3St 10

195 8 8
                                    

Sudah seminggu aku tidak datang ke pejabat . Dan harini aku bersedia untuk masuk ke pejabat selepas mengambil cuti sendiri selama seminggu . Sampai sahaja di pejabat . Aku sudah bertembung dengan Adam di lif .

' Sya ? Kau dah sihat ke ni ? ' tanya Adam sambil menunggu pintu lif terbuka .

Aku hanya mengangguk sahaja tanpa memandang wajahnya . Didalam hati ingin sekali aku menatap wajah yang rindui .

' sya kau makin kurus doh sekarang . Kau diet ke ? Kau kan dah kurus ni dah kering dengan muka dah cengkung . ' Adam mula menilik setiap inci wajahku sambil tersenyum . Mungkin dia cuba untuk menghilangkan perasaan ' awkward' dia tu .

' kau lah bagi aku kerja banyak banyak sampai aku sakit sakit demam ' aku cuba bergurau dengannya .

Adam yang masih memandang aku . Hanya tergelak lalu pintu lif mula terbuka nak kami masuk kedalam . Hanya kami berdua didalam .

' Sya Aku dengan Tiara dah official dah dia dah terima aku sya ' kata adam dengan muka terujanya .

Aku hanya menunduk wajahku tak ingin dia perasan perubahan wajah aku . ' oh yeke ? Baguslah , im glad to hear that . So harap kau jaga dia elok elok okay ? Jangan lukakan hati dia ' kata lembut aku lalu memandang tepat kedalam mata Adam .

Pandanglah mata aku dalam dalam adam , kau akan nampak bertapa deritanya aku . Namun semua itu hanya terluah didalam hati .

Adam mengeluh kepenatan lalu bersandar di kerusi empuknya . Dari pagi sehingga sekarang dia tidak berhenti menyiapkan projek barunya dari Kayangan group . Memandangkan dia dan Qalisya harus melawat tapak projek itu di bangsar petang itu juga . Adam keluar dari bilik pejabatnya dan melihat bilik Qalisya . Kosong sepi . 'Mungkin qalisya pergi makan tengahari barangkali ' Kata hati adam .

Qalisya berjalan sambil memikirkan leku kehidupannya yang akan dihadapi oleh nya nanti . ' mampu ke aku laluinya ? ' Qalisya mengeluh sedikit .

Lamunan dia terhenti apabila dia terlanggar seorang lelaki .

' sorry encik saya tak perasan maafkan saya ' Qalisya yang sudah gelabah melihat lelaki tersebut sudah terjatuh dan bajunya kotor angkara minuman yang dipegang oleh lelaki tersebut .

Lelaki tersebut mengerang kesakitan .

Qalisya terus membongkok tubuhnya untuk membantu lelaki itu berdiri . Lalu dia mengeluarkan tisu dari beg tangannya lalu dia mengelap sisa tumpahan Air berwarna coklat itu .

'Maafkan saya encik , saya akan mengganti baju encik ni ' Kata qalisya matanya masih menumpu perhatiannya dibaju lelaki tersebut .

' betul awak nak ganti ?' Tanya lelaki itu .

' Betul encik ' jawab qalisya pantas. Tiba tiba tangannya terhenti , suara itu seperti suara ...

Qalisya mendongak sedikit kepalanya . Dia terkejut .

' Dia lagi dia lagi , mana mana ada dia lah ' dengus qalisya didalam hati .

' kenapa ? Betulkan awak nak ganti ?' Tanya lelaki itu sambil mengangkat kening belah kirinya .

' Em kau Afiq , ye aku ganti sorry aku tak perasan tadi . ' Balas qalisya acuh tak acuh .

' Kalau macamtu jomlah ' Afiq menunduk kepalanya memandang mata aku lalu memegang tangan aku .

Qalisya yang berasa tak selesa pantas menarik tangannya dari genggaman Afiq Rafya .

' Sekarang ke ? Okaylah jom cari kedai paling dekat aku dah nak habis rehat ni ' balas qalisya .

3600 Saat Terakhir . Where stories live. Discover now