3ST 17

197 7 8
                                    

Adam sibuk memasukkan barang barang di dalam kereta . Qalisya memandang Datin Aisyah lalu menyalami tangan Datin Aisyah . Mula mula Datin Aisyah tidak mahu menyambut tapi selepas Dato Firdaus menjeling terus dia menyambut dalam keadaan terpaksa . Ketika Qalisya ingin mencium tangan uminya dengan pantas Datin Aisyah menarik tangannya . Qalisya mendekatkan dirinya dengan Uminya dia ingin memeluk wanita yang dia rindui . Namun Datin Aisyah mengundur setapak memberi tanda dia tak mahu dipeluk .  Qalisya menahan airmatanya , kalau boleh dia tak mahu mengalirkan airmatanya . Qalisya memandang Datin Aisyah dengan mata yang sayu . " umi , maafkan Qalisya umi . Qalisya tak akan kembali dekat rumah ni lagi kalau umi rasa tak selesa dengan Qalisya " Datin Aisyah tersenyum sinis " Baguslah tak payah aku suruh suruh dah . Bagus kalau kau faham . Kau tu tahu apa ? Tahu memalukan aku je " Balas Datin Aisyah perlahan . Takut suaminya dengar perbualannya dengan Qalisya . " Umi , dari jauh hati Sya tak ada niat nak malukan umi . Halalkan makan minum Sya , Halalkan susu umi untuk Sya . Sya minta ampun . Sya takut satu hari nanti Sya tak sempat jumpa umi . Sya tak akan muncul dekat depan umi lagi . Tapi umi kena tahu Sya sentiasa akan titipkan doa untuk umi . Sya sayangkan umi " luah Qalisya dengan tersedu sedu . Kata kata Qalisya sungguh menusuk ke kalbu seorang ibu . Datin Aisyah cuba menyembuyikan riak serbasalahnya . Hatinya masih terluka .

Adam melihat bahu Qalisya terhenjut henjut , dia menyangkakan Qalisya menangis kerana sedih untuk meninggalkan keluarganya . Adam berjalan kearah Qalisya lalu memaut Bahu Qalisya . " Dahlah sayang , nanti kita balik sini lagi okay ? Kondo abang tak adalah jauh mana " pujuk Adam . Lalu dia menyalami Datin Aisyah . Datin Aisyah tersenyum melihat Adam Khuwallid . " kenapa umi boleh layan Adam dengan baik ? Kenapa tak dengan aku ? Besar sangat ke salah aku ? Kenapa aku harus dihukum seperti ini ? " luah Qalisya didalam hati . Lalu menapak perlahan memeluk walidnya . Dia bersyukur dia masih mempunyai Walidnya . " Dahlah sya , nanti kalau walid ada masa walid datang rumah kamu ye jangan nangis dah " pujuk walidnya pula .

Danial pergi kearah adiknya . Lalu mengelap airmata adiknya . Hanya dia sahaja nampak penderitaan adiknya . Dia tahu dan dia dengar segalanya . " Adik , adik jaga diri tau . Jadi isteri yang solehah . Jangan melawan cakap Adam . Kalau ada apa apa call abang okay ?" Kata danial lalu memeluk tubuh Qalisya yang semakin kurus itu . " bro , aku harap kau jaga adik aku elok elok tau . Jangan kecewakan dia . Dia dah tak ada sesiapa dah untuk berkasih sayang . Bulan depan aku nak fly balik Jerman dah . " Kata Danial menepuk bahu Adam lalu menjeling kearah uminya . Adam hanya mengangguk sahaja . Perlahan lahan dia mencapai tangan Qalisya dan membawa ke kereta .

Didalam kereta mereka hanya mendiamkan diri sahaja .  Adam mengerling Qalisya yang sedang termenung . Qalisya sudah banyak berubah . Setahu dia , kali terakhir melihat Qalisya menangis adalah 5 tahun lepas . Hatinya pilu melihat kawan baiknya mengalirkan airmata . Kawan baik okay ? Isteri hanya atas kertas .

Adam berdehem kecil . " kau nak makan apa apa tak ?" Tanya Adam cuba memancing minat Qalisya . Qalisya menggeleng kepalanya .

Adam berputus asa . Dia hanya mendiamkan diri sehingga sampai ke kondonya . Adam mematikan enjin kereta . Lalu mengambil beg dan barang barang yang ada didalam kereta . Dia berjalan seiringan dengan Qalisya sehingga depan kondonya . " So ni lah kondo aku . Aku jarang balik sini sebab mama suruh duduk dengan diorang " terang Adam sambil membuka pintu .

Qalisya memandang sekeliling ruang . " Cantik" perkataan terpancul dibibir Qalisya perlahan . Adam tersenyum " so kau buatlah apa kau nak buat okay ? Meh sini aku tunjuk bilik kau " Kata Adam lalu menarik tangan Qalisya . Qalisya hanya mengikut langkah Adam . " So inilah biliknya , kau duduk sini . Buat macam biasa je okay . " kata Adam sambil memandang muka Qalisya . Qalisya hanya diam membatu . " aku kena terima hakikat sampai bila bila aku dengan dia tak akan jadi suami isteri yang sebenar . Aku hanyalah isteri diatas kertas sahaja " luah dihati Qalisya . " kenapa sya ? Tak suka ke ? Bilik kecik ek ? " tanya Adam pelik Qalisya hanya mendiamkan diri . Pantas Qalisya menggeleng " tak , mana ada . Cukup luas dah . " Qalisya memberikan senyuman palsu .

" Okaylah , kau kemas barang kau okay ? Aku nak keluar ni . Nak jumpa Tiara " terang Adam tanpa ada riak serbasalah . Qalisya hanya mengangguk . " and one more thing , kalau kau nak makan . Kau kena beli barang dapurlah kalau tak nak kau boleh cari makanan kat sekitar sini . " kata Adam sambil menghulurkan beberapa keping not 50 . Qalisya hanya menggeleng . " Saya ada duit lagi , simpanlah duit awak " jawab Qalisya menolak pemberian suaminya . " ambil je okay ? Aku suami kau kan ? Tanggungjawab aku semua ni " Adam menjawab lalu memberikan diatas tangan Qalisya . Lalu berlalu pergi meninggalkan Qalisya . Qalisya menghantar Adam dengan lirik matanya sahaja . Sehingga Adam hilang dari pandangannya .

" patutlah kau nak pindah hari ini ? Rupanya nak jumpa Tiara . " desis hati Qalisya . Lalu menarik satu persatu beg nya menyusun bajunya didalam almari yang memang sedia ada didalam biliknya .

" aku kan suami kau" Ayat Adam yang masih tergiang dicuping telinga Qalisya . " kalau betul kau menganggap aku ni isteri kau Adam , semestinya kau takkan buat macam ini " kata Qalisya lagi . Dia tahu Adam mencintai Tiara dan cinta itu takkan pernah jadi miliknya . Kelak Adam akan menceraikan dia juga . Qalisya meneruskan lipatan bajunya . Selepas mengemas biliknya , dia mengemas ruang tamu dan akhirnya dia tertidur kepenatan .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now