14/10/2028
1:38 a.m
Seremban,Pandan Shopping Mall
"Ok.Semua dah ada dekat sini eh." Tanya syimir. "Dah la.Kau ni,dah rabun buta lagi.Dah tau semua ada pergi tanye lagi.Haih" aku membalas dengan kasarnya.
"Eh jap,mana Fakhrull?" Tanya Adlan.Secara tiba-tiba,semua memandang Dayang. "Asal korang pandang aku?" "Ye la.Dia kan naik satu kereta dengan kau tadi.Dia kat mana?" Tanya Najatul.
Dia hanya tersenyum.Aik?Kenapa dengan dia ni?Buang tabiat ke ape? "Setan!!!" Dia menyergah aku dari belakang "Ouh setan,setan mak kau setan!" Aku melatah. "Ish kau ni.Buat aku terkejut aje.Syeiton betul la kau ni" dia hanya tergelak sekali dengan Dayang.Ada juga yang lain melatah juga.
"Haha.Sorry la bro.Gurau-guraukan."
Kata Fakhrull kepada aku."Hmm..Yela" balas aku.
"Ok.Mentang-mentang semua dah ada dekat sini,jomlah masuk."Aku mengangguk dan terus bergerak.Ye.Kami berada di tempat yang di tetapkan oleh Syimir untuk ber 'ghosthunting'.
Tempatnya gelap dan sunyi.Tambahan,Shopping Mall yang bertingkat 2 ini berada di tengah-tengah hutan pulak tu.Hairan betul la aku dengan orang zaman sekarang.Bina Shopping Mall di tengah-tengah hutan.
Aku yang berjalan bergerak masuk ke dalam dahulu.Biasalah.Tambahan,aku memang biasa jalan dahulu sebab aku ada deria ke-6.Ya.Aku dapat melihat perkara-perkara ghaib.
Sebelah kanan aku pula Fakhrull,manakala di belah kiri adalah Syimir.Belakang Fakhrull diiringi Dayang,seterusnya Ariana dan Najatul.Belakang Syimir pula berada Adlan.
Zurrfff!!!Seperti ada benda lain yang terbang melintasi kami dari atas. "Arrr!!!" Jerit Najatul.Najatul memang jenis yang lemah semangat.Perempuan-perempuan yang lain hanya terkejut dan menjerit dengan perlahan."Guys,relaks.Is everybody alright?" Tanya aku.
Yang lain hanya mengangguk.Aku teruskan perjalanan."Syimir,nak pergi mana ni?" Syimir terus menjawab dengan laju "Ok.Ikut aku."
Kami terus mengikut langkah-langkah Syimir.Apabila aku tengah berjalan,secara tiba-tiba,lampu suluh aku berkelip-kelip.Apabila lampu itu berkelip,aku secara tidak sengaja tertunjukkan di satu sudut.
Dan di sudut itu,aku ternampak seorang budak kecil.Lelaki.Mulutnya berjahit dengan dawai.Mukanya berlumuran darah.Sesetengah badannya berjahit juga.Aku cuma dapat melihat perkara tersebut dalam 3 ke 4 saat.
Aku lantas bertanya Fakhrull. "Wei.Kau nampak tak tadi?" Dia lantas menjawab "Nampak la gila.Takpe.Biarkan sahaja"
Ariana terus bertanya "Asal weh?"Aku hanya memandang Fakhrull dan mukanya seperti berkata tak payah beritahu.Aku berkata "Takde apa.Torchlight ni buat problem sikit"..Ari tahu yang aku nampak sesuatu.Dan dia hanya berdiam diri.
Farah berkata pula "Dah jom la.".Aku hanya mengangguk dan terus mengikut syimir ke tingkat 2.
"Dah.Nak buat apa kat sini?" Tanya Adlan seperti marah."Ok.Now duduk dalam bulatan." Arah Syimir.Sekarang kami berada dalam bulatan.
Syimir kemudian mengeluarkan sebuah papan.Kejap.Aku macam kenal papan ni.Ini...Takkan lah..Ini kan...Papan...Ouija.."Ha..Ini nama dia papan Ouija." "Papan ni yang seru syeiton tu bagai kan?" Tanya Najatul."Haah." Jawab Syimir.Ringkas.
"Kau biar betul Syimir..Kau taukan semua benda-benda ni syirik.Berdosa besar." Kata Fakhrull "Alah..Biar lah.Sekali aje.Bak kata orang. You only live once.Jadi kena la try bende ni." "Kepala hotak kau!Bende ni semua berdosa!Kau tau tak?!" Tambah Dayang.
"Kalau kau tak nak buat,pergilah." Kata Syimir."Fine.Aku nak balik." Kata Ariana."Ha..Pergilah.".Ariana terus bergerak pergi..Alamak..Macam mana ni.Teruk la..Tiba-tiba,Ari datang kembali kepada kami dan berkata"Hmm.Aku joinlah."
"Ok,semua letak jari dekat duit syilling ni."Aku pun meletakkan jari aku.."Ingat tau.Lepas kita main ni,jangan lepaskan jari tak kira apa pun yang berlaku."..Permainan pun....
BERMULA.●-----------------●
"Kami menyeru roh-roh yang ada di sini,wahai roh-roh yang ada,kami undang engkau ke dalam lingkaran kami,Datanglah engkau,DATANGLAH ENGKAU!!!!".
Buat seketika,segalanya sunyi sepi.Secara tiba-tiba,angin bertiup dengan kencang.Semua orang yang berada di situ terkejut.Walau bagaimanapun,mereka tetap tidak melepaskan duit syilling itu.Selepas beberapa minit angin bertiup kencang, Syimir berkata "Wahai roh kudus,adakah kau ada bersama kami?"
Secara tiba-tiba,duit syilling itu bergerak ke perkataan 'yes'...Semua yang berada di situ berasa terkejut.Tiba-tiba Adlan beranikan diri dan bertanya "Apa nama kau?"..Duit syilling itu bergerak secara perlahan-lahan..K-A-C-A-U..Kacau..
Kemudian aku pulak berkata "Dekat group kitaorang,siapa yang paling hensem di kalangan lelaki?" Aku saja bergurau dengan dia.
F-A-K-H-R-U-L-L-A-H."Ha...Kan aku dah cakap aku hensem.Korang tak nak percaya."Ish..Menyesal aku tanya..
"Di kalangan perempuan kat sini,siapa paling cantik?" Tanya Fakhrull..D-A-Y-A-N-G..."Uish..Secocok la..Yang paling hensem ngan yang paling cantik..Wuwuwuwu..Secocok" Kata Syimir.."Eh,mestilah" Kata Fakhrull..Dayang hanya berdiam..Mukanya dah mula merah.."Dah la..Jom la balik."Kata Najatul.Semua mengangguk tanda setuju."Kitaorang nak pergi sekarang..Boleh tak?" Tanya Syimir..
Duit syilling itu dengan laju bergerak ke 'NO'."Syimir.Macam mana ni?" Tanya Adlan..Syimir hanya diam..
Tiba-tiba ada suatu bunyi yang kuat.Bunyi seperti kaca jatuh..Najatul menjerit dan secara tidak sengaja melepaskan jarinya dari duit syilling itu.."NAJATUL!!!!!" Jerit aku."Eh,sorry-sorry." Tiada apa yang berlaku..Keadaan kembali sunyi sepi.
Tiba-tiba Dayang menjerit ketakutan."Nur,kenapa?" Fakhrull bertanya kepada Dayang.Dayang hanya menunjuk ke Najatul.Secara serentak semua memandang Najatul.
Keseluruhan matanya putih."Astagfirullah hal azim" Kata aku..Tiba-tiba lampu torch light yang menghadap ke arah kami terpadam.."Fuck!!"..Selama 3 saat lampu itu terpadam,ia menyala kembali..
"Mana Najatul?!" Adlan tanya dengan nada yang marah..Aku pandang Fakhrull dan dia tunjuk ke atas..Eh..Bukan-bukan....Dia ada kat atas..Seperti yang aku jangka..Dia ada di lampu panjang tu.."FAKHRULL,TOLONG AKU TARIK DIA!!!" Jerit aku kepada Fakhrull.."SYIMIR,ADLAN,BAWAK YANG LAIN KELUAR SEKARANG!!!" Aku menjerit..
"Ummar,Aku kira sampai 3 tarik dia...1,2,3!!!!"..Aku dan Fakhrull menarik Najatul sekuat hati..Najatul pun terjatuh ke bawah.."FAKHRULL,PEGANG TANGAN DIA!!!" Aku mengarah dia..Dia memegang kedua-dua tangan Najatul dan aku memegang kepala nya..Aku mula membaca surah Al-Fatihah dan ayat kursi..Selepas membaca surah-surah itu,Najatul mula lemah..
Aku mula bercakap dengan 'penumpang' dia."Keluar kau dari badan cucu Adam.." "Tak nak!!" "Kenape kau masuk ke dalam badan dia!KENAPE?!" "Sebab dia lemah,kotor..Hahahaha..HAHAHAHAHAHA..Aku suka benda kotor.."
"Aku arahkan kau keluar..KELUAR SEKARANG!!!"..Selepas 3 minit aku berbicara dengan 'penumpang itu,akhirnya,dia keluar..●————————————————●
Apabila aku sampai di luar,aku ternampak Ariana.Yang lain,masih lagi tiada di situ.
"Mana yang lain?" Tanya aku kepada Ariana."Patutnya aku yang tanya kau, kau pergi mana tadi?" Tanya Ariana dengan sedikit nada marah."Kitaorang kan ada dengan engkau tadi." "Ha?!Mana ada,yang aku tahu,torchlight kau berkelip-kelip pastu korang terus hilang." Kata Ariana.
"Tak lawak la Ari.Kau jangan main-main boleh tak?Sekarang ni keadaan tengah serius la." Cakap Fakhrull."Sumpah wei.Sumpah aku cakap."Sebenarnya,aku pun tak nampak Ariana." Kata Najatul dalam keadaan lemah.
Sejurus selepas Ariana berkata begitu,mereka yang lain pun sampai ke kereta kami."Wei,jom lah.Aku takut la" Kata Dayang sejurus selepas keluar dari situ.
"Hmm..Ye la..Jom lah gerak..Najatul naik dengan aku and Dayang." Kata Fakhrull."Kita gerak mamak dulu la.Nak relaks dulu.Boleh tak?" Tanya Adlan."Boleh la kot.Baru kul 2.47 a.m.." kata Syimir.
Apabila kami dalam perjalanan,aku berkata kepada Syimir yang naik sekereta dengan aku dan Adlan,"Wei,Syimir.Jangan tengok side mirror." Kata aku kepada Syimir."Asal?" Dan dia terus tengok pada side mirror kereta.
"Pundek lah kau." Kata Syimir.Aku tergelak sedikit."Jangan cakap aku tak warning tau." Kata aku pada Syimir.Selepas 5 minit perjalanan,kami pun sampai.Najatul nampak segar semula.
Aku memanggil mamak yang berada di situ dan kami terus memesan makanan serta minuman."Wei,aku nak tanya ni.Tadi,apa jadi kat aku?" Tanya Najatul."Uish.Takkan kau tak ingat apa-apa?" Cakap Syimir."Yang aku ingat,kita main 'Ouija Board' tu pastu semua gelap.Pastu sedar-sedar aku dah ada dalam kereta dengan Fakhrull,Dayang and Ariana." Kata Najatul.Aku pun menceritakan segala kejadian yang berlaku tadi.Dan riak di muka Najatul seperti terkejut.
"Wei Syimir,tadi kau nampak apa?" Adlan bertanya."Nampak apa?" Jawab Syimir."Alah,dalam kereta tadi,yang Ummar kata jangan tengok side mirror." Adlan menyatakan lagi."Ouh.Alah aku nampak kain putih dengan tompok-tompok merah dekat kain tu aje.Bukan apa pun" balas Syimir.Cool aje.
"Uish.Nasib baik aku tidor tadi." Balas Adlan.Makanan yang kami order pun dah sampai.Kami makan sambil bersembang.
Selesai makan,kami terus bergerak ke rumah masing-masing.●———————————————●
YOU ARE READING
Kacau
HorrorCerita ini mengisahkan tentang 7 kawan baik yg bermain ouija board iaitu permainan yg memanggil hantu..Mereka memanggil hantu² itu tetapi tidak meminta izin untuk pergi..Dan salah satu syarat bermain ouija board adalah sentiasa berkata goodbye...Ada...