• Night Chocolate •

472 62 7
                                    

06 - Night Chocolate / Chocolate Dream

﹏ ﹏ ﹏

Macam yg kita tahu, ramai orang amat menyukai aiskrim coklat, kek coklat, donat coklat, gula² coklat, dan semuanya yg berkaitan dgn COKLAT.

Coklat mewakili rasa manis dalam hidup. Mimpi coklat adalah petanda yang baik, indah, ceria dan juga meramalkan sesuatu yg luar biasa.

Tapi tidak semestinya. Ia juga mungkin akan membawa petanda buruk.

Sambung crita tadi, kemanisan yg disebut ini boleh menjadi sebahagian drpd kehidupan anda, ia juga sering merujuk kepada hubungan cinta dan romantis.

Biasanya, mimpi coklat bermakna kamu akan menjadi sebahagian drpd sesuatu yg penting, yang akan memberi kesan kpd kehidupan kamu.
Ia akan mempunyai hasil yg baik atau bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak keindahan yg mungkin berada dalam apa yang anda lakukan dlm hidup.

Tapi , bagaimana pula jika coklat ditemukan di dalam MIMPI ?!

Contohnya, dalam sebuah mimpi, kamu berjalan masuk ke sebuah kedai manisan. Kamu melihat ke sekeliling dan terpaku pd satu jenis coklat. Coklat ini amat menarik perhatian kamu.

Kalau dlm kehidupan realiti, mestilah kita akan cepat² beli coklat tu sblum org lain ambik, kan?

Tapi situasi ini berada dalam MIMPI .

MIMPI .

Bermakna kau perlu berhati² sebelum melakukan apa² .

Jadi sebelum kamu melangkah ke kaunter bersama coklat idaman kamu . . . .

Author nak berikan beberapa fakta tentang jenis² coklat kamu itu di dalam mimpi ;)

Muahahahahahahhahha .

JENIS² COKLAT DI DALAM MIMPI

1. Coklat Panas

Mungkin juga coklat panas yg kamu curahkan ke atas kek atau donat di dlm mimpi kamu.
Atau mungkin juga coklat panas dlm cawan.

Coklat panas dlm mimpi kamu ini adalah petunjuk bahawa kamu akan mengalami sesuatu dalam cinta yg belum pernah kamu mengalami sebelum ni. Kamu mungkin akan berjumpa dgn jiwa kamu.

Jika kamu sudah berkahwin, hubungan kamu akan menjadi hidup yg penuh dgn semangat baru.

2. Coklat Bar

Coklat bar, jika kamu menggigitnya, itu adalah tanda masa depan kamu. Jika coklat adalah pepejal beku atau keras, kamu akan menghadapi masalah, tetapi hasilnya akan baik.

Coklat bar lembut pula adalah tanda kegembiraan yg besar, dan apa sahaja yg kamu lakukan akan membawa kejayaan. Ia menunjukkan kejayaan untuk perniagaan, tanpa kerja keras sama sekali. Sudah tiba masanya untuk memulakan perjalanan kamu yg paling berani.

3. Sukar Untuk Menggigit Coklat

Mimpi coklat di mana kamu mengalami kesulitan untuk menggigit coklat ini bermaksud bahawa kamu akan mengalami pembaikan hidup kamu dan kamu telah menunggu lama untuk ini.

Kamu akan gembira dengan hasil usaha kamu, jadi kamu mesti bersabar agar mendapat yg terbaik dari apa yang kamu inginkan.

4. Coklat Rosak

Jika coklat dalam mimpi kamu rosak, ini adalah tanda bahawa kehidupan cinta kamu akan rosak juga. Ini adalah antara kesan negatif tentang mimpi coklat.

Jika kamu bermimpi tentang coklat yg rosak juga , maka mimpi itu tidak menguntungkan. Ini bermakna kamu akan kecewa dgn cinta atau pasangan kamu.

5. Coklat Bungkus

Dalam mimpi, kamu dgn jelas dpt melihat coklat yg dibungkus dengan baik, dan di dalamnya kamu dapat melihat bar coklat yang baik, tetapi jangan merasakan bahawa rasanya juga baik. Tidak sama sekali .

Apabila kamu memakannya, kamu tidak menyukai rasanya, ia sgt pahit dan menjijikkan, ini bermakna kehidupan kamu adalah stres dan frustrasi. Lebih-lebih lagi, ia boleh berlaku dalam sesuatu yang tidak anda harapkan.

Lebih teruk adalah coklat yang mengecewakan kamu itu akan ada dalam kehidupan realiti. Mimpi itu mungkin tersirat beberapa pengkhianatan oleh rakan-rakan atau org lain terhadap kamu.

Selepas saja mimpi tentang coklat pahit dengan pembungkus yang bagus ini, kamu perlu berhati-hati menerima perubahan dalam kehidupan dan berhenti mempercayai orang di sekeliling. Bukan semua, tp orang yg kurang baik.

6. Coklat Cair

Jika kamu bermimpi coklat cair, ia adalah satu tanda kejayaan yang berjaya menyelesaikan semua cabaran yg meragukan dan bermasalah. Kamu juga boleh menerima bantuan yg tidak dijangka.

7. White Chocolate

Sesetengah orang amat sukakan coklat putih. Jika kamu terlihat atau makan coklat putih dalam mimpi, ini bermakna kamu seorang yg agak takut untuk meyakini bahawa diri kamu mempunyai semua yang anda berhak (keistimewaaan) dalam hidup. Kamu kadang² merasakan diri kamu KURANG, tanpa menyedari kamu sebenarnya mempunyai lebih banyak kelebihan lagi. Ini bermakna kamu seorang yg merendah diri. TERLALU merendah diri dan TIDAK YAKIN.

Cuba fikirkan, adakah kamu ingin melakukan sesuatu perkara dgn lebih baik? Benar-benar mahukan lebih banyak keistimewaan dlm kehidupan? Jika ya, sudah tiba masanya untuk berubah!

Teruskan usaha, jgn takut dan malu serta merasa rendah diri. Apa yg kamu lakukan sekarang adalah apa yg ingin kamu capai di masa depan!

8. Tidak Dapat Mencapai Coklat

Jika kamu tidak dpt mencapai coklat, sebagai contoh, kamu tertarik pd satu coklat di atas rak. Kemudian ingin mencapainya, sama ada rak itu terlalu tinggi atau kamu yg pendek 😂😂 , sehingga tidak dpt mencapai coklat itu, maka ia adalah tanda kegembiraan bercampur dengan kesulitan.

Mungkin kamu berasa gembira dlm kesusahan. Seperti kata² hidup, orang yg paling banyak gembira adalah orang yg paling banyak bersedih dalam diam.

Ya, kamu perlu berusaha sehabis baik untuk menggembirakan orang tapi kamu juga menanggung derita di dlm hati.

Teruskan semangat kamu, ok? ;)
Abaikan apa yg org nk kata, hidup kita , hidup kitalah.. orang nk kata apa lantak dia. Yup , memang .

Tapi, jgn terlalu lurus ikutkan hati. Bawa juga otak ketika membawa hati. Kadang² kita perlu terima pendapat org lain juga, sbb kita bukan Tuhan yg boleh berdiri dgn tegak dan lurus sepanjang hayat ;)

^ apabila author berkata² acewahh 😂

Oklah. Sampai sini dulu . Byeee !

﹏ ﹏ ﹏

Pernah bertemu coklat dlm mimpi?
Kongsikan kisah mimpi kamu skrg ! ^^

And kalau nk cadangkan author buat chap untuk mimpi² yg korang nk tahu, boleh komen atau pm terus.
TQ.

Don't Sleep + PSYCHOLOGYWhere stories live. Discover now