Adam menghempas tubuhnya diatas katil , lalu meraut wajahnya berkali kali . Fikirannya serabut . Satu persatu masalah yang timbul . Hubungannya bersama Qalisya tidak seperti dulu . Yang membuatnya gelisah , setiap kali bersama Qalisya dia berasa selesa dan nyaman . " aku cintakan dia ke ?" Soal Adam sendirian . " tak mungkin aku cinta dia . Dia kawan aku , kahwin pun sebab terpaksa . Adam ingat tunang kau . " Adam cuba menindakkan perasaan yang hadir didalam hatinya .
Qalisya duduk ditepi sungai . Qalisya menarik sedalam dalam nafasnya menhirup udara yang segar . Perlahan lahan dia menghembus . Qalisya memandang air sungai yang deras mengalir . Fikirannya mula melayang . " mama , sya rindu mama " rintih Qalisya . Airmata mula membasahi pipi gebunya . " mama ,kenapa mama tak percayakan sya . Sya tak ada tempat mengadu ma , adam tak anggap sya sebagai isteri dia . Mana tempat sya bergantung ma ? " luah Qalisya . Hatinya terluka , terlalu terluka dengan keadaan sekeliling . " Ya Allah , terlalu besar dugaan kau berikan . " Qalisya mula teresak esak kesedihan mengenang nasibnya. Bahunya terhenjut henjut cuba menahan airmata untuk mengalir .
Tiba tiba bahunya disentuh oleh sesorang. Qalisya memaling mukannya kebelakang. Riak wajahnya terkejut . Terpampang wajah afiq rafya tersenyum sinis .
Qalisya menarik bahunya lalu berdiri bangun menhadap afiq rafya . " kau nak apa ?! " jerkah Qalisya . Airmatanya dihapuskan . Afiq rafya memegang kedua bahu Qalisya lalu mendekatkan wajahnya ke wajah Qalisya " i nak you sayang " . Terasa hangat wajah Qalisya angkara helaan nafas Afiq Rafya . Qalisya terus menempis tangan Afiq Rafya lalu menolak badan Afiq Rafya dengan sekuat tenaganya . " aku taknak kau bodoh ! " jerit Qalisya . Terasa dicabar maruahnya sebagai perempuan . Afiq rafya tersenyum sinis . Lalu mengeluatkan sebilah pisau tajam . Mengacukan pisau itu kemuka Qalisya. Qalisya terkejut , dia mengundur 3 tapak kebelakang. " Kalau aku tak dapat kau , takkan ada sesiapa akan dapat kau Qalisya ! " Jerit Afiq Rafya lalu menikam perut Qalisya dengan pisau yang dipegang olehnya .
" Adam !!!!!!!!!!!!!!!! " Qalisya menjerit sekuat hati . Terasa dagingnya ditembusi pisau itu . Kudratnya semakin lemah . Afiq rafya mula tertawa sendirian melihat Qalisya mula terjatuh terduduk lalu terbaring tanpa melawan lagi .
Buat kesekian kalinya , airmata Qalisya mula mengalir deras . " Adam , sya sakit . Adam datanglah selamatkan sya ! Sya tak nak mati sebagai isteri nusyuz ! " rintih hatinya berharap Adam muncul didepan menyelamatkannya .
YOU ARE READING
3600 Saat Terakhir .
RomanceQamar Nur Qalisya seorang gadis putih kemerahan . Seorang yang tinggi lampai . Seorang gadis susah untuk mendekati mahupun didekati oleh lelaki . Kerana peristiwa yang lalu masih menghantuinya . Qalisya amat periang namun dia harus tempuhi pelbagai...