• Daydream •

274 44 3
                                    

11 - DAYDREAM

﹏ ﹏ ﹏

Hello, dan selamat malam kepada para pembaca. Sudah lama author tidak masukkan content baru di sini ya, maaf. 😓😂

Malam ini kita akan membahas tentang Daydream.

Apa itu Daydream?

﹏ ﹏ ﹏

Daydream ialah salah satu bentuk imaginasi. Ketika di dalam Daydream, seseorang itu akan membentuk imej imaginasi dalam mentalnya tentang kejadian yang pernah dialami, atau yang tidak pernah langsung dialami.

Kamu, yang mengalami Daydream ini dipanggil sebagai 'Daydreamer'.

Sesetengah pakar psikologi menggunakan TUIT (Task-Unrelated Images & Thoughts) untuk menerangkan jenis² Daydream.

Hampir semua orang mengelamun dan berimaginasi. Pakar psikologi menganggarkan satu pertiga (⅓) daripada pemikiran kamu (setiap hari) sebenarnya adalah Daydream. Biasanya, kamu akan mengalami Daydream ini selama 90 minit dalam satu hari, terutamanya selepas pukul 12.00 tengah hari.

Daydreaming pertama berlaku untuk seorang manusia adalah sebelum mereka berusia tiga tahun.
Namun, kanak-kanak yg mengalami daydream negatif, menakutkan, atau berbentuk bencana mungkin akan mempengaruhi mentalnya ketika dewasa.

Apabila kamu mula keliru/confuse antara imej² imaginasi dengan imej kenyataan, hal ini disebut sebagai halusinasi. Daydreaming secara amnya tidak berbahaya, melainkan ia mengganggu aktiviti harian.

Antara Daydream yg berbahaya adalah seperti seorang pemandu yang kemalangan apabila fokusnya hilang ataupun seseorang yg terus menerus mencederakan dirinya sendiri secara tidak sedar.

Pada tahun 1960-an, terdapat sebuah buku panduan yg ditulis sebagai strategi untuk menghalang halusinasi daripada berterusan berlaku, kerana halusinasi semakin kerap mendatangkan risiko pada mental manusia pada tahun itu. Terutamanya apabila seseorang itu mengambil dadah dan pil.

Untuk sedikit info, Daydream atau halusinasi ialah satu perkara yg biasa dilakukan oleh seorang atlet, penulis, pemuzik, penghibur, dan mungkin juga seorang pembunuh untuk membentuk penglihatan yg dikenali sebagai visualisasi.

Berhalusinasi akan membentuk gambaran mental agar mereka dapat menyelesaikan tugas mereka supaya hasil yang diinginkan berjaya dicapai.

Contohnya, seorang pembunuh akan berhalusinasi dgn membayangkan bagaimana dia memacakkan sebilah pisau tajam yang berkarat tepat pada belakang tengkuk kamu.

﹏ ﹏ ﹏

Semua orang dan termasuk kamu memang mengalami Daydream pada setiap hari, bukan?

Apa yg wujud di dalam halusinasi kamu?

Sesuatu yg indah menyenangkan atau sesuatu yg buruk dan negatif?

Semuanya berada di mental kamu.

Selamat malam.

Don't Sleep + PSYCHOLOGYWhere stories live. Discover now