• Lucid Dream •

1.3K 149 79
                                    

01 — Lucid Dream

First, kita mula dengan
" Lucid Dream ".

﹏ ﹏ ﹏

LUCID DREAM ialah sebuah mimpi dimana kita menyedari bahawa kita berada dlm mimpi dan boleh mengawal mimpi tersebut.

Istilah ini dicetuskan oleh seorang psikiater dan penulis berbangsa Belanda, Frederik (Willem) van Eeden (1860–1932).

Ketika di alam mimpi sedar ini, si pemimpi mampu melalukan apa saja secara aktif dan mengubah pengalaman imaginasi dlm dunia mimpinya. Mimpi sedarnya juga dapat terlihat nyata dan jelas.

Biasanya, ketika mengalami Lucid Dream ni, kita boleh melakukan apa shj yg kita mahu walaupun sesuatu itu tdk masuk akal. Beberapa org yg disoal pernah berkata bahawa mereka bahkan boleh terbang dgn bebas di langit dan merasakan tubuh mereka sgt ringan. Bukan itu saja, banyak lg situasi aneh yg boleh mereka kawal dan lakukan di dlm Lucid Dream.

Lucid Dream dapat muncul melalui atau terbahagi kpd 2.

Iaitu - Lucid Dream akibat mimpi (dream-initiated lucid dream ; DILD) membawa maksud sebagai mimpi biasa, dan si pemimpi menyimpulkan bahawa dia sedang bermimpi. Bermaksud Lucid Dream itu datang secara tiba².

Sementara - Lucid Dream yang disengajakan (wake-initiated lucid dream; WILD) pula terjadi ketika si pemimpi pindah dari keadaan terjaga biasa ke keadaan bermimpi. Mean, Lucid Dream yg dibuat² atau sengaja dibuat. Bukan kebetulan.

Seterusnya, Author akan kongsikan cara² untuk dapatkan Lucid Dream (WILD) ni. Maksudnya kita sedang cuba Lucid Dream yg disengajakan. Memandangkan ramai yg masih belum mendapatkan mimpi begini, bolehlah cuba cara² ni . Cuma kalau ada risiko yg terjdi, author tidak akan bertanggung jwb ;)  Goodluck!

*Cara Mendapatkan Lucid Dream

Cara ini disebut Wake Initiation of Lucid Dream (WIoLD).

Step by stepnya adalah bgini :

1. Konsentrasi dan Relaks. Ini penting! Niatkan dgn kuat 'Saya sedang melakukan Lucid Dream'. Tutup mata dan kosongkan fikiran ke relaksasi sekujur tubuh dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kontrol pernafasan dan lambatkan. Tenang ok.

2. Buka mata fikiran. Tapi jangan buka mata. Lepastu cuba buat bayangan visual sementara mata kita tertutup.

3. Jaga fikiran agar tetap sedar. Jangan tidur. Inti dari WIoLD adalah membuat tubuh relaks tetapi fikiran terjaga dlm keadaan santai. Kalau fikiran tegang, tubuh tidak akan tidur.

Cara ini dapat dilakukan dengan berbagai cara, contohnya mengira, membayangkan diri sedang naik turun tangga, membayangkan diri sedang melompat dan sebagainya. Abaikan rasa getaran atau tarikan tiba² jika ada ') Fasa 2 dan 3 dapat dilakukan sendiri.

4. Fasa ke-empat. Ini adalah fasa utama, perhatikan baik-baik! Kebanyakan orang selalu berhasil tiba di fasa ini tapi gagal masuk ke fasa selanjutnya. :') Padahal barrier antara dunia nyata dan dunia mimpi sudah setipis kertas saje.

Saat kita tiba di Hypnagogic state dalam keadaan sedar, kita biasanya akan mengalami Sleep Paralysis (yang biasa dikenali dengan Ketindihan atau ditindih jin saat tidur), mendengar suara-suara keras, sulit bernafas, berdebar-debar atau berputar-putar, dan perasaan melayang ke dimensi lain. Kebanyakan orang akan panik dan terbangun.

JANGAN! Tenangkan diri. Tenang saja, belum ada orang mati kerana masuk ke alam mimpi. Pertama mungkin akan panik dan terbangun, tapi kalau sudah tiba di fasa 4 ini, mudah-mudahan rasa panik itu akan hilang.

◎Sleep Paralysis author akan terangkan di chapter yg seterusnya ;)

5. Ini adalah fasa setelah kita berhasil tiba di alam mimpi. Kita akan mengalami sensasi atau perasaan seperti berada di ruangan atau terowongan yang gelap gelita. Kadang² org sudah sampai sini, panik, dan terbangun. Urgh SAYANG SEKALI. ;')

Saat kita tiba di sini, dengan kesabaran dan relaks, kita dapat memilih dan slowly menjelajahi mimpi kita sendiri. Seterusnya lena dalam LUCID DREAM (mean, kamu memang dh smpai dlm Lucid Dream)

Tahniah jika anda dapat!

Tentu saja, ini lebih mudah DIKATAKAN daripada DILAKUKAN. Oleh sbb tu, author meneliti ada bbrapa cara yang boleh dilakukan untuk mempermudahnya. Cara-cara tersebut adalah ;

1.Dream Recall.

Ini adalah teknik paling mudah dan mesti dilakukan terus menerus. Sediakan pensil dan kertas di sebelah katil kita, dan setiap kali kita bangun tidur, cepat catat apapun yang teringat dari mimpi kita. Banyak orang susah mengingati mimpi, cara ini akan membiasakan otak untuk mengingat mimpi. Dream Recall juga akan membantu memperjelas Lucid Dream kita.

2.Makan Pisang.

Serius. Pisang mengandung banyak Tryptophan dan Vitamin B6 per gramnya. Tryptophan, akan diubah menjadi Serotonin di otak, dibantu oleh Vitamin B6. Serotonin adalah zat kimia yang mengatur mood, ingatan jangka pendek, dan MIMPI di dalam otak. Beberapa bahan makanan lain mengandungi Serotonin cukup banyak, misalnya tomato dan kacang. Tapi serotonin sulit diserap oleh otak, kerana terhalang oleh blood-brain barrier yang melingkupi otak. Cuba makan banyak pisang tiap hari, terutama setelah makan malam.

3.Wake-Back-to-Bed (WBTB)

Bukan bangun dr katil dan tidur balik di katil lain. Bukan!
Ini adalah teknik untuk berusaha langsung masuk ke fasa REM (Rapid Eye Movement), iaitu fasa tidur saat terjadinya mimpi. Tidurlah dalam keadaan lelah, kemudian bangun 5 jam kemudian. Dalam keadaan mengantuk, konsenterasilah pada teknik WIoLD yg author tuliskan tdi.

Untuk orang yang mengalami kesulitan LUCID DREAM sampai Hypnagogic State, boleh juga menggunakan cara ni —  setkan jam /minta orang bangunkan 1/2 jam-1 jam setelah kita mula berusaha tidur. Biasanya kita mulai kehilangan kesedaran pada waktu itu. Tapi jangan bangun! Tetap dalam kondisi setengah tidur, cuba lagi teknik WIoLD dan berusaha sedar menembus hypnagogic state sekali lagi. Semoga berjaya~

﹏ ﹏ ﹏

- Lucid Dream -

Pernah alaminya?
Tahniah ! Sbb tak semua org dpt alami benda ni tau . Kongsikan kisah mimpi anda di ruangan komen ')

* vote n add trus dlm library klau nk bca yg strusnya ")

Don't Sleep + PSYCHOLOGYWhere stories live. Discover now