4(Najatul)

161 9 4
                                    

7.38 P.m 
 
  Assalammualaikum...Aku memberi salam..Aku masuk ke dalam rumah sewa aku dengan kaki kanan.
  Aku meletakkan beg aku dan terus masuk ke dalam bilik.Haih,penatnya.Aku mengeluarkan henfon aku dan terus membuka Instagram.
  Issh..Melekitnya badan..Lapar pulak tu.Hmm.Mandi pastu keluar beli makanan lah.Aku mencapai tuala aku dan masuk ke bilik air.
Selesai mandi,aku memakai seluar track dan mensarungkan baju.Aku juga mensarungkan tudung.Sejurus selepas aku selesai memakai tudung,aku terasa seperti sepasang tangan sedang memegang kaki aku.Aku memandang ke bawah dan..
  "Argghh!!" Aku menjerit.Alangkah terkejutnya aku apabila aku melihat setubuh badan yang berbaju putih bertompok merah sedang memegang kakiku dan memandang tepat ke arahku.
  Badan itu hanya ada separuh.Dari aras pinggang hingga ke kaki,ianya tiada.Aku terjatuh.Aku memberanikan diri lalu bertanya "A...Apa kau nak?" Aku tergetar-getar."Aku nak kau..." dia menunding jari ke arah aku "Mati...." dia menjawab.Aku terkejut dan terus berlari ke arah ruang tamu dengan berlari dan melompat merentasinya.
  Dia terus merangkak walaupun separuh daripada badannya tiada.Aku terus berlari ke dapur.Dia terus merangkak dengan laju.Aku mencapai pisau dengan keadaan takut.Tangan aku terketar-ketar.
  Aku menunggu untuk benda itu sampai.Aku tunggu.Dan tunggu.Dan tunggu..Dia..Dia dah hilang ke?Aku tertanya-tanya.Aku berjalan secara perlahan-lahan pergi ke ruang tamu.Benda itu sudah tiada.Aku menghembuskan nafas sebagai tanda lega.
  Aku pusing ke belakang dan secara tiba-tiba bekas Milo dari atas peti ais aku terjatuh.Aku memandang ke atas peti ais itu perlahan-lahan.Benda itu berada di atas peti ais.
  Dia menjerit lalu menerkam aku.

  ●———————————————●

Aku membuka mata perlahan-lahan.Aku berada di atas katil aku sendiri.Kepala aku berdarah.Aku cuba untuk bangun.Kenape aku tak boleh bangun ni?
  Rupa-rupanya badan aku telah diikat dengan dawai secara ketat hingga menyebabkan darah aku keluar secara perlahan-lahan.Aku memandang ke arah kanan dan aku terlihat benda tadi bersama..3 lagi kelibat?
  Salah satu dari kelibat itu hanya ada kepala,satu lagi sedang dalam posisi merangkak dan ada rambut yang panjang.Tangannya juga terdapat lebih kurang 8 termasuk kakinya.Dan lagi satu,benda yang mengejar aku tadi.
  Salah satu dari mereka sedang memegang dawai.Apa yang diaorang nak buat kat aku ni?Aku mula cemas.Ke-tiga² mereka memandang tepat ke arahku.Tiba-tiba makhluk yang berkaki lapan itu merangkak ke arah aku.Dia mencangkung di atas aku dan menunjukkan jarinya di atas perutku.Secara tiba-tiba,kukunya yang tajam keluar menembusi perutku."ARGHHH!!!" Aku menjerit.Dia membelah perutku dengan kukunya yang tajam secara perlahan-lahan.."ARGHHH!!!ARGGHHHHH!!" Pandangan ku mula kabur.Tiba-tiba makhluk yang berbadan separuh itu datang ke arah ku dengan sepasang dawai.Dia menjahit mulutku dengan dawai.
  Pandanganku semakin lama,makin kabur..Hehe..Mungkin inilah pengakhiran aku.Guys,I'm sorry.

  ●———————————————●

Kacau Where stories live. Discover now