3(Fakhrull)

152 9 15
                                    

  Aku kat mana ni?Kenape semuanya gelap gelita?Eh,Budak mana ni?Tunggu sekejap.Ini bukan budak yang aku ternampak dekat shopping mall tu ke?Ha?Apa yang budak ni tunjuk ni?Tasik?Kenape jari kelingking aku rasa sejuk?Eh?Mana budak tadi pergi?Eh..Jangan-jangan..Aku pandang ke sebelah kanan aku di mana jari kelingking aku berasa sejuk,budak itu sedang memegang jari kelingking aku.
  "Fakhrull,Fakhrull.Wei pundek bangun la.Nak masuk kul 8 dah la bongok." Aku membuka mata dengan perlahan,aku ternampak Ummar sedang memakai bajunya.."Bangun la anak syeiton.Dah 7:30 a.m la." "Ha.Ok-ok." Aku membalas Ummar.
  Aku mengambil tuala aku dan pergi ke bilik air.Aku hendak mengambil Ubat gigi dan tiba-tiba aku ternampak jari kelingking aku bertanda seperti lebam.Tapi lebam tu berbentuk seperti ada seorang budak kecil memegang jari kelingking aku.Eh,takkanlah mimpi tadi jadi "Cepatlah pundek!" Ummar menjerit dari luar.Aku tersentap."Sabar la!" Balas aku..
  
8.13 a.m

  Aku masuk ke pejabat duduk di tempat kerja aku.Apabila aku sedang melakukan kerja,datanglah Farah,penjaga kaunter."Encik Fakhrull,boss nak jumpa." "Sekarang ke?" Tanya aku."Yes." Balas Farah.Simple
  Aku ketuk pintu boss aku.Selepas dia memberi kebenaran untuk masuk,aku pun masuk ke dalam bilik tu."Boss nak jumpa saya ke?" Tanya aku."Ya..Saya nak bincangkan pasal sesuatu." Kata boss aku sambil membuka cermin matanya.
  "Semua AJK telah bersetuju untuk menaikkan pangkat awak.Disebabkan itu,saya nak beritahu yang awak kena pergi kursus ke Johor selama seminggu.Tahniah Encik Fakhrullah" kata boss aku.Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan aku.Wuuuuuu..Bangganya.

6:56 P.m
 
  Aku membuka pintu grill rumah sewa tu dan terus masuk.Tak memberi salam.Aku tengok Ummar sedang menggunakan Laptopnya.Aku lalu di belakangnya dan mengambil nasi dan juga lauk untuk makan.Aku duduk di kerusi belakangnya dan bertanya "Wei,kau tengok cerita apa tu?" Buat apa aku bertanya sedangkan aku boleh melihat."Ouh.Cerita Blade Trinity.Aku dah tengok dah cerita ni."
  Kata aku kepadannya.Tetapi dia hanya mendiamkan diri.Apahal dia ni?Dah bisu ke ape?"Tapi kan,aku rasa dia patut buat cerita blade lagi satu la sebab aku rasa.." "Assalammualaikum" seseorang memberi salam di muka pintu..Iaitu...Ummar."Kau cakap dengan siapa Fakhrull?" Tanya Ummar.Aku terdiam..Kalau tu Ummar,habistu tadi tu siapa?Aku memandang ke tempat di mana 'Ummar' sedang menonton Blade The Trinity tadi,kosong.Biar betul.Aku meletakkan pinggan aku ke singki dan terus masuk ke bilik.
 
●————————————————●

  8:58 P.m

Bau Milo la..Hmm.Sedapnya.Mamat ni buat milo ke? "Ummar~!,Ouh Ummar~!" Jerit aku "Ape bende Bakhrull!?" "Tolong buatkan untuk aku satu cawan" jerit aku sekali lagi.
"Buat la sendiri" balas Ummar "Alaaaa...Boleh la Ummar~" kata aku,"Yela-yela..Kunyit" kata Ummar.
  Aku hanya tersenyum sedikit.Aku membuka berita TV3."Berita terkini,Seorang remaja perempuan yang bernama Najatul Fatihah Binti Bujang telah dijumpai mati di rumahnya.Suspek dipercayai menggantung diri menggunakan dawai secara terbalik dan dipercayai mati perlahan-lahan.Perut mangsa juga terkoyak di tengah-tengah menyebabkan usus-ususnya terkeluar"
  Eh.Nama tu.Najatul?Ummar datang kepada aku membawa dua cawan Milo."Ummar,fone kau ada kredit tak?" Tanya aku."Ada.Asal?" "Nak guna jap." Aku terus mengambil fone dia dan call Dayang.Apabila Dayang mengangkat telefon,suaranya seperti baru lepas menangis.
  "Nur?Ni kasim.Nur dah tengok.." "Dah..Najatul..Dia dah...Sorry Kasim..Nur tak boleh" Dia terus meletakkan talian.Aku hanya terdiam..
  "Asal weh?" Ummar bertanya kepada aku."Najatul..Dia..Dia dah..Meninggal." kata aku.."Innalillah wa innalillah ni war jiun." Balas Ummar..Takkan la..Takkan semua ni terjadi...

●————————————————●

Kacau Where stories live. Discover now