"Good morning sleepy prince.Aku ingat kau dah mati ke apa dalam bilik tu," Tegur Ummar kepada aku sebaik sahaja aku melangkah keluar dari bilik.
Jam tangan menunjukkan pukul 9.26 malam.Aku yang masih dalam keadaan mamai hanya mengabaikan sapaan Ummar dan mengeluarkan sebatang rokok Winston Merah daripada kotak.
"Lighter?" soal aku selepas tersedar aku tidak membawa lighter keluar dari bilik.Ummar menghulurkan lighter dan sambung berbaring menonton Running Man episode 118.
"Lapar doh.Kau dah makan?" Sambil ketis abu rokok ke dalam tin pringles yang telah selamat dijadikan ashtray.
"Belum lagi.Tunggu kau bangun la sial Ingat mati dah.Aku dah nak call van mayat dah tadi.
"Haha.Siot.Tak reti kejut aku ke?"Ummar buat muka skpetik. "Kau tu kalau dah tido bukan bole kacau.Sia-sia kena tikam karang."
Aku ketawa kecil.Aku jenis yang susah tidur,jadi aku tak berape gemar bila tidur aku dikacau.Lagi-lagi disebabkan perkara remeh.Namun tidaklah sampai bertikam.Biasalah,kalau bersembang,hiperbola yang digunakan memang melampau.Silap-silap langit pun boleh runtuh.Literally.
"Tunggulah kejap.Aku nak basuh muka.Kau bersiap lah dulu," kata aku.
Aku kembali ke bilik untuk mengambil dompet,henfon,rokok dan lighter.Ummar menunggu di depan pintu rumah,bersedia untuk menutup kipas dan lampu ruang tamu.
"Cepat la woi!Nak makan pun make-up lama ke?" Ummar senyum sinis memandang aku yang terkial-kial menggayakan rambut.Sabar la sial.●———————————————●
Sampai di gerai mamak berhampiran,Ummar mengangkat tangan sambil memetik jari bagi memanggil orang yang mengambil pesanan.Penjaga kaunter di gerai mamak itu mengangkat tangan sebagai signal 'tunggu sekejap'.
"So apa plan weekend ni?"soal aku.
"Entah.Aku takde apa-apa plan pun," jawab Ummar.
"Takkanlah nak duduk rumah termenung macam beruk.Pisang la"
Aku pun tak tahu apa yang menyebabkan 'pisang' menggantikan perkataan 'bosan',tapi bila ramai yang guna aku pun terikut-ikut.Mungkin inilah yang dikatakan bangsa sendiri perosak bahasa.
Ketika khusyuk menghembuskan asap rokok yang sekaligus menyumbang kepada pemanasan global dan penghakisan lapisan ozon,mamak yang mengambil order sampai ke meja.
Selepas memesan menu,aku capai henfon Asus aku, dan login ke whatsapp..Biasanya hari Jumaat malam macam ini,timeline mesti meriah.Aku scroll timeline dan perasan kawan-kawan sekolah aku dahulu sibuk ber-mention satu sama lain.Syimir:Wei guys,aku jumpa port baik punyalah.
Ariana:Yeke?Dekat mana?
Syimir:Seremban.Tempat tu dulu shopping mall.Tapi sebab ada kes apa entah.Dia ditutup.
Najatul:Kes Bunuh la 😑
Syimir:Ha!Kes bunuh.Baru aku ingat.Sorry 😅
Dayang:Wow.Kau dah check tempat tu ke?
YOU ARE READING
Kacau
HorrorCerita ini mengisahkan tentang 7 kawan baik yg bermain ouija board iaitu permainan yg memanggil hantu..Mereka memanggil hantu² itu tetapi tidak meminta izin untuk pergi..Dan salah satu syarat bermain ouija board adalah sentiasa berkata goodbye...Ada...