8

2.1K 167 3
                                    


Hani POV

Sejak daripada peristiwa tadi, aku hanya berdiam diri. Kalau Taehyung tanya sepatah, aku jawab sepatah. Aku cuma masih rasa pelik, keliru dan malu. Taehyung juga tidak berputus asa untuk membuat aku bercakap dengannya.

Sekarang aku berada di ruang tamu, sedang bermain dengan anjing ak- maksud aku anjing kami, Bomb. Dia teramatlah aktif. Kadang-kadang, dialah yang menjadi penyebab aku dapat tersenyum semula jika aku tengah bersedih.

Aku menoleh kearah Taehyung buat seketika. Aku perasan yang dia asyik menyentuh bahagian bibirnya dari tadi lagi sambil tersenyum macam kerang busuk.

Well, atleast dia wangi.

"Hani." Panggil Taehyung selepas merenung aku buat seketika. Wait, dia tenung aku ke? Asal aku tak perasan?

"Y-Ya?"

"Kau..." lama juga dia berhenti. Apa yang dia nak cakap kat aku ni? Susah benor nak keluar ayatnya.

"Taehyung?"

"T-tak ada apalah." Kata Taehyung lalu berjalan ke arah dapur. Aku perhatikan dia dari sofa. Dia nampak seperti gelisah. Dia juga masih tak berhenti-henti menyentuh bibirnya. Aku berjalan ke arahnya dengan penuh tanda tanya.

"Taehyung, ok ke tak ni?"

Dia menoleh kearah aku dengan mata terbeliak. Ingat aku hantu ke? Dia merenung ke dalam mata aku buat seketika sehinggalah matanya betul-betul berada di bibirku. Secara tiba-tiba, dia mencium bibir aku dengan agresif.

Sekarang aku menyesal sebab tegur dia.

Dia menggigit bahagian bawah bibir aku, membuatkan aku membuka mulut dan membuatkan aku mengerang. Dia dengan pantas memasukkan lidahnya ke dalam mulutku. Lidahnya menerokai seluruh bahagian mulutku. Terkejut aku dibuatnya.

Dia baru je cium aku tak cukup lagi ke?

Aku cuba menolak badannya dengan sepenuh tenagaku namun tidak berjaya. Nampaknya hanya ada satu cara...

Baru sahaja aku ingin menendang taehyung junior (ehem, fahamlah ye) , dia telah pun berhenti mencium aku.

"Jangan buat aku macam tu." Kata Taehyung dengan muka serius.

Ceh, ingatkan kau tak kesah lepas buat aku macam tu tadi..

"Awak tu yang sepatutnya jangan buat saya macam tu! Tahu tak betapa terkejutnya saya bila-"

Taehyung memotong ayatku dengan memberikan aku sebuah ciuman pendek.

"YAH! Awak n-"

Dia memberikan aku ciuman pendeknya lagi.

"Janganlah! Kalau tak, saya tenda-"

Dia dengan pantasnya memberikan ciuman pendeknya lagi pada bibirku lalu berlari keluar dari dapur ini.

"YAHH KIM TAEHYUNGGGGGG!!"

"Alah, aku main-main jelah. Janganlah merajuk, Hani.." Kata Taehyung, memujukku.

Haihh mestilah aku merajuk! Aduh apalah dia ni.

"Nak main-main pun ada batasnya. Kita tak ada apa-apa hubungan pun. Jadi, awak mana boleh-"

"Kau cakap apa tadi?" Tanya Taehyung. Mukanya mula merah. Shit.

"Jangan diam! Aku tanya ni!" Jerkah Taehyung.

Dia memegang pergelangan tangan aku dengan kemas dan kuat sehingga aku rasa seperti darah aku berhenti berjalan.

"T-tae.."

Stalker ; kth ✓ Where stories live. Discover now