09 - Insomnia
﹏ ﹏ ﹏
Tajuk malam ni bukan lah tentang mimpi atau mainan tidur, tapi ianya merupakan satu penyakit tidur yg dialami oleh hampir semua manusia di dunia, iaitu INSOMNIA .
Insomnia merujuk kepada penyakit ketidakupayaan untuk tidur, kecenderungan untuk bangun terlalu awal atau mengalami tidur yang kurang baik.
Insomnia terbahagi kpd 3 jenis iaitu ;
*Initial Insomnia
Masalah untuk tidur*Middle Insomnia
Masalah ketika tidur*Terminal Insomnia
Masalah terbangun ketika tidur ataupun bangun TERLALU awalHampir semua orang akan melalui serangan ini kira² setahun sekali. Cuma yg pasti, hanya orang yang telah melekat dgn penyakit ini sahaja yang akan mengalaminya SETIAP MALAM.
Jika kamu mengambil 1jam lebih untuk tidur dlm SETIAP MALAM, maka secara rasmi, kamu adalah seorang penyakit Insomnia.
Selepas kajian, kira-kira 50 hingga 70 juta rakyat Amerika mempunyai penyakit ini.
Cara yg baik untuk mengendalikan Insomnia adalah dgn melakukan sesuatu supaya dpt menghapuskan kebimbangan dlm tidur.Bagi pesakit Insomnia, gejala-gejala ini wajib hadir sekurang -kurangnya 3 malam dlm seminggu. Tapi lebih merbahaya jika ianya datang pada setiap malam.
Kesan dari penyakit ini boleh menyebabkan rasa mengantuk siang hari, perasaan yang lemah, mudah marah, dan susah untuk mengawal badan supaya segar dan yg paling bahaya boleh mengakibatkan KEMURUNGAN.
* Antara Ubat Untuk Pesakit INSOMNIA Yang Digunakan Di Hospital Mental
Benzodiazepines adalah sejenis ubat yang bersifat sedatif yg mana akan memberi ketenangan kepada pesakit. Sehubungan dgn itu, pesakit memerlukan dos yang tinggi untuk mendapatkan kesan sedatif yg sama dan seterusnya membawa kepada keadaan ketagihan.
Benzodiazepines boleh digunakan sebagai pengubatan jangka masa pendek untuk penyakit Insomnia dan merupakan ubat terkawal.
Untuk pesakit yg mempunyai sejarah dalam penyalah gunaan Benzodiazepines, terdapat juga ubatan lain yang boleh digunakan untuk merawat pesakit Insomnia .
_
Tahukah kamu,
Bagaimana seorang Insomnia itu tidur?
Pesakit Insomnia tidur dgn cara memerhati pada satu titik dalam biliknya selama lebih 1jam,
Atau juga berjam-jam,
Dan dengan perlahan² dia akan tidur.
Dengar macam mudah, kan ?
Tapi tidak untuk seorang pesakit Insomnia.
Mereka mengalami kesulitan yg terlampau untuk tidur sehingga pada satu ketika, dia mengambil langkah untuk tidak tidur langsung!
Dan dari situlah terjadinya emosi dan perasaan yg terlampau sehingga dia boleh terbayang benda² yg TIDAK WUJUD.
Kesannya teramatlah berat.
Ya, seperti yg selalu kita lihat di TV, atau pada sesiapa yg pernah melihat sendiri bagaimana cara seorang pesakit mental di hospital itu tidur,
Kesakitan dan kesulitan untuk seseorang pesakit itu tidur adalah amat² kuat.
Jika di TV, itu hanyalah lakonan.
Hanyalah pelakon yg melakonkan watak seorang pesakit Insomnia.Jika kamu melawat di hospital mental pula, yang dilihat hanyalah pemandangan seorang pesakit yg sedang cuba untuk tidur.
Tetapi,
Cuba bayangkan,
Jika kita sendiri yg mengalaminya,
Penyakit itu bersarang dlm diri kita,
Menolak perasaan² positif,
Dan hanya membayangkan perkara² negatif,
Kesakitannya,
Tidak terucap.
﹏ ﹏ ﹏
Chap yg ni lmbt publish sbb Author kena cri bbrape rujukan dan agak susah nk dpt info.
<( ̄︶ ̄)>
Kongsikan pengalaman kamu bersama Author. Jika ada persoalan, tanya di ruangan komen atau pm.
Tq.
YOU ARE READING
Don't Sleep + PSYCHOLOGY
ParanormalDi mana mimpi-mimpi aneh itu berlaku. "Yang nyata itu bukan mimpi, tapi mimpi itu mungkin adalah yang nyata." "Berhati-hati sebelum menutup mata kau, ada yang menunggu di balik setiap kegelapan." --- "The dream is the reflection of the waves of the...