08 - Mimpi Sesama Manusia
﹏ ﹏ ﹏
Ada yg bertanya author, macam mna pula kalau kita bermimpi orang yg tidak dikenali? Apa maksudnya? Apa tandanya?
So malam ni author kongsikan beberapa² info yg berkaitan.
Baca dan fahami.And tolong vomment skali la deyyy . Kbye .
﹏ ﹏ ﹏
Adakalanya kita sering bermimpi yang kita berada dalam keadaan sesak yg dipenuhi dgn ramai orang. Baiklah, mimpi sebegini boleh dihuraikan kepada mimpi berjumpa atau melihat MANUSIA.Manusia yg mana terdiri kepada 4 golongan iaitu orang tua , kanak² , orang yang dikenali dan juga orang yang tidak dikenali. Diharap penerangan di bawah ini boleh dijadikan panduan dan info.
*(kepercayaan terletak pd kau, sama ada nk prcaya ataupun tak)
1. Mimpi Melihat / Berjumpa Orang Yg Dikenali
Bermimpi melihat orang yang dikenali menunjukkan kamu akan mendapat sesuatu daripadanya, atau dari orang yang mirip dengannya, atau orang yang sama nama dengannya.
Maksud bermimpi menerima barang² berharga daripada oramg itu pula bererti kamu mendapat sesuatu yang dicita-citakannya.
2. Melihat / Berjumpa Orang Tua
Melihat orang tua atau yang berumur 35 tahun ke atas di dalam mimpi menunjukkan terbatasnya umur kamu.
Tetapi sesiapa yg melihat seolah-olah dia mengikuti orang tua itu, bererti dia mengikut kebaikan.
Manakala, jika kamu melihat orang tua Turki, itu bererti kamu akan mendapat kawan yg baik.
3. Melihat / Berjumpa Pemuda Atau Orang Yang Tidak Dikenali
Mimpi bertemu pemuda adalah musuh.
Jika kamu bermimpi melihat pemuda berkulit putih, bermakna 'dia' merupakan musuh kamu yang tersembunyi.
Manakala, pemuda berkulit hitam pula adalah musuh yg kaya.
Dan pemuda berkulit kemerah-merahan itu pula, merupakan musuh yang tua.
Jika kamu diikuti oleh mana² pemuda terebut, bererti kamu akan berjumpa dgn musuh.
Jika kamu bertembung dgn orang tua yg berubah menjadi anak muda, maka bermacam-macam yg akan datang dlm mimpi kamu.
Ada yang mengatakan dia akan mendapat kesenangan.
Ada yg mengatakan dia akan mendapat kesusahan, sama ada masalah dunia atau apa saja,
DAN !
Ada yang mengatakan dia akan mati !
4. Melihat / Berjumpa Kanak-kanak
Mimpi kanak-kanak ialah sesuatu yg menakjubkan dan mungkin juga seronok. Jika kamu melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti kamu akan mentadbir kerajaan.
Melihat kanak-kanak perempuan dalam tidur bererti mendapat keringanan dan kemudahan setelah menghadapi kesusahan.
Sesiapa yang bermimpi kanak² lelaki yang sudah akil baligh, bererti itu merupakan kemegahan dan kekuatan baginya. Jika kamu bermimpi bertemu dgn anak lelaki yang sudah dewasa, bererti satu kebaikan yang akan datang kepada kamu. ^ Ada juga yg mengatakan bahawa lelaki dewasa itu adalah jodoh kamu.
Ehh ehh ㄟ(్ఠ ˓̭ ఠ్)ノ
YOU ARE READING
Don't Sleep + PSYCHOLOGY
ParanormalDi mana mimpi-mimpi aneh itu berlaku. "Yang nyata itu bukan mimpi, tapi mimpi itu mungkin adalah yang nyata." "Berhati-hati sebelum menutup mata kau, ada yang menunggu di balik setiap kegelapan." --- "The dream is the reflection of the waves of the...