• Dreamwalking •

267 31 12
                                    

13 - Dreamwalking

﹏ ﹏ ﹏

Dreamwalking - Entering another person's dream

" The dream is the small hidden door in the deepest and most intimate sanctum of the soul. "

﹏ ﹏ ﹏

Pernahkah kamu mendapat mimpi yang begitu 'strange' ?

Kamu tidak pernah melihat kawasan itu, wajah dia, atau suatu situasi di dalam mimpi kamu?

Ia seolah-olah kamu sedang melihat dunia tetapi dalam pandangan orang lain?

Jika ya, maka kamu mungkin sedang berada di dalam mimpi orang lain. Istilah ini dirujuk sebagai 'Dreamwalking', di mana kamu masuk ke alam mimpi orang lain. Sama ada kamu berada di tempat 'orang tersebut' atau kamu ada bersama-sama 'orang tersebut'.

Dreamwalking ini boleh berlaku secara tiba-tiba (semulajadi) atau kamu boleh lakukannya sendiri.

Kamu boleh memilih untuk belayar ke mimpi orang lain jika kamu berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang mereka, atau ingin berkongsi pengalaman dengan mereka. Mimpi adalah alat yang berguna untuk mengungkap rahsia dan membina hubungan dengan manusia lain.

Walau bagaimanapun, sebelum kamu memutuskan untuk masuk ke Dreamwalking, sebaiknya kamu perlu mengenal pasti diri dan sifat seseorang tersebut.

Selepas kamu mengenali sifat seseorang itu, barulah boleh cuba 'Dreamwalking' ini dalam mimpinya!

Di sini, author nyatakan 5 cara mudah untuk kamu lakukan Dreamwalking.

__________

• Sebelum tidur, dalam keadaan mamai atau separuh sedar kamu perlu :

1- Tentukan tujuan

Tentukan tujuan kamu mengapa kamu ingin melakukan Dreamwalking terhadap seseorang itu. Adakah hanya untuk berseronok? Atau adakah kamu ingin melanggar privasi dirinya? Terpulang kepada kamu.

2- Pilih target

— Pilih seorang target untuk dijadikan bahan Dreamwalking. Bila kamu pilih orang tersebut, kamu tidak dibenarkan menukar orang lain. Hati-hati, sebab kemungkinan kamu boleh masuk ke dalam 2 alam mimpi sekaligus jika orang target ditukar. Dan ia boleh membawa risiko pada alam bawah sedar kamu.

3- Tetapkan minda target

— Aha! Macam yang author cakapkan tadi, kamu perlu pilih salah seorang sebagai target. Kemudian, cuba beri perhatian pada wajah dia secara detail.  Letakkan diri kamu dalam pandangan dia, dan ketepikan pandangan sebenar kamu. Cuba bayangkan apa yang dia fikir. Bayangkan macam mana tenaga dalam diri dia. Bayangkan apa tindakan dia jika sesuatu berlaku.

4- Lena dalam sedar

Cuba untuk tidur, tapi jangan lepaskan minda dia. Biarkan diri kita masuk ke dalam mimpi tanpa lupakan dia. Ulang dalam otak, "I am about to enter his/her dream" .

5- Lakukan 'Lucid Dream'

Lucid Dream dapat membantu kita untuk tetap sedar dalam alam mimpi. Lucid Dream berhubung kait dengan Dreamwalking di mana kamu boleh tetap sedar ketika berada di alam mimpi orang lain.

__________

*Author pernah tulis cara untuk alami Lucid Dream di part pertama. Sila rujuk di sana ya.

___________

Jika Dreamwalking kamu berjaya, kamu akan dapat masuk ke mimpi orang tersebut sebagai 'diri dia' atau sebagai 'diri kamu sendiri' yang sedang bersama dengan orang tersebut. Dreamwalking dikatakan dapat membina 'relation' yang lebih dekat antara kamu dengan orang tersebut.

Selamat mencuba.

﹏ ﹏ ﹏

Don't Sleep + PSYCHOLOGYWhere stories live. Discover now