12 - Nightmare
﹏ ﹏ ﹏
Kamu! Ya, kamu.
Sudah pasti kamu pernah mengalami NIGHTMARE yang begitu menakutkan, bukan?
Mimpi dikejar hantu tanpa kepala, ditarik bawah katil, disergah zombie, dan melihat betapa jijiknya wajah 'benda' itu. Semua itu sudah sebati dalam lena kamu, ya?
Tahukah kamu, sekitar 39% manusia mengalami mimpi buruk atau mimpi ngeri dalam setiap malam. Dan semalam, adakah di antara 39% itu ialah kamu?
Semua orang beranggapan bahawa mimpi ngeri adalah petanda yang buruk. Dan semua orang jika boleh, mereka tidak ingin mengalaminya walau dalam satu malam, bukan?
Namun, sebenarnya ada segelintir manusia yang suka pada Nightmare. Orang sebegini akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan mimpi ngeri sendiri. Mereka seolah-olah suka akan benda-benda menakutkan, namun mengujakan.
Mengikut rekod Google, dalam satu bulan, kira-kira 600 orang dari seluruh pelosok dunia mencari cara untuk mendapatkan mimpi ngeri di Google.
Adakah kamu juga berminat?
Di sini, author nyatakan beberapa langkah untuk mendapatkan nightmare, dan pastinya, KAMU HARUS MENCUBANYA!
_____
1- Mengubah Posisi Tidur
Posisi tidur kamu sebenarnya mempengaruhi mimpi kamu. Berdasarkan kajian, manusia yang tidur menghadap ke kiri lebih cenderung untuk mendapatkan mimpi ngeri. Dan manusia yang tidur dengan mukanya menekup ke bantal, selimut atau katil cenderung untuk bermimpi dikurung, disentuh, tidak dapat bernafas, dan tidak dapat bergerak.
2- Takutkan Diri Sendiri Sebelum Tidur
Sudah pasti kamu tahu caranya, kan?
Mimpi ngeri akan terjadi bila otak kamu berasa takut dan lemah. Maka, cuba tonton filem seram sebanyak yang boleh, dan minda kamu akan mula memutarkan perasaan takut dalam diri kamu.Atau kamu juga boleh menonton video ngeri di YouTube seperti video kemalangan dahsyat, kematian bunuh diri dan sebagainya.
3- Makan Makanan Pedas
Makan sebelum tidur bukan sahaja membuatkan kamu kenyang, namun ia juga sebenarnya mempengaruhi minda dan mimpi kamu.
Makanan pedas akan menaikkan suhu badan, denyutan kepala dan rasa kurang enak. Maka, otak kamu akan memberi gambaran yang tidak sepatutnya seperti mimpi ngeri di malam hari.
4- Minum Alkohol
Alkohol boleh membuatkan kamu khayal dan otak kamu akan kurang berfungsi. Bahan dalam alkohol sebenarnya mengurangkan 'Sleep REM' dan mimpi sementara waktu. Ya, SEKEJAP sahaja.
Dan selepas itu, kamu mula membayangkan perkara-perkara pelik yang mengakibatkan mimpi ngeri berlaku.
5- Vitamin B6
Vitamin B6 sebenarnya boleh memperkuat ingatan mimpi.
Ya, kamu akan dapat mengingati suatu mimpi itu dalam masa yang lama.Tetapi, bersedialah.
Kerana mimpi yang akan kamu ingat, hanyalah mimpi ngeri yang seterusnya boleh mengganggu kehidupan kamu sendiri sehingga menyebabkan dunia kamu kucar-kacir.
﹏ ﹏ ﹏
Selamat malam.
Dan selamat lena.
Jika kamu ada permintaan agar author masukkan tentang apa-apa yang ingin kamu tahu, hantarkan mesej atau tinggalkannya di ruang komen.
YOU ARE READING
Don't Sleep + PSYCHOLOGY
FantastiqueDi mana mimpi-mimpi aneh itu berlaku. "Yang nyata itu bukan mimpi, tapi mimpi itu mungkin adalah yang nyata." "Berhati-hati sebelum menutup mata kau, ada yang menunggu di balik setiap kegelapan." --- "The dream is the reflection of the waves of the...