3ST 4

209 7 0
                                    

Adam khuwallid menyikat rambutnya ke belakang , lalu senyum sambil melihat mukanya . ' tak sabarnya nak jumpa ' kata dalam hati adam . Adam terus turun ke bawah apabila dia berpuas hati dengan penampilan dia . Terus saja adam bergegas keluar dan mengorak langkah ke tempat parking kereta .

Siapa agaknya adam nak jumpa ek ? Qalisya ke ? Happy bebenau tu hehe !









Sampai saja di restoran yang dijanjikan , adam terus berjalan ke arah gadis yang menghiasi mindanya dari tadi .

' Hai Tiara ! ' tegur adam sambil tersenyum .

Tiara memdongak lalu mencebik ' muncul pun you lama i tunggu tau hmm ' rajuk Tiara .
Adam sudah mula risau jika tiara merajuk adam terus duduk di depan tiara dan membuat muka comel

' alaaaaa you sorrylah tadi jalan jemlah sebab tu i lambat sorry ek ?' Pujuk Adam . Adam berharap tiara tidak lagi merajuk .

Tiara mula tersenyum ' yela i tak marah pun ' kata tiara sambil tersenyum .

Adam mula mengelip ngelip matanya banyak kali saja nak buat tiara cair .
Pantas tiara mengusap muka adam .

' eee ingat comel lah tu ? Balas tiara sambil tertawa melihat gelagat adam yang manja itu .

Tanpa mereka sedar , ada seseorang yang terluka dalam diam melihat mereka berdua . Lalu dia menyeka airmatanya yang hampir menitis . Lalu dia beredar .

Tiara dan adam masih bermesra mesraan disitu tanpa mengambil peduli tentang satu hati yang telah terluka .

---
Sampai sahaja didalam kereta qalisya menghentak stereng keretanya .
" Arghhh!! Sampai hati kau buat aku macam ni tiara ? Sedangkan kau tahu aku menyukai adam dari zaman sekolah lagi . Kau tu kawan baik aku !! Tapi kenapa kau buat macam ni !! KAU PENGKHIANAT TIARA !! " jerit qalisya lalu dia meluncur laju tanpa arah tuju .

-------
Adam berasa pelik kerana sudah 2 hari qalisya langsung tidak contact dia . ' agaknya demam dia dh okay ke belum ek ? " Adam mula risau .

Lalu adam mencapai kunci kereta dan meluncur ke rumah Qalisya .

***
Dirumah qalisya

Adam menekan loceng sambil berteriak ' Assalamualaikum ! '
Namun tiada siapa muncul , adam memberi salam berkali kali namun tiada siapa yang menyahut . Adam berfikir fikir untuk pulang .

' waalaikumussalam ' sahut Datin aisyah

Adam berbalas senyuman pada Datin Aisyah . Matanya melilau sekeliling rumah agam milik datin Aisyah .
' umi , qalisya ada tak umi ? ' tanya adam sopan .

Datin Aisyah masih tersenyum lalu menjawab pertayaan Adam ,

' Adam qalisya tak ada , dia pergi tasik kat taman dewi 18 ' jawab datin Aisyah .

Adam memandang Datin Aisyah lalu tersenyum ' oh yeke umi kalau mcm tu adam menyusul ke sana lah umi hehe lama tk jumpa qalisya , adam minta diri ye umi  ' pamit Adam sopan lalu senyum dan membolosi tubuhnya kedalam kereta Audinya .

-------
Sesampai sahaja di tasik adam mencari tubuh yang dicarinya lalu matanya terhenti di tubuh seseorang yang berada di buaian pokok yang sedang menghayati keindahan disitu .

Adam mula berjalan dan berdiri dibelakang gadis itu lalu meletak tangannya di atas rambut gadis itu .

Qalisya terkejut apabila merasai tangan di atas kepalanya lalu dia mendongak matanya bulat . Hatinya tidak keruan .

' ad ad adam ? ' gagap qalisya

Adam tersenyum , lalu berjalan didepan qalisya dan duduk ditanah berhadapan qalisya .
' sya sejak bila kau jadi gagap ni , ni mesti kes kau demam panas sangat sampai jd gagap ni 'gurau Adam khuwallid . Lalu memangku kepalanya mengunakan kedua tangan nya lalu mengerdip matanya .

Qalisya memandang muka bajet comel adam khuwallid itu . Lalu menepuk kepala Adam ' engko ni memang tak sayang mulut ek , aku terkejut lah gila tetiba kau datang mcmtu . Kalau aku sakit jantung aku mati tadi mcm mana ' qalisya membalas dengan ayat pasrahnya saja nak buat adam serbasalah .

Adam khuwallid mula berasa serbasalah . Mukanya sudah berubah . Tidak lagi dia membuat muka bajet comelnya itu . Adam khuwallid memandang tepat ke mata bundar qalisya .

' qalis , jangan lah cakap macamtu kau tahukan kau penting untuk aku ? Kita dah selalu bersama dari zaman sekolah lagi . Aku tak nak kehilangan kau qalis . Kau yang sentiasa ada menghias hari hari aku selama ni . Kau yang ada kat belakang aku saat aku jatuh . ' luah Adam khuwallid .

Qalisya melarikan anak matanya . Qalisya cuba menghadam ayat yang baru dilontar dari adam khuwallid .

' semua tu dulu adam . Ye dulu aku seorang je yang menghiaskan hari kau . Kini tak lagi . Kawan baik aku yang aku percayai telah merampas semuanya . Dia telah mengambil kau dari aku . ' kata hati qalisya .

' sya ? ' panggil adam .
' sya ' panggil adam lagi .
' Qamar Nur Qalisya ! ' naik satu oktaf suara adam khuwallid .

Terkejut qalisya apabila mendengar suara adam . ' hah ? Apadia ? Sorry sorry ' kata qalisya yang baru sedar akan adam masih didepannya .

Adam mengeleng kepalanya .

' kau fikir apa ni sya ? ' tanya adam .

Qalisya mengeluh perlahan . Otaknya ligat mencari idea untuk menjawab pertayaan adam . Ting ! Satu idea menyampa fikiran qalisya .
' taklah aku tengah fikir nak buat apa lepasni , aku kan tengah tunggu surat posting aku kat mana , hospital mana semua . Bosanlah duduk rumah ni hm ' jawab qalisya .

Adam memandang qalisya . Betul juga kata qalisya , dah dua bulan qalisya duduk rumah selepas dia menamatkan pengajiannya dalam jurusan medic .

' em betul juga eh tk apa lah qalisya . Kau tahu tak PA aku tengah tunggu hari nak due . Nanti masa dia pantang kau ganti lah tempat dia . ' cadang Adam

Qalisya memikirkan cadangan itu lalu mengeluh ' hmm kau tahu kan aku jurusan apa tang mana aku nak belajar jd PA ' jawab lemah qalisya

Ee mamat ni bagi cadangan tah pape runtun hati qalisya .

Adam tersenyum nipis ' aduhai kau ni , aku kan bos kau slow slow aku ajarlah kau okay ? Kalau nak next week monday kau boleh masuk ' balas adam .

Qalisya bangun dari buaian ' nanti aku fikirkan lah okay dh jum balik kau hantar aku eh ? ' pinta qalisya

Adam mengangguk kepalanya dan mereka membolosi ke dalam kereta .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now