1

4.8K 277 29
                                    



DNA lalalalalalalalalala uyeoni aninikka DNA

Ringtone telefon aku berbunyi dengan kuat lalu mengejutkan aku daripada tidur. Sumpah aku akan bunuh orang yang kacau aku tidur waktu ni! Dahlah aku tengah lena tidur ni!

Macam mana aku tak marah? Ada ke pergi call aku pukul 3 pagi?!?! Siapa je yang sedar lagi time tu? K aku cakap bukan tak sedar diri. Aku tau aku pernah tidur lebih dari 3 pagi semata-mata nak layan kdrama tapi still, ramaikan yang dah kebulan time ni? Malah mungkin dah sampai ke marikh pun.

Tanpa berlengah lagi, aku angkat panggilan yang tak henti-henti diminta untuk diangkat.

"Hello?"

Senyap. Tak ada balasan malahan teguran.

"Siapa ni?" Aku tanya lagi.

Senyap. Aku melihat nama si pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbit ini. Mestilah nak tau siapa call dah diam je dari tadi. Ya, aku pun salah dah tak check dulu siapa yang call. Dah, aku mana ada mood nak jawab call pukul 3 pagi aduhh. Aku rasa ni prank semata-mata sebab nombor dia aku tak save dalam contact.

"Siapa ni? Baik cakap sebelum saya letak. " Ugut aku.

Lama aku tunggu tapi masih tiada balasan. Rasa macam nak mencarut tapi disebabkan aku ni seorang yang penyabar orangnya, aku cuba kawal diri aku.

Call ended.

"What the actual cereal? Dah letak?"

Aku lantas mengusutkan rambut aku yang sudah serba kusut ini akibat geram. Nak menjerit karang marah pulak jiran sebelah.

By the way, nama aku Hani. Bukan Hani daripada kumpulan Exid tu. Aku cumalah seketul Park Hani yang hidup serba biasa. Seoul adalah tempat aku tinggal sekarang. Aku masih single dan bekerja di sebuah butik pakaian yang agak terkenal di Korea.

Balik semula pada cerita, aku masih tak berpuas hati. Aku cuba lelapkan mata supaya aku lupa pasal apa yang baru terjadi.

Tapi bila difikirkan balik..

Benda yang sama berlaku pada setiap malam.


Lepas apa yang terjadi semalam, aku terus tak dapat tidur. Aku pergi fikir macam-macam sampai tak boleh nak tidur terus. Bila jam menunjukkan pukul 6 pagi, aku terus bersiap untuk ke tempat kerja. Aku lantas pergi ke dapur lalu menyiapkan sarapan aku.

Makan kokocrunch je. Aku bukannya rajin sangat nak buat pancake bagai. Dah siap makan, aku pun capai handbag kesayangan aku yang berada di atas sofa dan pergi kerja. Aku naik subway jadi kena cepat.

Aku berjalan seperti biasa. Jarak kawasan perumahan aku dengan station subway tak jauh mana pun. Semasa menunggu kedatangan kereta api, aku dapat rasakan seperti ada yang memerhatikan aku daripada belakang. Disebabkan aku takut, masa kereta api sampai, cepat-cepat aku selitkan diri di celah-celah orang ramai masa nak masuk tu.

Sepanjang perjalanan, percayalah aku masih lagi rasa tak selamat. Masih rasa diperhatikan. Aku mula mengeluarkan telefon aku lalu membuka beberapa aplikasi game yang ada untuk melekakan diri.

Setibanya aku di kawasan perhentian, aku pun melangkah keluar dengan harapan bahawa aku akan selamat tiba ke tempat kerja. Jalan dan jalan akhirnya aku tiba di butik.

Nampaknya aku sampai dulu. Well, memang selama ni aku sampai dulu pun.

Sebaik sahaja aku membuka pintu loker, terdapat sejambak bunga ros berwarna merah jambu di dalamnya. Aku mula hairan. Aku mengambil kad kecil berwarna ungu yang terselit di celah bunga lalu membaca isi kad tersebut.

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now