kecilan sahaja , hanya saudara mara sahaja dijemput bahkan kawan baiknya Nayla dan syafiqah juga tidak mengetahui langsung tentang perkahwinannya . Tiara ? Dia pun sendiri tak tahu . Adam tidak menceritakan apa apa pun padanya .

Qalisya duduk bersimpuh bersebelahan dengan Aira . Aira mengenggam tangannya . Tiba tiba jantungnya berdebar nervous barangkali .

Adam khuwallid memandang wajah ayu Qalisya . Anak matanya jatuh ke arah baju pengantin modern yang dihiasi dengan lace dan manik ditambah lagi dengan warna gold sedondon dengannya . Adam Khuwallid betul betul terpukau dengan kecantikkan Qalisya . Buat pertama kali dia melihat Qalisya memakai tudung .

Tok kadi yang melihat adam berkeadaan begitu dia berdehem kecil . Adam yang tersedar cepat cepat memandang kehadapan .

' Bismillahirahmanirahim , mari kita mulakan ' kata tok kadi sambil mengenggam tangan sejuk Adam khuwallid . Jelas riak wajah Adam yang sedang berkerut kerut . Mungkin dia nervous sedikit . Suasana yang riuh menjadi diam seketika masing masing menumpu perhatian kearah Adam .

' Adam khuwallid Bin Aslam khuwallid ' Panggil Tok kadi . ' Ye Saya ' jawab Adam sambil mengawal suaranya . ' Aku nikahkan dikau dengan Qamar Nur Qalisya Binti Firdaus AlHateem yang berwalikan dengan ayahnya Firdaus AlHateem dengan mas kahwin 200 Ringgit dibayar Tunai ' Kata tok kadi yang masih mengenggam tangan Adam . Masing masing menunggu butir yang keluar dari mulut Adam . ' Aku terima nikahnya Qamar Nur Qalisya Binti Firdaus AlHateem dengan mas kahwin 200 Ringgit Tunai ' jawab Adam dengan lancar . Tok kadi memaling muka ke sebelah saksi ' Sah ? 'Soal tok kadi . ' Sah' bergema suara orang ramai dalam rumah itu . ' Alhamdulillah ' ucap mereka . Jelas muka kelegaan dari wajah Adam .

Airmata bahagia Qalisya mula mengalir , akhirnya dia sudah bergelar kepada Adam khuwallid . Mereka semua menadah tangan mengaminkan doa dari Tok kadi . Seusai sahaja Adam terus masuk kebilik yang disediakan untuk menunaikan solat sunat . Seusai sahaja dia terus menapak kearah Qalisya . Hati Qalisya mula berdebar debar . Dia mengenggam tangan Aira dengan kuat . Adam mula duduk dihadapan Qalisya . Dia mula berselawat dan mengambil sebaldu kotak cincin yang dihulurkan oleh mamanya . Dia memberi Qalisya senyuman manisnya . Adam memandang tangan kanan qalisya yang sedang mengenggam tangan aira . ' Adik kau taknak lepaskan tangan isteri along ke ? ' Kata Adam dengan suara perlahan tapi mampu didengari dengan orang sekeliling mereka . Riuh rumah itu dihamburi dengan gelak tawa mereka . Aira sudah mencebik dia melepaskan tangan Qalisya . Adam menarik tangan kanan qalisya lalu menyarungkan cincin emas betakhta permata itu ke jari manis qalisya . Lalu Qalisya juga menyarungkan cincin di jari manis Adam Khuwallid .

Adam cuba mendekat kan badannya lagi ke arah Qalisya . Entah kenapa hati nya semakin berdebar . Lalu dia mengucup dahi qalisya tulus . Masing masing tersenyum . ' Okay lama lagi lama lagi ' kata photographer yang sedang sibuk mengambil gambar itu . Setelah beberapa saat Adam melepaskan kucupannya . Dia melihat muka Qalisya sudah kemerah merahan . Dia tergelak kecil melihat wajah isteri nya .

Setelah itu mereka semua sibuk dengan majlis resepsi mereka . Adam dan Qalisya tidak lekang dengan senyuman mereka melayan tertamu yang hadir .

Tepat jam 5 petang kediaman mereka sudah dikemas semuanya . Tamat sudah majlis resepsi mereka . Qalisya naik keatas untuk mandi . Seusai mandi Qalisya keluar dengan berkemban lalu dia kearah almarinya . Dia mencapai tshirt pink dan seluar tracksuit . Selepas dia menyarung Tshirtnya tiba tiba pintu dikuak dari luar , muncul wajah Adam . Qalisya terjerit kecil ' JANGAN MASUK ! ' Jerit qalisya . Adam yang terpandang peha qalisya itu terus memusing ' So .. sorry ' kata Adam lalu keluar kembali . Dia menutup pintu kembali dan berdiri diluar bilik .

Qalisya sudah menahan malu pantas dia menyarung seluarnya lalu pergi kearah almari soleknya dan menyikat rambutnya . ' eeee lain kali ketuklah nak masuk lahmak ' ngomel Qalisya . Lalu dia keluar dari bilik . Dia melihat Adam yang tercegat dihadapan biliknya . Qalisya cuba mengawal riaknya . Perasaan malunya masih ada .

' em em so .. sorry tak sengaja ' adam cuba menutur kata . Dia memandang wajah qalisya yang sudah merah itu . ' em takpe pergilah mandi okay ? Nanti turun bawah tolong apa yg patut ' kata Qalisya lalu berlalu turun .

Adam memandang qalisya yang sudah berlalu lalu dia terbayang kembali kejadian tadi ' Astagfirullahalazim' lalu dia masuk kebilik dan mandi . Seusai mandi dia turun kebawah .

Dia melihat qalisya sedang membasuh pinggan yang telah diguna bersama Aira .

Adam mengambil tempat membasuh periuk belangga bersama Danial . Manakala Puan sri syarifah dan datin aisyah mengemas di ruang tamu .

Seusai membasuh periuk belangga Adam memandang tangganya hitam diselaputi dengan arang dari bawah periuk belangga itu . Muncul idea jahat nya .

Adam menyorok tangannya dibelakang lalu menapak kearah Qalisya dan Aira .

' Sayang .. ' panggil manja adam .
' ye ' Jawab qalisya matanya masih fokus dengan kerjanya .
' Sayang ! Pandanglah abang ni ' Panggil adam lagi geram hatinya melihat qalisya tidak mengedahnya .

' EH ALONG NI ! Kita orang tengah busy lah ' marah Aira .

' ohh busy ' jawab adam perlahan lalu membongkok sebelah qalisya lalu mengelap tangannya yang kotor itu dimuka qalisya . Qalisya yang terkejut itu terus terjerit .

' Awak ! ' jerit qalisya geram .
Aira dan danial sudah terbahak bahak ketawa . Lalu adam pergi kearah aira lalu menarik rambut Aira dan mengelap kemuka Aira pula apalagi Aira terus menjerit .

' Along ! Siap Along ! Kak sya hulurkan baldi sabun tu ! '

Qalisya mencapai baldi sabun itu lalu memberi kepada Aira . Mereka tersenyum sinis .

' Nah ! ' Aira menyimbah air sabun itu kearah Adam malangnya terkena danial . Adam sudah berlari jauh dari mereka . Adam tergelak terbahak bahak .

' gosh ! Mati aku ' Jerit mereka serentak . Lalu berlari anak masuk kedalam sambil ketawa .

' ADAM QALISYA AIRA SIAP KORANG ' bergema suara Danial .

Mereka semua tergelak terbahak didalam . Sungguh haritu dihiasi dengan suara suara bahagia .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now